"Pastikan Anda Telah "Install" Monzilla Fire Fox dan Flash Player Sebelum Melayari Portal ini"
SELAMAT BERJUANG

Selamat berjuang sahabatku...

semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu...

berjuanglah
hingga ke akhirnya

dan ingatlah semua ikrar kita...

Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya :

"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."


Wednesday, December 29, 2010

APA YANG PALING KUAT?


Dikisahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi & Ahmad :

Tatkala Allah Ta'ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumi pun terdiam. Para malaikat kehairanan dengan penciptaan gunung tersebut.

Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung?"

Allah menjawab, "Ada, iaitu besi"

Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi?"

Allah yang Maha Suci menjawab, "Ada, iaitu api."

Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api?"

Allah yang Maha Agung menjawab, "Ada, iaitu air."

Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, "Ada, iaitu angin."

Akhirnya para malaikat pun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua?"

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab,

"Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya."

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah dan beramal tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah dan amalan yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada rasa untuk diketahui oleh orang lain.

Ayuh, periksa hati yang menuntun amalmu. Semarakkan rasa khauf lillah pada tiap apa yang kau kerjakan.

-Artikel iluvislam.com

Sunday, December 05, 2010

Menanti benih tumbuh

Link
Bismillah.

gambar terlakar
mengukir persoalan
menjawab muhasabah
setiap hikmah di lakaran


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

karya A. Samad Said~Tetamu Senja





"Apakah engkau tidak memerhatikan, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkan-Nya tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang yang berakal sehat."
"Seest thou not that God sends down rain from the sky, and leads it through springs in the earth? Then He causes to grow, therewith, produce of various colours: then it withers; thou wilt see it grow yellow; then He makes it dry up and crumble away. Truly, in this, is a Message of remembrance to men of understanding."
(Surah Az-Zumar 39:21)

indahnya cinta Ilahi jika benar kamu mencari...

Saturday, November 27, 2010

Koleksi Mutiara Kata


gambar dari (~*)

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti
ia melihat.

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa
yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Sunday, November 14, 2010

we were all the same


Menjelang musim haji yang bakal tiba,saya membaca kembali buku, ''Malcolm X: As They Knew Him" (editor David Gallen,1992) dan kali ini tumpuan lebih diberikan kepada cerita perjalanan haji Malcolm X . Lebih dikenali sebagai Malcolm X, Malik ElShabazz (1925 –1965), pemimpin pejuang hak asasi kulit hitam di Amerika yang aktif dengan Nation of Islam di bawah pimpinan Elijah Muhammad telah mengalami perubahan yang ketara terhadap pemikirannya sebaik sahaja menunaikan ibadah haji di Makkah.


Sebelum menunaikan ibadah haji, beliau agak lantang memperjuangkan hak-hak bangsa kulit hitam dan dilihat mempunyai sikap anti bangsa kulit putih. Pada bulan April 20 1964, Malcolm X telah mula menulis pengalaman beliau sewaktu menunaikan haji di Makkah, dan menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan ramai orang berkulit putih yang turut menunaikan haji bersama beliau, semangat kesatuan persaudaraan Islam, dan hal ini membuatkan beliau mulai sedar tentang peranan Islam dalam mengatasi masalah perkauman dan mengatur hubungan antara kaum yang berbeza. Malcom X telah menghantar poskad kepada sahabatnya, Dick Schaap yang tertulis "Greetings from Mecca" dan menggambarkan kota Makkah sebagai "the fountain of truth, love, peace and brotherhood". Malcom juga menulis dalam poskad tersebut pengalamannya sewaktu menunaikan haji di Makkah antaranya :-

Eaten from the same plate with fellow Muslims whose eyes were bluer than blue,whose hair was blond,blonder than blond,whose skin was whiter than white..and we were all the same.''

Dalam poskad pertamanya kepada James Farmer pula, Malcolm X menulis:-

"Dear brother James, I am now in Mecca, the most beautiful and sacred city in the world, where I have witnessed pilgrims of all colors...worshipping Allah in perfect peace and harmony and brotherhood such as I have never seen in the States
.''

Malcom X menggunakan nama barunya Malik El Shabazz, menghantar poskad keduanya kepad James Farmer dan beliau mencatatkan coretan berikut:-

"Here I am,back in Mecca. I am still travelling,trying to broaden my mind, for I've seen too much of the damage narrow-mindedness can make of things and when I return home to America, I will devote what energies I have to repairing the damage.''

Dan bila ditanya adakah catatan beliau tersebut menunjukkan berlaku perubahan pada corak pemikirannya, beliau berkata ya dan mengatakan:-

"I have some explaining to do...I was not so lucky as you were. I had very little formal education, eight grades. I am self-educated. I read for myself: mostly in prison I read the dictionary backwards... Consequently I believed everything the Honourable Elijah Muhammad told us and the Honourable Elijah Muhammad told us that Islam was a black man's religion-exclusively-and that the blue-eyed devils could not get close to Mecca, that they would be killed if they tried to enter that sacred city. In Mecca I saw blue-eyed blonds worshipping Allah just as I was, kneeling right beside me, so obviously the Honourable Elijah Muhammad had lied."

Ketika berjumpa dengan sahabatnya Maya Angelou, Malcolm X turut membicarakan pengalaman barunya di Makkah dan mengungkapkan:-

"I have always said whites were blue-eyed devils but I have been to Mecca and I have seen whites with blue eyes with whom I felt a brotherhood,and so I can no longer say this-that all whites are evil.

