"Pastikan Anda Telah "Install" Monzilla Fire Fox dan Flash Player Sebelum Melayari Portal ini"
SELAMAT BERJUANG

Selamat berjuang sahabatku...

semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu...

berjuanglah
hingga ke akhirnya

dan ingatlah semua ikrar kita...

Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya :

"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."


Wednesday, December 16, 2009

SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA MUSLIMAT


Friday, November 27, 2009

JUNJUNG TINGGILAH ETIKA ISLAM YANG LUHUR



Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan dan ruang untuk meneruskan kehidupan yang telah diamanahkan oleh Allah SWT buat hambaNYA, Marilah kita panjatkan kesyukuran kepadaNYA, atas limpahan nikmat kurniaanNYA terutamanya nikmat iman dan Islam.Moga kita tergolong dikalangan insan yang sentiasa bersyukur, walaupun nikmat yang kita perolehi dimata kita nampak kecil, tetapi mungkin disebalik nikmat yang kita perolehi itulah yang amat bernilai disisi Allah SWT., sangat besar buat hambaNya yang sentiasa bersyukur.Insya’Allah.Terima kasih tidak terhingga, ana ucapkan buat mahasiswi KUIS yang sudi menyatakan komen dan tidak lupa juga yang memberi sokongan padu sehingga kini, Syukran jazilan.




Diriwayatkan dari Abu al-Malin al-Huzali, bahawa sejumlah kaum wanita dari penduduk Himsya meminta izin kepada Aisyah r.a, dia berkata: “Kalian adalah orang-orang perempuan yang akan memasuki beberapa kamar mandi?! Aku pernah medengar Rasulullah SAW bersabda:

“Mana-mana wanita yang meletakkan pakaiannya di selain rumah suaminya, bererti dia telah megoyak tutup yang ada di antara dia dan Allah.”!

Mahasiswi wanita muslimah!

Islam telah memperhatikan secara serius untuk membuat etika dan peraturan bagi kaum wanita.Banyak ayat yang diturunkan berkenaan dengan tata tertib tersebut dan banyak pula hadith-hadith yang menerangkannya: Barangkali kamu akan bertanya dengan mengatakan: “Mengapa tata tertib dan peraturan itu diperhatikan secara serius dan diterangkan secara terperinci?”

Mahasiswi wanita muslimah!

Pertama kali yang akan kami katakan adalah: Bahawa Islam menjadikan seorang wanita sebagai teman seorang lelaki dalam menanggung tanggugjawab dan merealisasikan tujuan-tujuan luhur yang masing-masing telah diciptakan oleh Allah SWT sesuai dengan fungsinya.Iaitu mengabdi kan diri kepada Allah SWT di muka bumiNya dan menyeru kepada agamaNya yang benar.Dengan demikian, wanita muslimah itu memikul missi dan tanggungjawab yang besar.Allah SWT pernah menawarkan amanah itu kepada langit, bumi dan gunung-ganang, namun semua tidak sanggup menanggungnya, dan engkaulah yang sanggup menanggungnya, dan engkaulah yang sanggup menanggung amanah itu.Semua itu tersirat pengertian, bahawa Islam menentang dengan keras bila seorang wanita muslimah hanya dijadikan sebagai pemuas syahwat lelaki, hidup hanya untuk dirinya dan kewanitaanya serta hanya disibukkan hal-hal tertentu sahaja.

Jika demikian,

mahasiswi wanita muslimah!


Islam itu akan mengangkat kedudukanmu dan mengembangkan potensi yag ada pada dirimu.Bukan hanya sekadar sebagai hiasan di jalan-jalanraya dan ganggang, sementara kaum lelaki menatapmu dan lebih-lebih lagi engkau berjalan dengan sengaja ingin mecari perhatian mereka.

Kalau kita kembali kepada apa yag telah diwasiatkan Baginda Rasulullah s.aw., iaitu Islam sangat memperhatikan terhadap tata tertib dan peraturan bagi kaum wanita.Di antara tujuannya yang terutama adalah bahawa sesungguhnya kebebasan itu dapat menyebarkan fitnah di kalangan individu masyarakat dan sesungguhnya kebebasan itu berada di antara instink dan kebobrakan moral.Manakala seorang wanita keluar dengan perhiasannya dan mempamerkan keindahan tubuhnya, maka beberapa pasang mata pandangannya akan tertuju kepadanya.Jika demikian, bererti dia telah menjerumuskan dirinya dan memperdayakan pula kaum lelaki ke dalam kesengsaraan dan kemungkaran Allah SWT.Dengarlah mahasiswi wanita beriman kepada firman Allah SWT yang Maha Benar yang bermaksud:


“Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman: ”Hendaklah mereka menahan padangannya dan memelihara kemaluannya.Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”Katakanlah kepada wanita yang memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak kepadanya”.
(an-Nur: 30-31)

Oleh kerana Islam meletakkan serangkaian tata tertib untuk mencegah terjadiya fitnah dan pudarnya akhlak yang mulia di kalangan para hamba, so no choices kita as a slave of Allah SWT. must follow the rules.

Mahasiswi wanita muslimah!

Kembali kepada sejarah dan katakan kepadanya: "Apa yang menyebabkan hilangnya kerajaan-kerajaan masa lalu, Rom, Parsi and other than that? no other except disebabkan oleh maraknya kemunduran moral dan kehinaan antara kaum lelaki dan perempuan, para peguasa dan pemimpinnya telah terlena oleh kelazatan dan syahwat. Kelazatan dan syahwat adalah senjata yang dipergunakan oleh musuh-musuh Allah dan Islam untuk menghancurkan umat Islam.Bahkan mereka, melalui senjata itu telah berhasil dengan gemilang dalam merealisasikan matlamat-matlamatya.

Mahasiswi sekalian, apa kata mereka (musuh-musuh Islam), katanya:





“Kita harus aktif merobohkan akhlak di setiap tempat.Sehingga aksi yang kita lancarkan akan lebih mudah.Kita ciptakan hubungan remang-remang, agar para pemuda, baik lelaki mahupun perempuan tidak lagi memandang bahawa hubungan di antara mereka harus dijaga kesuciannya dan meciptakan kekacauan sedemikian rupa di kalangan mereka.Jika sudah demikian, maka hancurlah akhlak dan moralitinya.”

Mahasiswi wanita muslimah!

Lihatlah di jalan-jalanraya dan lorong-lorong kecil.Lihat juga ke pantai-pantai dan bahkan lihatlah ke tempat-tempat hiburan dan apa yang terjadi di dalamnya.Kita akan menemui, bahawa mereka inginkan dan mahukan.Dalam hal ini, Allah SWT telah memperingatkan kepada kita dan marilah kita merenungkan hakikat tersebut melalui firmanNYA yang bermaksud:


“ Allah hendak menerangkan (hukum syariatNya) kepadamu dan menunjukimu kepada jalan-jalan orang yang kamu (para nabi dan solihin) dan (hendak) menerima taubatmu.Dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.Dan Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.”
(an-Nisa’:26-28)


Mahasiswi-mahasiswi sekalian, ana mengajak diri ana dan sahabat sekalian untuk kita sama-sama merenung kembali wasiat Rasulullah SAW:

“Mana-mana wanita yang meletakkan pakaiannya,”ungkapan ini merupakan kata kiasan dari terbukanya pakaian dan tidak adanya penutup di hadapan lelaki lain. “Di selain rumah suaminya,” pada prinsipnya seorang wanita boleh membuka pakaiannya dan mengangkat tutup dirinya di dalam rumah suaminya, namun tidak diperbolehkan melakukan hal itu di depan orang-orang yang lain.

Bererti dia telah mengoyak tutup yang ada diatara dia dan Allah.”

Mahasiswi wanita Muslimah!

Allah SWT telah menyuruh hambaNya, berpakaian (hijab) agar dengan pakaian itu auratmu tertutup dan dengannya dapat terpelihara dari beberapa keburukan.

Mahasiswi sekalian,

Antunna nak tahu ?

Inilah yang dikehendakiNya agar berpakaian mengikut syariat Islam dan bukan semata-mata mengikut gaya semasa anda akan terhanyut dek mainan dan sekaligus menjadi bahan eksperimen ideologi Barat.

