بسم الله الرحمن الرحيم
Berlaku benar dalam beribadat, menurut kata Al-Qusyairy, adalah ,, tiang amalan, bahkan sendi beribadat".Yang dimaksud dengan benar kerna Allah dalam ber'ibadat, ialah: bersamaan lahir kerana Allah secara bathin dan zahir juga kerana Allah s.w.t. Orang yang benar ber'ibadat kerana Allah s.w.t. ialah orang yang tidak memperdulikan hilang pandangan manusia kepadanya.Selain itu juga ialah untuk kebersihan jiwanya, dan tidak suka memperlihatkan usahanya kepada manusia dan tidak benci kepada orang yang mengencam kesalahannya.
Maka orang yang ber'ibadat kerana Allah s.w.t. terus-menerus mengutamakan ibadat dan menjaga kualiti 'ibadatnya yakni "hari ini lebih baik dari semalam" dan "esok lebih baik dari hari ini" mengikut perancangan individu dengan izin dan ketentuan Allah s.w.t. jua.
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan.
Inilah hakikat niat yang dimaksudkan hadith sahih Imam Nawawi: ,Segala amalan itu menurut niat", yakni: ,, segala amalan itu menurut ikhlas dan benar qashad (kesedaran) orang yang mengerjakannya.
Seseorang muslim itu haruslah memahami dan menghayati apa yang dikatakan 'ibadah yang sebenar-benarnya yang dianjurkan Islam, kerana boleh jadi ibadah yang kita lakukan itu sia-sia disisi Allah s.w.t. jika kita memahaminya setakat kefarduan sahaja, tanpa berusaha mempelajari hikmah dalam beribadah.
Baiklah dengan merungkai sedikit kunci benar dalam beribadah itu adalah "ikhlas", ikhlas sukar untuk digambarkan, cuma jika insan yang benar-benar memahami maksud tersirat ikhlas itu dan disusuli dengan mecari kesempurnaan dalam ibadah tentu sedikit sebanyak ia boleh dirasai dengan apa yang dikatakan "nikmat dalam berbadat".
Sebagai pengakhirannya, marilah kita memahami ta'rif "hadir hati".Hadir hati dalam 'ibadat, ialah berhadap segala pikiran yang dikerjakan ; tiada berpaling kepada yang selainNya" dan selain itu marilah kita berusaha merasai akan kekuasaan Allah dan akan kekuatanNya dan ketembusan iradatNya.
Firman Allah s.w.t dalam surah Hud ayat 23 yang bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang soleh, serta tunduk taat menunaikan ibadat kepada Tuhan mereka dengan khusyuk, mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
Sekian, Wallahua'lam
Rujukan:
Kitab Pedoman Shalat oleh Prof.Dr T.M Hasbi Ash Shiddieqy
Quran explorer.com
0 comments:
Post a Comment