'' Perjalanan kembaranya menunaikan ibadah haji di Makkah ini mencetuskan perubahan kepada pemikiran Malcolm X dari seorang yang memiliki sifat perkauman sempit kepada seorang yang menghargai perbezaan warna kulit, bangsa dan agama seseorang, memperjuangkan persaudaraan sesama umat Islam dan persaudaraan sesama manusia lainnya. Perjuangan cinta persaudaraan dan kemanusian inilah yang membuatkan beliau berbeza pandangan dengan Elijah Muhammad dan Nation of Islam ketika itu dan akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau. Pada 1 Februari 1965 tatkala baru mulai menyampaikan pidato di program anjuran Organization of Afro-American Unity (OAAU), Malcom X telah ditembak beberapa kali dan disahkan meninggal dunia selepas itu. Malcolm X meninggal dunia sewaktu masih muda tatkala aktif dengan jelajah pidatonya di serata dunia memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, keamanan dan persaudaraan sejagat.

Sumber: 1) Malaysiakini
2) Gambar

BERPUASA SUNAT HARI 'ARAFAH DAN KELEBIHANNYA


Pasa ketika ini, semua jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia sedang bersiap sedia untuk melaksanakan ibadah haji di tanah suci Makkah al-Mukarramah. Marilah kita mendoakan kesejahteraan kepada mereka semoga mereka semua dapat menyempurnakan ibadah tersebut dan pulang dengan selamat dengan beroleh haji yang mabrur. Amin!

Pada hari kelapan (8) Zulhijjah ini, para jemaah haji dikehendaki berihram bermula dari Makkah atau di sekitarnya. Mereka seterusnya akan

berangkat dan bermalam di Mina. Ketika matahari terbit pada hari ke 9 Zulhijjah, mereka dikehendaki berangkat ke ‘Arafah. Di sini, mereka disunatkan memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar sehingga terbenam matahari. Para jemaah seterusnya akan melaksanakan kewajipan-kewajipan lain sehinggalah hari-hari Tasyrik berakhir.

Bagi yang tidak menunaikan haji, kita juga boleh meningkat amal ibadah dalam bulan Zulhijjah yang mulia ini dengan melakukan ibadah sunah seperti berpuasa sunah pada awal bulan ini dan berpuasa pada hari ‘Arafah.

Terdapat beberapa hadis mengenai kelebihan sepuluh hari pertama Zulhijjah. Oleh itu, sesiapa yang berpuasa dalam sembilan hari pada awal bulan ini (hari ke-10 adalah hari Raya) hukumnya adalah sunah. Sabda Rasulullah (saw) yang maksudnya;

يصوم تسع ذي الحخّه ويوم عا شوراء وثلاثه ايّام من كل شهر اوّل اثنين من الشّهروخميسين

“Rasulullah (saw) berpuasa sembilan hari dalam bulan Zulhijjah dan pada hari Asyura dan tiga hari bagi setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan dua hari Khamis.” (Status hadis ini ada sedikit pertikaian dan ada yang mengatakan sahih – HR Ahmad dan Abu Daud)

PENENTUAN HARI ARAFAH

Timbul persoalan dalam menentukan bilakah hari ‘Arafah bagi negara-negara selain Makkah/Madinah. Penentuan bilakah hari ke-9 Zulhijjah adalah penting bagi membolehkan kita berpuasa sunah ‘Arafah dan bagi menentukan jatuhnya Hari Raya ‘Adha/Haji.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama sama ada ianya berdasarkan timbulnya anak bulan di sesuatu negara itu atau berdasarkan timbulnya anak bulan di Makkah. Pandangan yang lebih kukuh adalah mengikut masa timbulnya anak bulan bagi negara yang didiaminya. Misalnya, jika negara Malaysia melihat anak bulan sehari selepas hari ‘Arafah di Makkah iaitu 9 haribulan di Makkah ialah 8 haribulan di Malaysia, maka, maka penduduk Malaysia akan berpuasa pada hari ke 9 (iaitu hari ke 10 bagi Makkah).

Pandangan ini sejajar dengan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud sesiapa yang tidak mengesan anak bulan, tidak dikehendaki memulakan puasa. Dalil al-Quran ini juga disokong oleh hadis Rasulullah (saw). Perlu disedari, ibadah puasa adalah di antara ibadah yang ditentukan mengikut peredaran bulan bukannya peredaran matahari. Bagi penduduk di negara sebelah Barat atau Timur Tengah mereka akan menerima kemunculan anak bulan lebih awal dari negara sebelah Timur sebab itulah dalam hal ini mereka lebih awal dari Malaysia.

Bagi mereka yang masih mempunyai kemusykilan dalam hal ini, sebahagian ulama menyarankan kita berpuasa pada dua hari iaitu pada 8 haribulan (9 haribulan di Makkah) dan pada 9 haribulan mengikut masa Malaysia.

KELEBIHAN PUASA SUNAH ARAFAH

Berdasarkan beberapa hadis yang sahih, berpuasa pada hari ‘Arafah mempunyai kelebihan yang besar seperti di bawah: -

صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده

وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله

Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;

“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ” (HR Muslim)

Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;

من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه

“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.” (Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)

Kita wajar merebut peluang ini kerana sebagai insan tentunya kita banyak melakukan dosa sama ada yang kita sedari mahu pun tidak disedari.

LARANGAN BERPUASA BAGI JEMAAH HAJI DI ‘ARAFAH

نهى (رسول الله ص) عن صيام يوم عرفة بعرفة

“Rasulullah (saw) telah melarang berpuasa di hari ‘Arafah (bagi mereka yang berwukuf) di ‘Arafah ” (HR Abu Daud)

Sekian.