Mahasiswi sekalian,

Jika seorang wanita muslimah tidak ada perasaan takut kepada Rabbnya dan berani membuka aurat-aurat tersebut dengan mengangkat pakaian yang dikenakannya, that’s mean dia telah mengoyak tutup yang ada di antaranya dan Zat Yang Menciptakannya (Allah SWT)

Antunna tahu balasan apa yang kita peroleh jika membuka aurat sesuka hati?

1. Tidak menemui tempat bersandar di dunia mahupun diakhirat kelak.
2. Tidak memperolehi perlindungan dari ALLAH SWT.

Mahasiswi Wanita Solehah!

Moga sama-sama kita perbaiki diri dengan sentiasa mempelajari ajaran Rabb, wasiat-wasiat nabi kerana kelak kita akan dihisab juga, atas segala perbuatan kita dihadapan Allah SWT secara sendirian, beruntunglah kerana kita masih lagi boleh ditegur, kalau ajal sudah sampai,
how we can change?

Di padang mahsyar, orang tua mahupun anak tidak dapat menolong kita.

Persoalanya disini?

bukankah..

kita dilahirkan dari perut ibu sendirian.

bukankah..

kita akan memasuki kubur sendirian pula

dan..

kita akan menghadapi hisab sendirian..

INGAT!

Tiada sesuatu pun yang kita miliki, lantas bagaimana dengan orang lain?”

Sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:

“Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan sendiri-sendiri.”

so, ana mengajak diri ana dan sahabat-sahabat sekalian, amalkan wasiat Nabi SAW.Agar kamu berbahagia, baik didunia mahupun di akhirat nanti.Sekian.



Jagalah dirimu baik-baik,

Usahakanlah kemuliaanya,
kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa
tetapi
kesempurnaan budi dan adab (Nabi SAW).

Wednesday, September 09, 2009

KEMBARA MUSLIMAT: masjid Putrajaya




bismillahirahmannirrahim...
alhamdulillah, Allah masih memberi peluang kepada kami untuk menyambut bulan ramadhan dengan penuh rasa kesyukuran. kami juga berpeluang untuk beriftar dan solat terawih secara berjemaah di masjid Putrajaya. kami pergi pada pukul 6.30 petang dan tiba pada pukul 7.30 malam. alhamdulillah walaupun terlambat sedikit tetapi kami sempat memulaksn buka kami dengan kurma didalam kereta. azan berkumandang di radio ikim di kereta BJC dan WSN dengan pecutan 140km sejam. selamat juga sampai...
8 muslimat yang pergi untuk memenuhi jemputan sahabat untuk berbuka puasa disana. masyaAllah makanan disana sungguh mewah dan lazat. ramai juga muslimat yang berbuka puasa disana dan kami bersyukur kerana turut juga merasai. kami melakukan solat terawih sebanyak 8 rakaat dan akhiri dengan solat witir. selepas itu kami juga disajikan dengan mohre mee goreng. sebelum kami beransur pulang, kami akhiri kembara kami dengan gambar-gambar kenangan disana. semoga allah memberkati segalanya..amin.

Sunday, August 23, 2009

PESANAN BUAT ADIK-ADIK YANG DISAYANGI…




بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah..bersyukur kita kepada Allah SWT kerana pada hari ini Allah masih lagi memberi pinjaman nyawa kepada kita untuk merasai nikmat IMAN dan ISLAM seterusnya memberi kesempatan kpd kita untuk kita memperbaiki diri kita supaya menjadi lebih baik dari semalam..semoga kita sentiasa tergolong dikalangan orang2 yang bertaqwa.

Perhatikanlah wahai puteri-puteri yang sentiasa dirahmati Allah sekalian…Bagaimana sepohon epal yang rendang, yang sedang berbuah ranum. Semua berebut-rebut ingin cepat dipetik orang...malah banyak yang dengan sengaja menjatuhkan diri sendiri ke tanah..Namun epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkainya…walaupun ada ketikanya ia risau tidak disunting oleh mana-mana tangan manusia ia tetap kekal di tempat yang sepatutnya..Hanya tangan yang bertuah sahaja akan mengambil yang terbaik..

Adik-adik yang dikasihi kerana Allah sekalian…

Sebolehnya kita ingin menjadi yang terbaik di antara yang terbaik di kalangan puteri-puteri semua…termasuk akak dan akak yakin adik-adik juga ingin begitu…sama-samalah kita menjaga diri kita supaya tidak mudah gugur dan terpedaya di tangan manusia yang tidak sepatutnya@selayaknya...

Adik-adik yang disayangi kerana Allah…

Yakinlah dengan janji-janji Allah… firman Allah swt dalam surah An-Nur ayat 26…yang bermaksud “Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji pula sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik pula. Mereka itu bersih dari yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia(syurga)”.

Puteti-puteri yang dikasihi kerana Allah sekalian…

Allah itu maha pengampun lagi maha peyayang adik-adik…walaupun kita sebagai hambanya seringkali melakukan kesalahan @ kemungkaran pada-Nya, Allah tidak pernah menyekat rezeki@nikmat yang diberikan kepada kita kerana perbuatan kita..Pintu keampunan Allah sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang ingin bertaubat…Allah meletakkan pilihan di tangan kita untuk memilih jalan kebaikan @ kemungkaran, seringkali kita dengar kata-kata sebegini.. “yela..aku ni x baikkn,dah Allah takdirkan aku camni nak buat camne..aku terima jela..x macam engkau..baik je..” tidak adik-adik sebenarnya pilihan itu di tangan kita..

Adik-adik yang sentiasa dihati akak kerana Allah…

Kita jangan risau dan khuatir jika jodoh kita tidak ditemukan oleh Allah di dunia ini..mungkin pasangan kita itu sedang menanti kita di syurga kelak..jadi adik-adik yang disayangi..jangan kita jadikan tempat kita menuntut ilmu sebagai tempat kita mencari jodoh…ilmu tidak boleh bercampur dengan perkara-perkara maksiat…banyakkan berdoa kepada Allah semoga kita dikurniakan jodoh yang soleh…yakinlah dengan janji2 Allah adik-adik..pasti adik akan bahagia didunia dan akhirat…

Adik-adik yang dikasihi kerana Allah SWT..Kita tidak perlu terlalu mengejar cinta manusia, sebaliknya Islam menekankan supaya kita mempertingkatkan kualiti akhlak dan amal ibadah kita supaya apabila akhlak terbentuk manusia akan pandai berkasih sayang kerana Allah dan apabila ibadah kita berkualiti maka kita akan mengecapi ketenangan. Akhlak dan ibadah ini juga akan melahirkan cinta hakiki dalam hidup seseorang. Lagipun Islam lebih mementingkan kesucian hubungan lelaki dan wanita sebelum berkahwin agar anak yang bakal dilahirkan itu akan menjadi insan yang soleh dan bertaqwa.

Akhirnya sama-samalah kita fakir-fikirkan adik-adik, perbuatan kita ketika ini mungkin akan dituruti oleh keturunan kita akan datang dan mungkin mereka boleh melakukan yang lagi teruk dari apa yang kita lakukan sekarang..jadi pesanan akak buat diri akak dan adik-adik yang akak sayangi ni..jagalah iman..jagalah mata..jagalah hati dan jagalah diri..

Wednesday, July 29, 2009

AKHIRNYA SYAABAN...




SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAABAN DARI HAWA (ALAM)...

Thursday, July 23, 2009

SEKADAR MUHASABAH BERSAMA…



Buat adik2 akak yang dikasihi kerana Allah S.W.T…

Kita sebagai manusia kadang kala kita selalu salah faham dan keliru dengan hakikat kehidupan kita ini..selalunya kita menganggap kehidupan ini adalah untuk keseronokan semata-mata…dan untuk menikmati kehidupan kita ini ialah dengan mengikut kemahuan diri sendiri...

Adik-adik akak yang disayangi kerana Allah S.W.T…

Jika itu yang kita fikirkan dan mahukan marilah kita sama-sama banyakan beristighfar...kerana adalah sangat mustahil bagi kita untuk melakukannya sebagai hamba Allah di dunia ini …Hal ini hanya boleh kita lakukan sekiranya kita sudah berada di syurga nanti…disana tidak lagi mustahil untuk kita tidak melakukannya…sebelum kita sampai di syurga Allah S.W.T itu nanti seharusnya kita mengumpul seberapa banyak pahala dan kebaikan sementara kita masih diberi pinjaman nafas oleh-NYA..