Wallahu’alam.


sumber: BERPUASA SUNAT HARI 'ARAFAH DAN KELEBIHANNYA

Friday, November 12, 2010

Apa Erti Berlaku Benar Dalam Beribadah


بسم الله الرحمن الرحيم

Berlaku benar dalam beribadat, menurut kata Al-Qusyairy, adalah ,, tiang amalan, bahkan sendi beribadat".Yang dimaksud dengan benar kerna Allah dalam ber'ibadat, ialah: bersamaan lahir kerana Allah secara bathin dan zahir juga kerana Allah s.w.t. Orang yang benar ber'ibadat kerana Allah s.w.t. ialah orang yang tidak memperdulikan hilang pandangan manusia kepadanya.Selain itu juga ialah untuk kebersihan jiwanya, dan tidak suka memperlihatkan usahanya kepada manusia dan tidak benci kepada orang yang mengencam kesalahannya.

Maka orang yang ber'ibadat kerana Allah s.w.t. terus-menerus mengutamakan ibadat dan menjaga kualiti 'ibadatnya yakni "hari ini lebih baik dari semalam" dan "esok lebih baik dari hari ini" mengikut perancangan individu dengan izin dan ketentuan Allah s.w.t. jua.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.

Inilah hakikat niat yang dimaksudkan hadith sahih Imam Nawawi: ,Segala amalan itu menurut niat", yakni: ,, segala amalan itu menurut ikhlas dan benar qashad (kesedaran) orang yang mengerjakannya.

Seseorang muslim itu haruslah memahami dan menghayati apa yang dikatakan 'ibadah yang sebenar-benarnya yang dianjurkan Islam, kerana boleh jadi ibadah yang kita lakukan itu sia-sia disisi Allah s.w.t. jika kita memahaminya setakat kefarduan sahaja, tanpa berusaha mempelajari hikmah dalam beribadah.

Baiklah dengan merungkai sedikit kunci benar dalam beribadah itu adalah "ikhlas", ikhlas sukar untuk digambarkan, cuma jika insan yang benar-benar memahami maksud tersirat ikhlas itu dan disusuli dengan mecari kesempurnaan dalam ibadah tentu sedikit sebanyak ia boleh dirasai dengan apa yang dikatakan "nikmat dalam berbadat".

Sebagai pengakhirannya, marilah kita memahami ta'rif "hadir hati".Hadir hati dalam 'ibadat, ialah berhadap segala pikiran yang dikerjakan ; tiada berpaling kepada yang selainNya" dan selain itu marilah kita berusaha merasai akan kekuasaan Allah dan akan kekuatanNya dan ketembusan iradatNya.

Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 23 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.

Sekian,
Wallahua'lam

Rujukan:

Kitab Pedoman Shalat oleh Prof.Dr T.M Hasbi Ash Shiddieqy
Quran explorer.com


Sunday, November 07, 2010

strategi politik di saat-saat kritikal


بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang dan salam serta selawat buat kekasih Allah SWT.Moga dikurniakan kedudukan yang tinggi disisiNya.Insya ALLAH.

Zaman remaja itu penuh dengan aktiviti, apatah lagi yang bergelar mahasiswa dengan itu berusahalah mencari penyakit-penyakit dalam masyarakat dan berfikir tentang ubat yang dapat menyembuhkan penyakit-penyakit itu dengan resolusi yang yakin dan berpendirian.Sebagai penarik kepada anak muda yang sukar dicabar pendirianya, Penulis meletakkan tajuk yang agak kritikal kerana dalam konteks “dunia mahasiswa”, Penulis kira kekuatan kepada strategi itu penting dan beringat akan keruntuhan khilafah, yang berabad telah menutupi mata manusia sehingga diri manusia realiti ini dimamah fitnah akhir zaman.

Daripada Amru bin Shuaib dari ayahnya dan dari datuk lelakinya ra katanya: Rasulullah saw telah bersabda "sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya" (Attarmidzi)

Wallahualam. Penulis tidak faqih untuk menerangkan secara detail berkaitan hadis demikian, cumanya suka untuk penulis mengambil ibrah daripada hadis diatas, iaitu “sesungguhnya Allah mencintai dan suka bila melihat segala kesan kenikmatan yg diberikan kpd hambanya”.

Baiklah, apa yang penulis hendak highlight adalah “kesan kenikmatan”, namun tidak juga untuk penulis memberikan perkongsian secara idealistic dan holistik tapi sebagai gambaran kepada kesan kenikmatan itu boleh dijelaskan sebagai feedback diri kita kepada dapatan yang kita perolehi itu yang mana dikatakan “nikmat”.Suka juga untuk penulis menggambarkan bahawasanya kesan nikmat itu adalah apa penghargaan kita kepada Pemberi Yang Maha Agung, walaupun hakikatnya manusia itu tidaklah layak untuk memberi penghargaan cumanya sekadar memahami erti kesyukuran dan mempelajari setiap hikmah nikmat itu.

Sekadar sedikit perkongsian kali ini daripada apa yang penulis merasai dan melihat pembacaan daripada tazkirah version.

Teringat penulis bahawasanya manusia itu sentiasa dalam kelalaian jadi perlu dihayati apa yang dikatakan berhati-hati dalam setiap tindak tanduk agar tidak berajakkan nafsu.Diakhir penulisan ini, tergerak untuk penulis berkongsi tips gamaknya tentang zikir-zikir Ma’thur bagi mengingatkan diri kita bahawasanya kita milik Allah dan tidak terlepas daripada titik-titik hitam yang menutupi hati dan jiwa apatah lagi, Penulis yakin dengan perkongsian seorang tenaga pengajar dari Universiti Malaya, reality sekarang manusia mencari fitrah yang makin pudar dengan kembali patuh kepada ajaran Allah.Insya Allah dengan izin-Nya.Dengan harapan tidak memanjangkan penulisan, sedikit tips yang diambil daripada pengajian kitab daripada aktiviti tafaquh fiddin.

Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

Sesungguhnya seorang hamba apabila ia melakukan satu dosa akan terjadilah satu titik hitam didalam hatinya, maka sekiranya dia bertaubat dari dosa itu akan dihapuskanlah titik hitam itu dari hatinya, dan sekiranya dia menambah perbuatan dosa itu maka akan bertambahlah titik hitam itu, maka itulah dia maksud firman Allah Taala: Sekali-kali tidak [demikian], sebenarnya apa yang mereka selalu usahakan itu menutup hati mereka.

Zikir-zikir ma’thur:

1) Perbanyakkan selawat keatas Rasulullah saw.

2) Perbanyakkan menyebut لا إله إلا الله

3) Kerap membaca al-Quran dengan adab yang benar.

Sekian.

Rujukan:

Peringatan tentang kesesatan bagi orang yang cintakan Tuhan-Ustaz Hj.Zulkifli Haji Ismail, guru ugama pondok Baitul Qura’.

Takhassus Pengurusan Sumber Manusia-Alumni

Tuesday, October 26, 2010

Carilah kesederhanaan dan kebajikan itu...


Quote:
Setiap detik dan langkah pasti ada tujuan, langkah yang bisa mencapai keenakan itu adalah langkah yang aman dekat pada Pencipta.

Saturday, October 23, 2010

nak tiru bonggol unta kah?


Firman Allah: “Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Selawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad saw.

Alhamdulillah, kembali untuk posting yang terbaru berkaitan dengan “nak tiru bonggol unta kah?”.Sambil berfikir, Tanya iman dan teruskan zikir.Jika kita perhatikan, trend berpakaian tudung ala bonggol unta ini semakin menular dikalangan wanita muda tidak terlepas juga bagi wanita yang berusia tua.Apakah kerana ingin tampak cantik lagi tertarik menjadi faktor pengabaian seseorang yang bergelar wanita untuk menutupi apa yang dikatakan aurat yang wajib dijaga.Satu persoalan dan muhasabah tatkala kita leka kerana keinginan melebihi keabdian diri kepada Allah dengan erti kata ibadah yang sebenar-benarnya.

Tidakkah kita merasakan ada yang memerhati, pemerhatian yang akan dihisab satu masa nanti tatkala nyawa sudah diambil, jasad terkubur, amal tergantung dek kerana dosa ini.

Dalam prinsip pengurusan organisasi, untuk Berjaya sesuatu hasil atau mencapai matlamat yang digariskan dalam sesebuah organisasi ketegasan kepada strategi perlaksanaan sangat dioptimumkan, jadi berbalik kepada diri kita, jika hendak mendapat perhitungan yang baik tegas untuk melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar itu sangat-sangat menjadi perkara penting dalam kehidupan seorang muslim.Masakan buah yang enak boleh dimakan, masakan pula buah yang pahit boleh dibuang begitu sahaja tanpa mengenal penciptanya dan masakan yang susah itu menjadi nikmat jika kita kembali kepada ruh pengamalan Islam.
Sekarang, mari kita beralih kepada hokum memakai tudung dan bersanggul seperti bonggol.



Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.



Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”

–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-

Pertanyaan seorang muslim:




Assalamualaikum ustaz,

Saya ingin bertanyakan tentang sanggul tinggi yang menjadi trend wanita masa kini. Setelah saya cuba untuk mencari jawapan bagi persoalan yang timbul dibenak iaitu apakah hukumnya... saya menjadi keliru kerana ada yang menberikan pendapat yang berbeza berdasarkan sebuah hadis iaitu

Hadis : Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :

"Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian."(Riwayat Muslim).

Ada yang menyatakan seperti ini...

Hadis yang menyatakan seperti bonggol unta itu ditujukan kepada perempuan-perempuan yang tidak menutup aurat secara sempurna. Mereka memakai pakaian yang nipis-nipis mahupun ketat-ketat sehingga boleh menampakkan bentuk tubuh dan warna kulit. Pemakaian seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh Islam terhadap para wanita kerana seolah-olah mereka semacam bertelanjang juga.

Sanggul rambut di kepala yang selalu para wanita memakainya bukanlah membawa maksud seperti hadis di atas secara mutlaknya. Boleh sahaja untuk memakai sanggul asalkan tidak mendedahkan aurat di hadapan lelaki bukan mahramnya.

dan pendapat lain adalah seperti berikut

Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.

Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj :

"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi (Jilid 2 ms 25)

Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.

SEBAB PENGHARAMAN

Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:

SEBAB PERTAMA : PENGUBAHAN

Rasulullah saw bersabda :

“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)

Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut :

“Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"

Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.

SEBAB KEDUA: PENIPUAN

Muawiyah berkata :

"Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
(Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.

Kesimpulan :

Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda:

"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya." (Hr Abu daud - hasan sahih)

Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan.

Apa yang jelas di fikiran saya sekarang ini adalah pendapat yang kedua berdasarkan tulisan yang telah saya highlightkan.. Apakah ianya benar?

Sekian sahaja buat masa ni. Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Wassalam.