Adik-adik akak yang dirindui kerana Allah S.W.T…

Cuba kita buka mata dan minda kita seluas-luasnya…sama-sama kita fikirkan berapa banyak nikmat yang Allah kurniakan pada kita untuk dinikmati sehingga sekarang...terlalu dan teramat banyak nikmat-NYA sehingga tidak terhitung oleh kita…dan Allah S.W.T tidak mintak sedikit pun bayaran kepada kita untuk setiap nikmat yang diberikan-NYA…bahkan kita hanya disuruh untuk menjadi hamba yang bertaqwa kepada-NYA sahaja…

Oleh itu adik-adik yang setiasa dirahmati Allah S.W.T sekalian…

Untuk menunjukkan kita bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan-Nya…maka banyakkanlah berzikir kepada-Nya, menyeru diri dan umat Islam kepada kebaikan dan Mencegah diri dan umat Islam dari melakukan kemungkaran…

Akhirnya akak mengajak adik-adik yang sentiasa dihati akak untuk kita sama-sama memuhasabah diri kita untuk menjadi lebih baik dari diri kita semalam…Pesan Rasulullah S.A.W..rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara yang lain..masa muda sebelum datangnya hari tua, masa sihat sebalum engkau dilanda sakit, masa kaya sebelum jatuh papa, masa lapang sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup sebelum datangnya saat kematian..

Semoga kita dipertemukan lagi oleh Allah di lain ruangan…wassalam..

Tuesday, July 07, 2009

-Doa Nabi Khidir AS-

Doa Nabi Khidir AS

"Astagfirullaha min kulli sababin tubtu minhu tsumma 'udtu ilayhi wa asaluhut tawbata wa astaghfilullaha minkulli 'aqdin 'aqadtuhu 'ala nafsi fafasakhtuhu wa lam afi bihi".

Ertinya: 'aku memohon kepada Allah dari setiap kesalahan yang aku telah bertaubat darinya kemudian aku kembali berbuat kesalahan dan aku memohon ampun kepada Allah dari setiap janji yg telah aku tetapkan atas diriku kemudian aku melanggarnya dan tidak dpt memenuhinya' .

Syaitan~

UBAT PENYEMBUH SYAITAN & IBLIS

Ada satu kitab menyatakan bahawa syaitan itu juga sering mengalami sakit-sakit dan patah riuk kaki dan tangannya.Walaupun seteruk mana pun penyakitnya dan patah kakinya,namun ade sejenis ubat yg membantu memulihkan penyakitnya. Boleh katakan setiap hari syaitan dan iblis mengalami patah kaki dan tangan yg serius dan boleh dimasukkan ke wad ICU.

Namun kita sebagai umat Islam juga telah bersimpati dgn nasib iblis dan syaitan dan telah menghulurkan ubat secara percuma kpd mereka yg dilaknat.Di pendekkan cerita, suatu hari bapa iblis telah mengarahkan anaknya pergi mengganggu umat islam yg baru hendak solat dimasjid, apabila sampai sahaja di masjid, si anak-anak iblis ini sudah bersedia untuk menghasut dan melalaikan para jemaah.

Tiba-tiba berkumandang lah azan, maka larilah iblis lintang pukang sambil terlanggar bukit,pokok besar dan seumpamanya dan mereka lari sehingga tak terdengar lagi di telinga mereka laungan azan. Maka iblis tadi meraung sakit kerana cedera parah,patah tangan ,kaki dsb. Datanglah bapak mereka dan mengarahkan bhw hanya ade satu saje ubat yg boleh menyembuhkan kembali kecederaan parah mereka, lalu menyuruh mereka pergi ke rumah org islam dan carilah air kencing org yang kencing berdiri dan sapulah ke tempat yg luka cedera parah. Sepantas kilat,mereka mencari org Islam yg kencing berdiri dan serta merta penyakit mereka sembuh.

Kesimpulannya, org kencing berdiri inilah yg menjadi punca iblis sentiasa sihat dan segar bugar. Oleh itu, jgn kencing berdiri..Tolong sebarkan khususnya kpd kaum Adam dan juga kaum hawa.

p/s: Pengalaman adalah Mentor dalam kehidupan kita seharian

sumber : Taman2 syurga =)

Tuesday, June 30, 2009

Penyelam MUTIARA..


KISAH PENYELAM MUTIARA

Perjalanan hidup manusia tidak ubahnya bagaikan kisah penyelam mutiara. Seorang penyelam mutiara, dalam melaksanakan tugasnya selalu dibekali dengan tabung oksigen yang terpasang di punggungnya. Pada saat ia terjun menyelam, niatnya bulat ingin mencari tiram mutiara sebanyak-banyaknya. Tetapi begitu ia berada di bawah permukaan laut, ia mulai lupa pada apa yang harus dicarinya. Kenapa? Ternyata pemandangan di dalam laut sangat mempesona. Bunga karang yang melambai-lambai seolah-olah memanggilnya, ikan-ikan hias berwarna-warni yang saling berkejaran dengan riangnya membuatnya terpana. Ia pun lalu terlena ikut bercanda ria, melupakan tugasnya semula untuk mencari tiram mutiara yang berada jauh di dasar laut sana.

Hingga pada suatu saat, dia terkejut manakala disadarinya oksigen yang berada di punggungnya tinggal sedikit lagi. Timbullah rasa takutnya. Tak terbayang olehnya bagaimana kemarahan majikannya kelak bila ia muncul ke permukaan tanpa membawa tiram mutiara sebanyak yang diharapkan. Maka dengan tergopoh-gopoh ia pun busaha untuk mencari tiram mutiara yang ada disekitarnya. Namun sayang, kekuatan fisiknya sudah melemah, energinya sudah habis terkuras bercanda ria dengan keindahan alam bawah laut.

Akhirnya isi tabung oksigennya benar-benar kosong, sehingga walaupun tiram mutiara yang diperolehnya sangat sedikit, ia mau tidak mau harus muncul ke permukaan. Malangnya lagi, karena tergesa-gesa dia tidak sempat mengikat kantongnya dengan baik, sehingga ketika tersenggol ikan yang berseliweran di sampingnya, tiram mutiara yang sudah didapatnya dengan susah payah itu sebagian tertumpah ke luar.

Di permukaan, majikannya telah menunggu. Begitu dilihatnya isi kantong si penyelam tidak berisi tiram mutiara sebagaimana yang ia harapkan, maka tumpahlah caci makinya dan saat itu juga si penyelam dipecatnya tanpa pesangon sedikitpun. Tentu saja bisa kita bayangkan bagaimana gundahnya perasaan si penyelam.

Dengan penuh rasa penyesalan, si penyelam berusaha minta kesempatan ulang untuk menyelam kembali. "Tuan, ijinkanlah aku untuk menyelam kembali, pasti aku akan mencari tiram mutiara sebanyak-banyaknya. " Namun majikannya dengan tegas menolak, "Percuma engkau aku beri kesempatan, ternyata engkau hanya pandai membuang-buang oksigen saja."

Kisah ini amat mirip dengan perjalanan hidup manusia di dunia. Tabung oksigen adalah perlambang jatah umur manusia, tiram mutiara mengibaratkan pahala yang harus kita kumpulkan dan tiram mutiara yang tumpah mengumpamakan pahala yang hilang karenanya, sedangkan keindahan yang ada di dalam lautan melambangkan godaan-godaan kenikmatan duniawi dengan harta, tahta dan wanitanya.

Marilah kita instropeksi, sudah cukupkah tiram mutiara yang kita peroleh?, Sehingga bila suatu saat kita harus muncul ke permukaan menemui majikan kita, Allah swt, Ia ridha menerima kita. Apalagi Ia telah berfirman dalam surat Al-Ankabuut ayat 6:

"Tidaklah kehidupan DUNIA ini melainkan SENDA GURAU dan PERMAINAN, sesungguhnya AKHIRAT itulah yang SEBENAR-BENARNYA KEHIDUPAN."

Juga Firman-Nya dalam QS Al Hadid ayat 20 yang artinya:

"Ketahuilah bahwa kehidupan dunia itu hanyalah PERMAINAN dan suatu yang MELALAIKAN, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. ...... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah KESENANGAN YANG MENIPU."