Jawapannya

Ingatan kepada semua, wanita yang tidak menutup aurat adalam dosa dan haram perbuatan tersebut. Wanita yang bersanggul tinggi yang tidak menutup aurat adalah dosa dan haram sepertimana dinyatakan oleh hadis yang pertama di atas. Masalah ini beza dengan wanita yang bertudung, tetapi mempunyai sanggul tinggi di dalam tudungnya.

Masalah sanggul rambut tinggi seperti bonggol unta ini mestilah dilihat dari tujuannya. Kenapa disanggulkan rambut tersebut? Adakah ia untuk diperlihatkan kepada orang ramai? Adakah untuk menjadikan dirinya cantik? Atau sebagainya. Menurut saya, kalau sanggul tersebut dibuat adalah untuk kecantikkan dan diperlihatkan oleh orang yang bukan mahram, maka ia haram kerana ia menimbulkan fitnah dan menarik perhatian lelaki yang bukan mahram. Ini jelas bahawa wanita Islam hanya boleh menghiaskan dirinya untuk suaminya sahaja dan tidak boleh untuk orang lain. Malangnya wanita Islam sekarang ini tidak tahu maksud perhiasan yang dibenarkan dalam Islam. Ada wanita yang memakai pakaian biasa di rumah dan hadapan suaminya dengan alasan tidak bergaya disebabkan duduk di rumah sahaja, senang nak buat kerja rumah dan sebagainya. Tetapi apabila wanita tersebut keluar rumah dengan pakaian serba cantik dan memakai minyak wanginya hampir sebatu bauannya sehingga menarik perhatian orang lain. Inilah yang dikatakan haram walaupun niatnya betul dan berpakaian kemas dan cantik.

Sanggul tinggi adalah harus apabila tidak menarik perhatian orang lain dan tidak mempunyai niat-niat yang tidak baik sepertimana dinyatakan di atas. Awas!!! Jika sanggul tersebut dapat menarik perhatian orang bukan mahram dan boleh membangkitkan syahwat orang lelaki lain, maka ia menjadi haram dan perlu menukar teknik sanggulnya dari tinggi menjadi rendah. Harus bersanggul tinggi dihadapan suaminya atau berpakaian cantik dihadapan suaminya, kerana ini adalah suruhan agama berhias untuk keselesaan suaminya.

Jika dilihat dari trend orang sekarang ini berfesion seperti sanggul tinggi dan fesion tudung yang semakin hari semakin menjadi-jadi fesion tersebut. Pendapat saya, jika fesion tersebut tidak melanggar hukum Islam atau syariat Islam tidak menjadi masalah. Kalau ia melanggar syariat Islam walaupun bertudung, tetapi berpakaian ketat seolahnya bertelanjang sepertimana yang ada sekarang, maka itu menjadi haram. Hadis Nabi Muhammad yang bermaksud :

“Dua golongan di kalangan ahli neraka yang tidakkan aku pandang iaitu kaum yang bersama mereka cemeti seperti ekor lembu yang dengannya digunakan memukul orang lain dan wanita-wanita yang berpakaian bagaikan bertelanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk membuat maksiat. Sanggul dikepala mereka ditusuk tinggi-tinggi seperti bonggol unta yang sangat lemah. Mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya sedangkan sesungguhnya bau syurga itu sudah boleh dicium dari jarak demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim).

Berpakaian atau bertudung sepertimana menurut Islam telah saya siapkan dalam bentuk artikel saya yang lepas. Untuk mengetahui pakaian yang dikehendaki oleh Islam bolehlah anda membaca artikel tersebut di sini.


Source : http://www.ustaznoramin.com/2010/05/sanggul-tinggi-trend-tudung-masa-kini.html


Solusinya, kembalilah kepada pengamalan Islam"promote Islam ke serata dunia", bersama memahami soal etika dan hukum-hakam syara' .insya' Allah

Selamat bermujahadah *_^

Thursday, September 09, 2010

Persaudaraan



بسم الله الرحمن الرحيم


DOA QUNUT NAZILAH

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

Don't forget our brothers and sisters and for those muslimin.Lets Pray together, Insya ALLAH



(Hulurkan bantuan ringankan beban)

Saturday, September 04, 2010

Bersama meraih nikmat Qiamullail



Imam Nawawi berkata: Hadis ini diriwayatkan oleh al-Nasa’i dan Ibn Majah dengan sanad sahih

mengikut syarat Imam Muslim.

Maksudnya: “Siapa yang masuk tidur dalam keadaan berniat untuk bangun solat pada waktu malam tersebut, lalu matanya mengalahkannya (ia tidak terjaga pada malam itu)sehingga masuk waktu subuh,ditulis baginya apa yang diniatkan olehnya. Adapun tidurnya pada malam itu menjadi sedekah ke atasnya daripada Tuhannya.”

Semoga Allah SWT. mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

Rujukan buku: INDAHNYA SAAT BERSAMA-MU (panduan praktikal qiamullail)

oleh Ustaz Nik Abd.Rahim Nik Abd Ghani dan Ustaz Zahazan Mohamed.


p/s: Sebutlah Nama-Nya dengan penyerahan yang sebenar-benarnya pada Sang Pencipta.

Allah pemilik segalanya.

Skim Mikroredit bantu rakyat berniaga



Oleh: Khaulah Azwar

SABAK BERNAM, 4 Sept: Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil inisatif untuk membantu rakyat daripada terus dibelenggu kemiskinan sehingga menerima berbagai ugutan oleh anasir along akibat berhutang.

Skim Mikrokredit Selangor (SKIMSEL) yang telah dilancarkan kelmarin di Masjid Makrufiah Parit Baru Sabak Bernam, yang telah dirasmikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar dengan tujuan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan.

Bagi Khalid, pelancaran skim itu menjadi satu lagi mercu tanda komitmen kerajaan negeri untuk membantu golongan miskin secara terus.

Antara lain skim itu bertujuan untuk membantu golongan miskin memperolehi dana bagi menjalankan perniagaan sebagai salah satu usaha membebaskan mereka dari kitaran kemiskinan.

Adalah jelas dengan perkembangan keadaan ekonomi semasa, rakyat perlu disediakan dengan satu alternatif untuk keluar dari kepompong kemiskinan dengan cara yang sangat tidak membebankan.

Penyedia hutang pada masa kini tumbuh bagaikan cendawan subur, tetapi nyata sebahagiannya hanya menambahkan beban mereka yang terlibat kerana cara ini tidak membantu untuk meningkatkan taraf mutu kehidupan.

Kerajaan negeri berhasrat dengan wujudnya kkim ini, kekangan-kekangan ekonomi dapat dicantas bagi membangun sebuah negeri yang makmur ekonominya dan kemakmuran itu dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Ali berkata Yayasan Dar Al-Qard Al-Hasan Selangor akan memastikan amanah yang diberikan kepadanya oleh kerajaan negeri akan dijaga dengan sebaik-baiknya.

Katanya, seluruh tenaga pengendalian telah berikrar pada saban masa dan ketika menjalankan skim itu dengan penuh amanah, bertanggungjawab, dedikasi dan mengambilnya sebagai satu amalan jihad.

"Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM70 juta untuk tujuan membiayai skim ini. RM50 juta untuk masyarakat luar bandar dan RM20 juta untuk masyarakat bandar," ujarnya.

Di peringkat awal, skim itu akan beroperasi di kawasan Sabak Bernam manakala menjelang akhir 2010, ia akan diperluas ke Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Bagi masyarakat bandar, jadual perlaksanaan skim yang sama sedang disiapkan oleh pasukan pengendali yang diterajui oleh Exco kerajaan negeri, Rodziah Ismail.

Dalam majlis pelancaran tersebut, seramai 50 penerima pinjaman menerima pembiayaan daripada Menteri Besar di mana setiap penerima menerima pembiayaan modal perniagaan sebanyak RM3,000 dengan tempoh bayaran maksimum selama 12 bulan.

Skim itu tidak memerlukan cagaran, tidak dikenakan faedah dan penerima pinjaman tidak akan diheret ke mahkamah.

Pengalaman mengendalikan skim yang serupa mendapati bahawa kesepakatan kumpulan-kumpulan kecil yang dimestikan bermesyuarat setiap minggu telah menyaksikan pembayaran balik mencecah seratus peratus.


*************************************
Oleh: Ibn Ali

Penulis memetik dari buku Tabiat ke 8 Stephen Covey. Membaca ni perlu kawan-kawan. Supaya kita sentiasa setiap hari bertambah maju tidak kaku dan tidak lesu. Membaca kemudian berdiskusi. Maka, kita akan jumpa orang-orang baru yang di luar dari daerah kita selama ini dan pengalaman-pengalaman baru yang lebih menarik untuk ditiru dan disesuaikan di bumi kita. Ini, Muhammad Yunus. Bukan Mahmud Yunus si pengarang tafsir dari Indonesia. Baik, enjoy.


Bagi menerangkan suara dengan lebih lanjut, biar saya memperjelaskannya melalui sebuah cerita benar mengenai seorang lelaki. Apabila saya bertemu dengan Muhammad Yunus, pengasas Bank Grameen – sebuah organisasi unik yang ditubuhkan hanya untuk satu tujuan iaitu untuk memberi pinjaman mikro kepada mereka yang paling miskin di Bangladesh – saya bertanya kepadanya bila dan bagaimana dia mendapat wawasan. Dia berkata pada permulaannya dia tidak mempunyai sebarang wawasan. Dia hanya melihat seorang manusia yang mempunyai keinginan, dia cuba menyempurnakan keinginan itu, dan wawasan itu berkembang. Wawasan Muhammad Yunus untuk mewujudkan sebuah dunia yang bebas dari kemiskinan bermula dengan satu kejadian di sebuah lorong di Bangladesh. Semasa menemubualnya dia untuk sebuah rencana berita (New York Times Syndicate) berkenaan Kepimpinan, dia berkongsi ceritanya bersama-sama saya:

Semuanya bermula dua puluh lima tahun dahulu. Saya sedang mengajar matapelajaran ekonomi di sebuah universiti di Bangladesh. Negara itu sedang dilanda kebuluran. Saya berasa amat kecewa. Saya mengajar teori ekonomi yang sangat menarik dan baik sekali di dalam bilik kuliah dengan penuh semangat sebagai seseorang yang baru mendapat sarjana kedoktoran dari Amerika Syarikat. Tetapi saya akan melangkah keluar dari bilik kuliyah itu dan melihat rangka-rangka, manusia yang hanya menunggu masa untuk mati.

Saya merasakan apa yang telah saya pelajari, apa yang telah saya ajar adalah dongeng dan rekaan semata-mata, tanpa ada sebarang makna dalam kehidupan manusia . Jadi saya bermula dengan mencuba untuk memahami cara kehidupan orang-orang kampung di sebelah kampus universiti saya. Saya ingin mengetahui jika ada sesuatu yang boleh saya lakukan sebagai seorang manusia untuk melambatkan atau menghentikan kematian itu, walaupun untuk seorang. Saya meninggalkan pemerhatian dari jauh saya yang hanya membenarkan anda melihat dari jauh, dari langit. Saya mengambil pendekatan untuk melihatnya dengan lebih dekat, cuba mencari apa sahaja yang datang di hadapan saya – untuk menghidunya, untuk menyentuhnya, melihat sekiranya saya boleh melakukan sesuatu terhadapnya.