SUMBER:Buku Sentuhan Kalbu .penyaji Ir.Permadi Alibasyah
Oleh Syafruddin Yahya @ Discussion Board

BAKHIL & MIMPI

MIMPI SEORANG GADIS..


Untuk Renungan Bersama.


Bismillahirrahmanir rahim

Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"

Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :- "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.

Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga danv sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minumanv dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.

Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur.

Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.

Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.

Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"


"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA"

Monday, June 29, 2009

Bijaksana`

Orang yang bijaksana adalah orang yang mencintai dan
dan menghormati Tuhan.

Orang yang benar-benar bijaksana adalah orang yang
memperoleh hikmah daripada kecelakaan orang lain.

Orang bijaksana itu berfikir sekali sebelum bicara dua
kali,dan sepatah kata sudah cukup, makin bijaksana
seseorang makin pandailah menjaga mulutnya, dan
kebijaksanaan lebih baik dari kekuatan.

Apabila orang bertindak bijaksana, tiada seorang pun
yang melihatnya, tetapi apabila berlaku tidak bijaksana,
semua orang mengetahuinya.

Orang yang bijaksana adalah orang yang menonjolkan
sifat sederhana dan bersikap diam.

Orang yang mempelajari undang-undang kebijaksanaan
tanpa diterapkan ke dalam kehidupannya sendiri, sama
halnya dengan seorang petani yang tidak menaburkan
benih. Dan ilmu kedoktoran menyembuhkan penyakit
badaniah, sedangkan kearifbijaksanaan membebaskan
jiwa daripada hawa nafsu.

Saturday, June 13, 2009

KELICIKAN YAHUDI!!!

RAHSIA HARI DAN BULAN MASYARAKAT BARAT


Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.


Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa pengatar utama dunia melalui dua konsep iaitu "Penjajahan" dan "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu".


Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D' ini sebagai peringatan sekelian mukmin.


Pengertian Bulan-Bulan Masehi

o 1. Januari - berasal dari perkataan 'Janus', iaitu tuhan berhala orang Romawi yang
berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah muka melihat ke belakang.
o 2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'kesucian'.
Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka
di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam suatu
majlis untuk menghilangkan dosa.
o 3. Mac - berasal dari perkataan 'Mars', iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
o 4. April - berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto' yang bererti 'terbuka' atau
'berkembang' . Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar.
Orang Saxon* menggelar bulan ini sebagai Easter* keran menghormati tuhan musim
panas (summer).
o 5. Mei - berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dari dewa bangsa Romawi
bernama 'Atlas'.
o 6. Jun - berasal dari perkataan 'Juno', salah satu tuhan orang Romawi.
o 7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah 'Julius Caesar' yang
kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
o 8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu 'Caeser Augustus' bermakna bulan ke
lapan zaman Rom. Sebelum itu ia bernama 'Sextilitis' (bulan ke enam) mengikut
kalendar bangsa Romulus.
o 9. September - berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia
adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiaanya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
o 10. Oktober - berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan tetapi telah diubah
menjadi bulan yang ke sepuluh.
o 11. November - berasal dari bahasa latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi
ianya telah diubah menjadi bulan ke sebelas.
o 12. Disember - berasal dari bahasa latin 'Decem' yang bererti 'sepuluh' tetapi
kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.


Nama Asal Hari-Hari Masehi

o 1. Sunday - berasal dari perkataan 'Sun's Day' ertinya matahari.
o 2. Monday - berasal dari perkataan 'Moon's Day' bererti hari bulan.
o 3. Tuesday - berasal dari perkataan 'Day of Tyr' sempena hari dewa perang masyarakat
Rom bernama 'Tyr'.
o 4. Wednesday - berasal dari perkataan 'Woden' nama salah satu dewa suci Rom.
o 5. Thursday berasal dari perkataan 'Day of Thor' sempena nama dewa Rom iaitu 'Thor'
yang bermakna 'Dewa Halilintar'.
o 6. Friday - berasal dari perkataan 'Day of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang
Rom yang bernama 'Freya'.
o 7. Saturday - berasal dari perkataan 'Saturnus' yang bererti bintang 'Saturnus' mengikut
kepercayaan orang Romawi.



Mengapa Bahasa Orang Romawi dijadikan Rujukan Utama.

Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewasakan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julius Caesar dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Athens terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain.


Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.


Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.


Misalnya disiplin ilmu 'Psikologi' yang sekarang banyak diajar di universiti-universi ti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.


Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersil pada 1596 M oleh Descartes manakala dalam dunia Islam disiplin ini diperkenalkan pada 950 M oleh Abu Nasr al-Farabi di dalam bukunya yang bertajuk "Opinions of the Citizens of Uthopia". Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :

o - Ibnu Sina (meningal pada 1037 M) yang menulis kitab bertajuk "The Moods of Psyche"
dan "Hints and Notices".
o - Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111 M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu 'Ihya
Ulumuddin'. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains
Rawatan.


Untuk menngkhaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disipilin berkaitan jiwa ini kepada nama 'Psikologi', yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.


Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan PengIslaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.


Sumber: Taman2Syurga E-group



Wallahu'alam.

Wednesday, June 10, 2009

HIDUP Sihat~

Amalkan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

Makan secara sihat
Tidak merokok
Lakukan aktiviti fizikal
Belajar menangani stres

Faedah cara hidup sihat:
Meningkatkan status kesihatan anda
Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
Makan Secara Sihat
Nikmati pelbagai jenis makanan
Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

Contoh 1 sajian::
Bijirin, produk bijirin dan ubi
½ cawan nasi (putih atau perang)
½ cawan mihun/mi/pasta/ lain-lain jenis mi (direndam)
1½ keping capati
½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran
Buah-buahan
½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)
½ biji jambu berukuran sederhana
1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan keju
Ikan, ayam dan daging
1 gelas susu
1 cawan dadih
1 keping keju
1 ketul paha ayam saiz sederhana
1 ketul paha ayam saiz sederhana
2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
5 sudu besar ikan bilis

Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik) .

Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
Yakinkan diri
Buat nota peringatan
Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
Tumpukan pada hari ini
Sentiasa berfikiran positif
Dapatkan sokongan
Lawan keinginan untuk merokok
Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
Melengahkan-lengah
Minum banyak air
Menarik nafas panjang
Membuat sesuatu
Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
Mengunyah sesuatu
Membasuh tangan
Mandi dengan kerap
Melakukan senaman regangan
Memohon doa


Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.

Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Lakukan aktiviti fizikal
Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda

Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
AKTIVITI RINGAN60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA30 minit setiap hari
Berjalan kaki
Aktiviti regangan
Aktiviti berkebun yang ringan
Berjalan laju
Berbasikal
Berenang
Menari
Lompat tali
Aerobik
Berlari-lari anak
Turun naik tangga
Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
F
Frequency : (Kekerapan)
3 – 5 kali seminggu
I
Intensity (Effort) : (Kehebatan)
Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
T
Time : (Masa)
Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
T
Type : (Jenis)
Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal.


Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
Bertenang... kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap

Kenal pasti kenapa anda marah

Cuba dengar penjelasan orang lain

Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan

Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan

Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
Berfikir secara positif

Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan

Belajar menyukai diri sendiri

Belajar bertenang

Adakan hobi

Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah

Dapatkan tidur yang cukup

Dapatkan teman untuk meluahkan masalah

Bersifat tegas/asertif

Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda


P/S: selamat mencuba ^-^

Susu Kambing!~

SUSU KAMBING - MEMANG POWER
SUSU KAMBING MINUMAN KEGEMARAN NABI - NAK TAHU KENAPA ?
------------ --------- -KELEBIHAN SUSU KAMBING------------ ---------
Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik didunia selepas susu ibu).

Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela atau meminum susu kambing adalah sunnah).

Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila...).

Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu.

Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat.

Kambing betina beranak 2 kali setahun,1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor.

Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari.

Susu kambing lebih mudah dihadam. Hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam.

Keterangan lanjut, sila klik link berikut:http://www.kumpulan -usahawan- muslim.com. my/susukambing. html

Larangan Rasulullah SAW..

Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam:

Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, "Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya." (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular di kalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka.

Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megahdan berbangga. Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata'ala.

KUBUR: Larangan dari Rasulullah S.A.W Larangan dari Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam: Dari Jabir radhiyallahu 'anhu, dia berkata, “Rasulullah shallallaahu 'alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.” Amin

Friday, June 05, 2009

Apple~

Khasiat dalam sebiji epal

EPAL mempunyai pelbagai khasiat seperti mengurangkan kolestrol dan risiko penyakit jantung.