Satu kejadian telah membawa saya ke suatu arah yang baru. Saya bertemu dengan seorang wanita yang membuat bangku dari buluh. Selepas satu perbincangan yang panjang, saya mendapat tahu bahawa dia hanya mendapat dua sen (matawang Amerika Syarikat) sehari. Saya tidak mempercayai bahawa seseorang yang bekerja keras dan menghasilkan bangku-bangku buluh yang cantik itu hanya mendapat keuntungan yang amat sedikit. Dia menerangkan kepada saya yang dia tidak mempunyai wang untuk membeli buluh bagi membuat bangku-bangku tersebut, dia perlu meminjam dari seorang peniaga – peniaga itu meletakkan syarat di mana bangku-bangku yang dihasilkan oleh wanita itu hanya boleh dijual kepada peniaganya sahaja, pada harga yang telah ditetapkan oleh peniaga tersebut.

Dan itu telah menjelaskan kepada saya tentang dua sen tersebut – dia sebenarnya telah menjadi buruh paksa kepada peniaga itu. Dan berapakah harga buluh-buluh itu? Wanita itu berkata, "Oh, lebih kurang dua puluh sen. Dua puluh lima sen untuk yang lebih baik." Saya berfikir, `Orang menderita untuk dua puluh sen dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh sesiapa?" Saya berdebat sama ada patutkah saya memberinya dua puluh sen, tetapi kemudiannya saya mendapat satu idea yang lain – saya akan menyenaraikan orang yang memerlukan wang sebanyak itu. Saya mengajak seorang pelajar saya dan kami pergi ke seluruh kampung itu untuk beberapa hari dan telah menyenaraikan empat puluh dua orang yang berada di dalam keadaan yang serupa. Apabila saya mengira jumlah wang yang mereka perlukan, saya mendapat kejutan terbesar di dalam hidup saya: Jumlahnya adalah dua puluh tujuh dolar! Saya berasa malu kepada diri saya sendiri kerana menjadi sebahagian daripada masyarakat yang tidak boleh memperuntukkan hanya dua puluh tujuh dollar kepada empat puluh dua orang yang mahir dan rajin bekerja.

Untuk mengelak dari malu, saya mengeluarkan wang dari poket saya sendiri dan memberinya kepada pelajar saya. Saya berkata, "Awak ambil wang ini dan berikannya kepada empat puluh dua orang yang kita temui dan katakan kepada mereka ini adalah satu pinjaman, tapi mereka boleh membayar balik wang tersebut kepada saya bila-bila masa mereka mampu. Pada masa yang sama mereka boleh menjual barangan mereka di mana-mana mereka boleh mendapat harga yang tinggi.

Setelah menerima wang itu, mereka menjadi teruja. Keseronokan itu membuatkan saya berfikir, "Apa yang saya perlu lakukan sekarang?" Saya teringatkan cawangan bank yang terletak di dalam kawasan kampus universiti saya dan saya telah pergi berjumpa pengurus bank tersebut lalu mencadangkan kepadanya supaya dia memberikan pinjaman kepada orang-orang miskin yang telah saya temui di kampung tersebut. Dia sangat terkejut! Dia berkata, "Awak sudah gila. Itu tidak mungkin boleh berlaku. Bagaimana boleh kami pinjamkan wang kepada orang-orang miskin? Mereka tidak boleh dipercayai untuk meminjam wang." Saya merayu kepadanya dan berkata, "Sekurang-kurangnya cubalah, untuk mengetahui – ia hanya satu jumlah wang yang kecil." Dia berkata, "Tidak. Peraturan-peraturan kami tidak membenarkannya. Mereka tidak boleh menawarkan sebarang cagaran, dan jumlah yang sekecil itu tidak berbaloi untuk diberi pinjam." Dia mencadangkan supaya saya bertemu dengan pegawai-pegawai tinggi di dalam hierarki perbankan Bangladesh. Saya menurut nasihatnya dan pergi bertemu dengan orang-orang penting di dalam bahagian perbankan. Setiap dari mereka menyatakan perkara yang sama kepada saya. Akhirnya, setelah ke sana dan ke mari untuk beberapa hari, saya menawarkan diri sebagai penjamin. "Saya akan menjamin pinjaman itu, saya akan tandatangani apa saja yang mereka ingin saya tandatangani, dan mereka bolehlah memberi wang itu kepada saya dan saya akan memberinya kepada orang-orang yang saya ingin beri."

Jadi itulah permulaannya. Mereka berkali-kali member peringatan kepada saya bahawa orang-orang miskin yang menerima wang tersebut tidak akan membayarnya kembali. Saya berkata, "Saya akan menerima risikonya." Dan apa yang menjadi kejutan adalah, mereka membayar setiap sen kepada saya. Saya menjadi teruja dan datang kepada pengurus tersebut dan berkata, "Lihat, mereka telah membayar kembali pinjaman itu, tidak ada masalah." Tetapi dia berkata, "Oh, tidak, mereka hanya mempersenda- sendakan anda. Nanti mereka akan mengambil lebih banyak wang dan tidak membayarnya kembali kepada anda." Jadi saya memberi mereka lebih banyak wang, dan mereka membayarnya kembali kepada saya. Saya memberitahu kepada pengurus tersebut, tetapi dia pula berkata, "Mungkin anda boleh melakukannya dengan sebuah kampung, tetapi jika anda lakukan dengan dua buah kampung, ia tak akan berjaya." Saya dengan cepat melakukannya dengan dua buah kampung – dan ia berjaya."

Ia menjadi seperti satu pergelutan di antara saya dengan pengurus bank tersebut dan rakan-rakan sekerjanya yang berkedudukan tinggi. Mereka tetap menyatakan dengan jumlah yang lebih besar, mungkin 5 buah kampung, perbuatan tidak membayar hutang akan dipertontonkan. Jadi saya melakukan dengan lima buah kampung, dan ia menunjukkan yang mereka membayar balik pinjaman tersebut. Mereka masih tidak mahu mengalah. Mereka berkata, "Sepuluh kampung, lima puluh kampung, seratus kampung." Dan ia menjadi seperti suatu pertandingan di antara mereka dengan saya. Saya mendapat hasil yang tidak boleh mereka nafikan kerana wang yang saya pinjamkan adalah milik mereka, tetapi mereka tidak dapat menerimanya kerana mereka dilatih untuk mempercayai bahawa orang-orang miskin tidak boleh dipercayai. Saya bernasib baik kerana tidak dilatih dengan cara sedemikian dan dengan itu saya boleh mempercayai apa sahaja yang saya saksikan, apabila ia menjelmakan dirinya. Tetapi dengan pemikiran pegawai-pegawai bank tersebut, mata mereka telah dibutakan oleh ilmu yang mereka ada.

Akhir sekali saya berfikir, Kenapa perlu saya cuba untuk meyakinkan mereka? Saya mempunyai penuh keyakinan bahawa orang-orang miskin akan meminjam wang dan membayarnya kembali. Mengapakah kita tidak menubuhkan bank yang berasingan? Itu membuatkan saya rasa sangat teruja, dan saya menulis satu kertas cadangan dan memohon kepada kerajaan untuk mendapatkan kebenaran bagi menubuhkan sebuah bank. Saya telah mengambil masa selama dua tahun untuk meyakinkan pihak kerajaan.

Pada 2 haribulan Oktober tahun 1983, kami menubuhkan sebuah bank – sebuah bank yang rasmi dan bebas. Dan ia menjadi suatu keseronokan buat kami, sekarang kami mempunyai sebuah bank dan kami boleh mengembangkannya bila-bila masa kami mahu. Dan kami memang berkembang.

Perkhidmatan Bank Grameen dapat dinikmati di lebih 46 000 buah kampung di Bangladesh, melalui 1, 267 buah cawangan dengan lebih 12 000 orang warga kerja. Mereka telah memberi pinjaman lebih dari $ 4.5 billion, dalam bentuk pinjaman berjumlah dua belas hingga lima belas dollar, dengan jumlah purata di bawah $200. Setiap tahun mereka memberi pinjaman lebih kurang setengah billion dollar. Mereka juga memberi pinjaman kepada peminta sedeqah untuk mereka berhenti dari meminta sedeqah dan memulakan perniagaan. Pinjaman perumahan adalah tiga ratus dollar. Ini adalah jumlah yang kecil bagi kita yang di dalam bidang perniagaan. Tetapi jika kita berfikir dari sudut kesan perseorangan: Untuk memberi pinjaman sebanyak $500 juta setahun ia memerlukan 3.7 juta orang, 96 % darinya adalah wanita, untuk membuat keputusan yang mereka boleh dan akan mengambil langkah-langkah untuk mengubah kehidupan mereka dan keluarga mereka; 3.7 juta orang perlu membuat keputusan yang mereka mampu untuk melakukan perubahan; 3.7 juta orang dapat menempuhi malam-malam yang penuh keresahan untuk hadir ke pejabat Bank Grameen pada pagi esoknya, dalam keadaan terketar-ketar tapi dengan penuh tekad. Nadi kepada pemberian kuasa ini terletak pada wanita-wanita perseorangan yang telah memilih secara bersendirian dan dalam kumpulan yang menghasilkan norma-norma baru secara bersinergi untuk tidak bergantung pada orang lain, usahawan-usahawan yang menghasilkan barangan dari rumah atau di kawasan kejiranan atau laman-laman rumah mereka untuk menjadi sebuah ekonomi yang berdaya saing dan berjaya. Mereka telah menemui suara mereka.

--

Apabila inspirasi kita dibangkitkan oleh tujuan-tujuan yang bermakna, kerja-kerja luar biasa, setiap pemikiran kita akan MEMECAHKAN sekatan-sekatan yang ada. Pemikiran anda akan merentasi sempadan-sempadan, kesedaran anda akan berkembang ke setiap arah, dan akan berada di dalam satu dunia yang baru, agung dan indah

--

Muhammad Yunus menjadi contoh orang yang melakukan perkara-perkara tersebut – peka dan menyedari akan kehendak manusia dan bertindak mengikut suarahatinya dengan menggunakan bakatnya untuk menyempurnakan kehendak itu pertama secara peribadi, kemudian dengan membina kepercayaan dan mencari penyelesaian kreatif kepada masalah-masalah dan akhirnya menginstituisikan keupayaan itu untuk memenuhi kehendak-kehendak masyarakat melalui sebuah organisasi. Dia menemui suaranya dalam dia membangkitkan inspirasi orang lain untuk menemui suara-suara mereka. Pergerakan skim pinjaman mikro sekarang tersebar ke seluruh dunia.

Ms 7-12




 
~HAWA~ © 2007 Template feito por Templates para Você