SEBIJI epal yang dimakan setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat dan mengurangkan kolesterol dalam badan. Malah sebiji epal setiap hari cukup untuk menjauhkan diri daripada doktor.


Kajian mengenai khasiat epal dan jusnya disahkan terbukti meningkatkan kesihatan dan fungsi jantung. Jus yang mengandungi phytonutrient boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik, iaitu proses pertumbuhan penyakit jantung.


Serat epal pula membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan asid organik sewaktu bertindak balas dengan bakteria dalam usus.


Kandungan asid butrik juga merupakan sumber makanan sel usus yang dapat membasmi pertumbuhan sel kanser usus.

Selain itu epal juga kaya dengan serat. Lima gram serat dalam sebiji epal bersamaan dengan 20 peratus serat yang diperlukan oleh manusia dalam diet harian.


Ia juga berfungsi sebagai pengimbang lemak yang baik, khususnya untuk kanak-kanak yang gemar mengambil makanan segera.


Malah kajian yang dilakukan oleh saintis British juga membuktikan kunyahan epal mampu mengubati masalah sakit gigi dan selaput tatar yang merosakkan gigi.


Bukan itu sahaja, di Jepun, penyelidik mendakwa amalan mengupas buah epal dapat mengaktifkan bahagian hadapan otak iaitu bahagian yang mengawal pemikiran logik, imaginasi dan penilaian. - utusan

Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)


Sumber : JUNHAIRI BIN ABD JALIL
EKSEKUTIF PEMASARAN (KAD KREDIT)
BANK RAKYAT & MAYBANK ISLAMIC IKHWAN CARD
019 - 363 5331

Ulat & Nabi Daud..

Kisah Nabi Daud Dengan Ulat

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud A.S sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya, “Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”
Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.


Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud A.S. “Wahai Nabi Allah! Allah S.W.T telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali.



Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. “Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”
Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T..


Begitulah sikap para Nabi A.S. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.


Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Kamal Antartuk~

Ideologi Kamal Atartuk Di Turki

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tie dan topi (sesuai dengan kehendak barat)
3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden"
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan
10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Menganggap dirinya Tuhan sama seperti Firaun.

Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?". Oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan". Beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam.

Pembantu-pembantuny a juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya .

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (saya tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya) . Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama Etna Grafi (kalau tak silap dengar) Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan mar-mar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu mar-mar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Renung dan fikirkanlah!

Tuesday, May 12, 2009

With Allah Almighty ~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Happy Mother's Day..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Ummi, Selamat Hari Mama dan selamat segalanya..

Kami krew HAWA ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kewpada seluruh IBU-IBU di dunia..

Setiap hari adalah Hari Ibu sebenarnya..

Moga kehidupan Ibu sentiasa dipermudahkan Allah..

Terima Kasih Ibu..

Kami sayangkan Ibu..

Ya Allah, Kau berkatilah Ibu kami Ya Allah..
Masukkan Ibu kami ke dalam syurgamu Ya Allah..
KepadaMu lah kami memohon Ya Allah..

Amiin..

WelcomE B@cK~


Salam semanis madu..

Salam Jihad kepada semua pengunjung setia blog HAWA~

Selamat datang kami ucapkan kepada pelajar Baru yang mendaftar semalam di BUMI KUIS..

Moga tautan hati kita kembali menyirami Taman Ilmu ini..

Wednesday, May 06, 2009

Zionis DOWN!

BERAKHIRNYA AGENDA ZIONIS


Tajuk di atas tentunya mengundang pelbagai persoalan. Antara persoalan-persoalan yang timbul:

Apakah itu agenda zionis?
Benarkah agenda zionis telah berakhir?
Bagaimanakah ia berakhir?
Siapakah yang bertanggungjawab menamatkan riwayat agenda zionis itu?

Persoalan-persoalan ini bakal kita sama-sama teliti, fahami dan perhalusi dalam Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis, yang bakal diadakan pada 9 Mei bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tema “Berakhirnya Agenda Zionis” sememangnya telah dipilih dengan begitu teliti dan memiliki keunikan yang tersendiri.

Secara lazimnya, apabila kita memperkatakan isu Palestin, akan tergambar di fikiran kita imej-imej kesengsaraan, penganiayaan dan kezaliman umat Islam Palestin yang seakan tiada pengakhirannya. Nasib yang menimpa rakyat Palestin yang menjadi pelarian di bumi sendiri, dinafikan hak, diperlakukan dengan kejam seolah-olah tiada harga diri, nilai nyawa yang sebegitu murah, dan kekejaman rejim zionis yang tidak mengenal mangsa sama ada wanita, orang tua atau kanak-kanak begitu menyayat hati.

Ditambah lagi dengan suasana kemusnahan pasca serangan kejam pada awal tahun ini, wajarkah dikatakan Agenda Zionis telah berakhir? Inilah merupakan satu keunikan tema ini yang paling utama. Ia membicarakan isu konflik Israel-Palestine dari perspektif yang amat berbeza daripada lazimnya. Antara elemen penting dalam agenda zionis adalah kewujudan “The Greater Israel” atau yang kita terjemahkan sebagai “Israel Raya”.

Projek Israel Raya merangkumi seluruh kawasan di antara Sungai Nil di Mesir dengan Sungai Euphrates yang merentasi bumi Iraq dan berpusat di Baitul Maqdis. Agenda ini begitu signifikan dalam keseluruhan agenda Zionis, sehingga ia dijadikan bendera bagi Negara haram Israel, dilambangkan melalui “Star of David” di antara dua garisan biru.

Konsep Israel Raya mula dicanangkan semasa Persidangan Zionis Sedunia di Basel, Switzerland pada 1897 oleh Theodore Hertzl. Antara resolusi persidangan itu ialah penubuhan Israel Raya dalam masa 100 tahun. Penubuhan Negara Haram Israel seolah-olah telah berjaya dicapai pada Mei 1948 dan diiktiraf oleh PBB melalui resolusinya.

Benarkah zionis telah hampir berjaya?

Kita bukan sahaja meyakini bahawa agenda Israel Raya ini akan gagal dan berakhir, malah kita meyakini bahawa penubuhan Negara Israel itu sendiri masih belum berjaya. Hakikatnya, Israel masih digelar sebagai Negara Haram Israel oleh jiran-jiran mereka. Tragedi Gaza baru-baru ini juga membuktikan kepada kita bahawa Israel Raya tidak akan menjadi realiti, bahkan penduduk Gaza yang serba kekurangan itu telah mampu mencabar penguasaan Israel ke atas rantau Asia Barat.

Mengembalikan Izzah Umat Perbicaraan isu Palestin dari perspektif ini diharapkan akan memberikan harapan baru kepada umat Islam seluruh dunia.

Sejak kejatuhan Kerajaan Islam Uthmaniyah pada awal kurun yang lalu, umat Islam di seluruh dunia telah ditindas dengan penjajahan dan pelbagai bentuk kezaliman dan penganiayaan. Kesan daripada rentetan kezaliman ini begitu ketara sehingga nilai-nilai negatif seperti perasaan lemah, tertindas dan teraniaya seolah-olah telah sinonim dengan umat Islam.

Sekiranya ada kelompok umat yang bangkit pun mereka akan dicop sebagai pengganas. Hakikat ini seakan telah berjaya dipaksakan ke atas umat Islam dengan propaganda yang pelbagai bentuk dan konflik-konflik yang bersilih-ganti di seluruh dunia umat Islam. Kemegahan dan kejayaan umat selama ribuan tahun ditenggelamkan dan menjadi sejarah yang dilupakan.


Isu Palestin yang menjadi isu induk umat Islam yang terus berjalan tanpa penyelesaian hampir seabad lamanya. Berakhirnya agenda zionis merupakan penyelesaian kepada isu umat Islam Palestin secara khusus, dan umat Islam di seluruh dunia secara amnya.

Konvensyen “Berakhirnya Agenda Zionis” bakal merungkai tanda-tanda akan berakhirnya agenda zionis dan tanda-tanda kemenangan umat Islam. Beberapa hadis yang kita selalu dengar tentang kemenangan umat Islam menggambarkan bahawa Zionis bakal dikalahkan dengan kedatangan Nabi Isa, turunnya Imam Mahdi, atau apabila “bercakapnya pokok-pokok dan batu-batu”. Kita meyakini kebenaran hadith-hadith ini.

Namun kita amat tidak bersetuju dengan pihak-pihak yang menggunakan hujah hadith-hadith sebegini untuk mengambil sikap tunggu dan lihat. Kita meyakini sunnatullah bahawa kemenangan tidak akan datang bergolek. Setiap individu Islam wajib berusaha sehabis baik mengikut cabang kemampuan masing-masing bagi menyiapkan barisan umat yang akan beroleh kejayaan.

Konvensyen ini bakal menjelaskan apakah peranan umat dalam isu ini, di samping memberi keyakinan bahawa Zionis bukanlah gerakan yang tidak akan tertewas. Mencabar Zionis di Medan Mereka Mencanangkan “Berakhirnya Agenda Zionis” merupakan satu lambang kesungguhan dan keberanian. Ini merupakan satu keberanian mencabar Zionis di peringkat antarabangsa, di medan yang mereka kuasai iaitu media dan propaganda.

Zionis telah lama menggunakan propaganda media untuk menanamkan kegerunan seluruh dunia terhadap kuasa mereka. Asia Barat seolah-olah berada di bawah telunjuk mereka dengan mewar-warkan kecanggihan teknologi ketenteraan yang mereka miliki yang dikatakan tiada tandingan di rantau itu. Malah badan dunia seperti PBB tidak mampu berbuat apa-apa apabila resolusi demi resolusi yang dikeluarkan tidak diendahkan oleh Israel.

Zionis seakan-akan berjaya mengelabui pandangan dunia dalam menjustifikasikan kewujudan Negara haram Israel melaui propaganda tragedi “Holocaust”, penipuan ilmu sejarah dan pemalsuan artifak-artifak arkeologi. Kita ingin mengatakan bahawa satu-persatu penipuan ini sedang diselongkar dan dibongkarkan.

Semakin banyak pihak mempersoalkan kedahsyatan peristiwa holokaus yang sengaja diperbesar-besarkan. Semakin banyak pihak mempersoalkan tindakan kejam Israel ke atas orang awam, pencabulan hak asasi manusia serta kebenaran hujah ‘mempertahankan diri daripada seranga pengganas’ yang dipergunakan oleh Israel.

Agenda Zionis akan berakhir! Cahaya di Hujung Terowong Sesungguhnya, kita meyakini bahawa tanda-tanda kehancuran zionis telah bermula, Bukti-buktinya kian jelas dan telah terbongkar satu persatu. HAMAS dan umat Islam di Gaza adalah satu bukti nyata akan kehancuran Israel. Kita mahu supaya seluruh dunia Islam melihat Gaza sebagai umat contoh, dan segala kezaliman dan kekejaman tidak akan melemahkan semangat kita.

Kita ingin supaya Gaza menjadi pembakar semangat dan pencetus kebangkitan Islam seluruh dunia, dalam menuntut kembali hak-hak mereka, mengangkat agama Islam ini ke tempat yang sewajarnya. Tiada kekuatan yang akan mampu mengalahkan gerakan ini, tiada benteng yang akan dapat menghalang arus ini.

Cengkaman Yahudi di medan-medan lain jugak akan tercabar satu persatu. Krisis ekonomi seluruh dunia mula menyebabkan banyak pihak mempersoalkan sistem ekonomi kapitalis yang di dokong Yahudi. Kita melihat semakin banyak tumpuan diberikan kepada sistem ekonomi alternatif khasnya sistem berlandaskan syariah.

Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis ini juga bakal mencungkil tanda-tanda kehancuran Zionis yang berpandukan Kitab Taurat itu sendiri. Penulis Arab, Safr Abdul Rahman Al-Hiwali dalam bukunya ”Hari Kemurkaan: Adakah Bermula Dengan Intifadhah Rejab” menerangkan bahawa Kitab Taurat menggambarkan bahawa orang Yahudi bakal dikumpulkan di suatu tempat untuk menerima balasan Allah terhadap kezaliman mereka sejak zaman-berzaman.

Buku ini membincangkan adakah hari kemurkaan telah bermula dengan berlakunya Intifadhah Rejab, iaitu intifadhah yang tercetus selepas Ariel Sharon mencemari perkarangan Masjid Al-Aqsa pada 28 September 2000 dengan menjejakkan kaki di dalamnya. Maklumat lanjut berkenaan Hari Kemurkaan ini, akan kita bincangkan dalam konvensyen kita nanti.

Inilah Jihad Kita Umat Islam di Palestin telah melaksanakan jihad mereka. Mereka berjihad dengan batu, senjata dan darah. Mereka sanggup mengorbankan nyawa dan anak-anak mereka untuk semata-mata mepertahankan tanah waqaf umat Islam.

Bagi kita, inilah jihad kita, jihad dengan ilmu, harta dan segenap yang kita ada. Jihad kita di antaranya adalah untuk menghidupkan kesedaran dalam diri umat ini untuk bangkit dan memberikan sumbangan mereka sedaya-upaya mereka.

Jihad kita adalah dengan perang psikologi menentang propaganda Yahudi. Jihad kita adalah dengan pena, suara dan minda. Jihad kita ialah berusaha untuk kembali kepada sumber kekuatan kita; ia adalah agama Islam yang telah mengangkat darjat umat terdahulu.

Jihad kita baru sahaja bermula! Ayuh bersama-sama dalam jihad ini!

konvensyen berakhirnya agenda zionis ~menjawab persoalan anda tentang zionis~ konvensyen besar-besaran dan julung2 kalinya diadakan di malaysia anjuran AMAN PALESTIN dan PEMBINA..dianggarkan lebih 3000 peserta akan hadir..

Tarikh:9 mei 2009(sabtu)

Tempat:dataran merdeka PWTC masa :8pg hgga 5 ptg

Yuran:rm10 makanan dan cenderamata disediakan..

Ahli Panel: 1)DR AZZAM TAMIMI (aktivis politik,ahli akademik PALESTIN dan direktor institut
prmikiran politik islan(IIIT)di london)
2)DR MOHSEN SALLEH (pengarah Al-Zaytouna Cebtre For Studies & consultations di
Beirut,profesor sejarah kontemporari dan arab moden)
3)DR ROSLAN MOHD NOR (pensyarah kanan UM dan lulusan bidang kajian jerusalem-
Islam,mendapat ijazah kedoktoran di Scotland.satu-satunya rakyat malaysia yg
menkaji tentang jerusalem hgga ke peringkat PHD)

Pendaftaran: taip KBAZnama penuhno. ic dan hantar ke 019-6077372

seluruh rakyat malaysia dijemput hadir ke konvensyen ini..

telefon:03-89267019
faksimili:03-89259963
emeil:KBAZ2009@YAHOO.COM
MAKLUMAT LANJUT:http://www.kbaz.net

sumber:iluvislam.com

Sleep???


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Have Faith ~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Selsema @ Flu ~

Petua Mengelakkan Dan Menyembuhkan Selesema

Petua bagi mengelakkan daripada terkena selesema adalah dengan mandi air suam di waktu petang. Kemudian amalkan minum air halia seminggu sekali. Selain itu, cucilah lubang hidung dengan air bersih setiap kali mandi.

Manakala kalau sudah dijangkiti selesema, di antara petua untuk menyembuhnya adalah;

* Ambil sebuku halia yang telah dibersihkan. Hidu baunya.
* Ambil secawan air didihan beras (waktu mendidih). Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering tekak itu sembuh.
* Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari.
* Selesema pada musim hujan atau panas terik boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

J!h@d SeoR@ng WANIT@

Sudut-sudut Jihad Wanita

1. Menjadikan rumah tangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara’ dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.

4. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.

5. Memerangi perkara-perkara bid’ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.

6. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.


Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manakala jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu. Moga sama-sama mendapat manfaat…aminnn…


Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh…

1) Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: "Wahai Rasulullah, kami memandang jihad adalah amalan yang terbaik. Kerana itu, apakah kami (kaum wanita) boleh berjihad?"
Sabda Baginda: "Akan tetapi bagi kamu sekalian (kaum wanita), jihad yang terbaik adalah haji yang mabrur." (HR Imam Bukhari - shahih)

2) Dari Aisyah radhiallahu ‘anha: "Rasulullah pernah ditanya oleh isteri-isterinya mengenai jihad, dan Baginda menjawab: "Jihad yang paling baik (bagi kamu) adalah (melakukan) ibadah haji." (HR Imam Bukhari - shahih)

3) Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: "Pernah ana bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah wajib ke atas kaum wanita itu jihad? Jawab Baginda: "Ya, ke atas mereka jihad tanpa ada peperangan padanya; iaitu haji dan umrah." (HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah - shahih)

4) Dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Perjuangan orang yang telah lanjut usia, orang yang lemah dan wanita adalah haji." (HR Imam Nasa’ie)

Wallahu a’lam…

Kiamat?

Petanda Kiamat Makin Hampir


1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,

Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah..
2. Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim

~ dah nampak dah..
3. Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab, “Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi wanita”
- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik..
4. Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah..
5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.”
- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu…
6. Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran”
- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama’ yg tinggal…
7. Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysia pun ada..
8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.”
- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pun tak bertegur sapa…
9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.”

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)..
10. Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok..
11. Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu”
- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar-akhbar harian & majalah yang popular sekarang nie…
12. Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.”
- Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq..
13. Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai”
- Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji.. Mina dah kene banjir..

wallahua'lam..

Gejala Sosial*

GEJALA SOSIAL REMAJA -PANDANGAN DR FATIMAH YUSUF (CAHAYA OKTOBER)


Oleh: Nik Suhaila/ Haslinda


Saban hari isu-isu gejala sosial yang membabitkan gadis remaja hangat diperkatakan , secara tidak langsung, isu ini turut menggambarkan bahawa bahawa gadis remaja kini semakin agresif, berani, liar . Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa perkara ini berlaku? Sehubungan dengan itu CAHAYA berpeluang menemu ramah Prof. Dr Fatimah Yusoff, Ketua Program Psikologi, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia UKM bagi mengupas permasalahan gejala sosial di kalangan remaja perempuan ini dengan lebih lanjut.


Perasaan Ingin Tahu dan Ingin Mencuba

“Remaja ialah mereka yang berumur 18 tahun ke bawah. Pada peringkat usia ini, mereka mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi. Justeru apa-apa sahaja perkara baru yang terjadi di sekeliling mereka, akan mengundang perasaan ingin tahu di kalangan remaja. Secara tidak langsung membuatkan mereka terdorong untuk mencuba dan melakukan perkara-perkara tersebut”.



“Perasaan begitu sebenarnya adalah baik untuk remaja, namun yang menimbulkan masalah apabila mereka tiada ‘guide line’ dari orang-orang yang sepatutnya, umpamanya para ibu bapa, keluarga, jiran dan sebagainya. Jadi perasaan ingin tahu remaja akan mendorong mereka melakukan apa ingin dilakukan tanpa memikirkan baik atau buruknya perkara perkara tersebut”.



Pengaruh Rakan Sebaya

“Kawan-kawan menjadi orang yang rapat dengan mereka. Kawan yang baik, boleh membimbing mereka kepada kebaikan, namun jika tersilap memilih kawan, akan mempengaruhi mereka kepada perkara-perkara yang buruk. Selain itu sikap remaja turut menyumbang kepada gejala sosial, kadangkala mereka ini terlalu mudah mempercayai orang lain. Umpamanya, jika mereka merasakan rakan-rakan mereka lebih rapat dan lebih memahami, dengan mudah mereka akan mengikut apa yang dilakukan oleh rakan-rakan. Mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan kawan”. Dalam keadaan ini ramai para remaja terjerumus ke dalam gejala sosial.”



Dahagakan Keseronokkan

“Sikap remaja juga dahagakan keseronokan. Jadi apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan kepada mereka akan dilakukan sama ada kerana terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal ini menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya. Ketika ini apa yang terlintas di pemikiran mereka adalah keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu kelak”.




Pengaruh Media Massa

“Media massa juga menjadi penyumbang kepada berlakunya gejala sosial di kalangan para remaja hari ini. Namun tidak semuanya apa yang dipaparkan di media massa itu memberikan kesan yang buruk. Namun, ada segelintir program-program dan drama-drama yang memaparkan pergaulan bebas di kalangan remaja, program-program realiti tv serta rancangan-rancangan yang bersifat hiburan semata-mata mempengaruhi para remaja dengan perkara yang tidak baik. Umpamanya corak pergaulan remaja yang jauh dari nilai-nilai ketimuran, cara berpakaian yang kurang sopan dan gaya hidup yang mengikut cara barat”



Sikap Keluarga

“Dalam hal ini keluarga juga ada kalanya menjadi pendorong bertambahnya gejala sosial di kalangan remaja. Saya tidak katakan semua keluarga. Apa yang dimaksudkan ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu mengongkong atau terlalu memberikan kebebasan kepada para remaja”



“Keluarga yang terlalu mengongkong ialah keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup. Maksudnya keluarga itu seolah-olah telah menetapkan suatu undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi. Keadaan ini boleh menyebabkan jiwa remaja memberontak dan jika berpeluang keluar dari keadaan itu mereka akan melakukan apa sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang. Manakala keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan. Di dalam keluarga sebegini, tiada suatu peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan. Keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja perlukan sesuatu yang boleh dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka. Tanpa panduan, belum tentu mereka dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin mengakibatkan mudah terjerumus ke arah gejala sosial yang pelbagai kini”



“Institusi keluarga penting untuk membantu mengelakkan para remaja dari terjebak dengan gejala sosial. Paling penting perlu dititik beratkan tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus ke arah perkara yang tidak baik. Dalam hal ini peranan ibu bapa sangat penting sebagai contoh kepada anak-anak”.



“Kesibukan bukan alasan sebagai penghalang ibu bapa mengambil berat hal anak-anak mereka. Paling penting ibu bapa tahu berperanan dan mengamalkan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Ibu bapa seharusnya mempunyai masa untuk berkomunikasi dan mengambil tahu perihal anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa yang memiliki anak remaja hendaklah ‘menjadi rakan’ kepada mereka. Dengan ini anak-anak akan lebih mempercayai ibu bapa dan menjadikan mereka sebagai rujukan jika berdepan dengan masalah. Apabila anak-anak bercerita tentang masalah mereka, ibu bapa hendaklah memberikan tumpuan. Jangan terus membuat spekulasi yang tidak baik ataupun terus menghukum. Berikan masa untuk berbincang dan mencari jalan penyelesaian terbaik”.



“Ibu bapa juga digalakkan merancang aktiviti bersama anak-anak dan ahli-ahli keluarga. Contohnya, di bulan Ramadan ini, seboleh-bolehnya semua ahli keluarga berkumpul untuk berbuka puasa ataupun bersama-sama ke surau atau masjid untuk menunaikan solat sunat Tarawih. Para ibubapa juga perlu sentiasa memantau keadaan anak-anak, tidak boleh ‘just take for granted’. Mereka tidak boleh membiarkan anak-anak bersendirian menentukan jalan hidup mereka. Anak-anak perlu dibimbing. Selain itu, ibubapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka. Jika perlu, sesekali minta supaya anak-anak membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat dipastikan dengan siapa anak kita berkawan. Doalah sentiasa agar anak-anak kita terhindar dari perkara-perkara yang tidak diingini seperti itu. Ingatlah, doa ibubapa sangat penting untuk kesejahteraan hidup anak-anak”.



Nasihat Untuk Remaja

“Kepada semua remaja, saya menyarankan agar sentiasa berwaspada dalam apa sahaja yang dilakukan. Jika berkawan, pilih kawan-kawan yang boleh memimpin ke jalan kebaikan bukannya kawan yang memusnahkan hidup . Jangan mudah terpengaruh. Kenali orang-orang di sekeliling . Penting juga anak-anak remaja mendapatkan seseorang yang boleh menjadi ‘role model’. Pilihlah mereka yang telah menempa kejayaan dalam kehidupan mereka supaya dapat dijadikan panduan untuk mencipta kegemilangan” ujar Prof Dr Fatimah mengakhiri wawancara dengan CAHAYA.

Teater ^

Teater Dinsman iringi persoalan kejujuran dan sabar menerima hukuman


TAK tahu di mana salahnya, di mana silapnya. Dan entah kenapa tiba-tiba hatinya menjadi begitu dingin untuk bergerak ke medan jihad.


Pada awalnya memang ada sikap berlengah pada hati pemuda itu kerana melihat baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang masih belum lagi berangkat ke medan perang.

Ka'ab bin Malik, begitu nama sahabat itu. Sebenarnya ... hati pemuda itu sudah pun penuh tepu dengan kerinduan ke atas jihad. Ka'ab sudah pun membeli dua ekor unta sebagai alat tunggangan di padang pasir nanti!

Tapi, lantaran sikap sambil lewa itu, akhirnya beliau dan beberapa para sahabat yang lain telah ketinggalan di medan jihad. Dan, ketika seorang demi seorang sahabat memberikan seberkas alasan kepada Rasulullah s.a.w berhubung ketidakhadiran mereka itu, Kaab pun tampil, hadir mengungkap sebuah jawapan dengan penuh kejujuran.

"Entah kenapa ... hamba mengambil sikap berlengah-lengah. Dan hamba sebenarnya tiada lagi apa-apa alasan yang kukuh untuk tidak pergi berperang," kata Kaab kepada baginda Rasulullah s.a.w.

Ekoran itu, turunlah wahyu satu persatu yang menghukum Ka'ab dan dua orang sahabat-sahabat yang lain lantaran keengganan mereka turun berperang ke medan jihad.

Bermula dengan pemulauan terhadap mereka, kemudian ada perintah baru supaya mereka diasingkan daripada isteri dan pengalaman paling getir bagi manusia bernama Ka'ab ialah tatkala beliau menerima sepucuk surat daripada Raja Ghassan.

Isi kandungan surat itu menyeru Ka'ab untuk berpaling tadah dan mengkhinati Rasulullah dan Muslimin lainnya. Hati Ka'ab benar-benar terpukul dengan ujian tersebut. Batin telah didera dengan sejuta penyesalan.

Gara-gara tidak hadir, turun memancung kepala musuh di medan jihad, akhirnya manusia Ka'ab dihimpit derita lantaran godaan musuh Islam pula. Tetapi, Ka'ab tetap bertahan dan bersabar di atas nama kebenaran dan kejujurannya mengamalkan Islam.

Teater biografi dari hadis panjang

Setelah menjalani tempoh hukuman; pemulauan daripada masyarakat Islam dalam jangka masa yang terlalu lama, akhirnya taubat Ka'ab serta para sahabat yang lain diterima.

Teater biografi (jika boleh digunakan ungkapan sedemikian) Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT) ini membawakan tema kejujuran dan bercakap benar walaupun pahit.

Kepahitan ini tidak akan dirasai jika beliau memilih untuk menipu baginda Rasulullah s.a.w. Inilah antara tema persoalan nilai yang diangkat melalui teater tersebut.

Bertempat di Auditorium Muzium Negeri Selangor, Shah Alam, pementasan mono teater selama sekitar sejam itu dilakonkan oleh Sabri Yunus (Ka'ab) diiringi gesekan biola oleh Sani Sudin (Kopratasa).

Perihal taubat Ka'ab dan dua orang sahabatnya diterima Tuhan diperihalkan melalui surah at-Taubah.

"Dan tiga orang yang tertinggal di belakang hingga bumi yang luas ini terasa sempit kepada mereka, dan hati mereka juga menjadi sempit, serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari daripada Allah melainkan kembali bertaubat kepadaNya. Kemudian Allah menerima taubat mereka, supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Dialah poenerima taubat lagi amat mengasihani." (At-Taubah, ayat 118).

Sementara itu, perincian kisah Ka'ab ini diperihalkan beliau sendiri lewat sepotong hadis yang panjang yang dinukilkan daripada Kitab Sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Hadis berjudul Taubah Ka'ab bin Malik Wasohiibihi (Taubat Ka'ab bin Malik dan sahabat-sahabatnya) boleh ditemukan dalam Sahih Muslim, hadis bernombor 2769.

Dialog bersama penonton


Shamsudin Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman telah menggunakan pendekatan untuk berdialog bersama para penonton selepas tamatnya pementasan sekitar 10 malam.

Kaedah ini kelihatan lebih memikat lantaran penonton berpeluang memberikan kritik dan sumbang saran terhadap teater yang dipentaskan.

Selain itu, para penonton berpeluang mengemukakan pertanyaan dan turut serta memberi ulasan dan pandangan peribadi mereka tentang mesej dan teladan dalam teater berkenaan.

Tak kurang hebatnya saat berlaku silang debat antara penonton dan pelakon teater sendiri apabila masing-masing berfikir atas alasan apa Ka'ab dihukum.

"Ka'ab dihukum kerana beliau tidak turun berperang," kata Sabri Yunus.

"Jadi kenapa ada sahabat yang lain tak dihukum walaupun mereka tak turun berperang?" tanya salah seorang daripada penonton tersebut.

Dinsman cuba meleraikan sedikit kekusutan itu dengan berkata: "Hal ini banyak tafsiran dan polemik ini berlangsung dalam tempoh yang cukup lama."

Namun, menurut beliau, kisah Ka'ab yang diangkat sebagai teater ini menyajikan kepada kita sebuah persoalan yang melingkari kehidupan masyarakat hari ini.

Iaitu, persoalan sama ada mahu bercakap benar lalu dihukum atau mahu terus menipu dan terselamat di dunia, tetapi belum tentu terselamat di akhirat.

"Mesej utama yang ingin disampaikan dalam teater ini adalah katakanlah yang benar dan bersabar menerima hukuman itu," jelas Dinsman kepada para penonton.

Menyentuh hal lain pula, terdapat anak muda kampus yang menyatakan kesediaan untuk membawakan teater tersebut ke dalam universiti masing-masing.

Teater MKDT ke universiti?

"Saya sedia menjadi perantara untuk membawa pementasan teater ini ke universiti," kata salah seorang siswa. "Kita tidak mahu orang anggap kesenian dan hiburan Islam itu cuma terhad kepada kegiatan nyanyian nasyid dan mesej dakwah kita ini cuma terhadap kepada aktiviti forum dan ceramah saja."

Pendekatan memmentaskan teater yang kemudiannya diakhiri sidang dialog bersama para penonton ini mungkin sesuai dimajukan dalam ruang universiti yang mana penonton akan kerap berdebat mengenai segala aspek dalam pementasan teater tersebut.

Pementasan teater MDKT pada 2 Mei itu turut dihadiri kalangan ahli-ahli PAS, golongan bukan Melayu dan masyarakat bukan Islam termasuk anak-anak muda dari Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas), Suaram (Suara Rakyat Malaysia) bersama sekitar 30 orang pelajar dari Sekolah Menengah Confucian (Persendirian) Kuala Lumpur.

sumber:harakahdaily

Thursday, April 16, 2009

Mengapa aku dihidupkan?


Bismillahirahmanirrahim…

Dimulakan denga selawat kepada junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w dan para keluarga serta sahabatnya. Alhamdulillah dapat juga kami (HAWA) mengeluarkan wadah yang dapat dikongsikan bersama antum, insyaAllah. Sukanya kami mengajak antum untuk merendahkan diri antum serendah-rendahnya kepada Allah dan istighfar serta bermuhasabah. Masakan tidak, kita hanya hambaNya sahaja. Ayuh kita refresh kan kembali tujuan kita di ‘medan peperangan’ ini.

1)Untuk sujud menyembah Allah…

Firman Allah maksudnya: “ padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar.” (surah Al-Bayinah 5:98)


2)Untuk aku sebagai khalifah di bumi ini….

Firman Allah swt maksudnya: “dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksa-Nya dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” ( surah al-An’am 6:165)


3)Untuk aku menyeru kebaikkan dan membanters kejahatan…

Firman Allah, maksudnya: “ dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang Berjaya.” (surah Ali Imran 3:)

4)Allah tidak jadikan aku sia-sia...

Firman Allah swt maksudnya: Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptan kamu ( dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak dikembalikan kepada Kami?” (surah al-Mu’minun: 115 )



masyaAllah, sudah terang lagi bersuluh. Semoga input kali ini dapat memberi manfaat ke jalanNya, insyaAllah.

Tuesday, April 14, 2009

Bermuamalat dgn lelaki? bagaimana?

TIPS BERURUSAN DENGAN LELAKI
www.iluvislam.com


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...

1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.

2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???

3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.”

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku.

Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..

Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..

5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.

Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam.



BERPESAN-PESANLAH PADA KEBENARAN..

wanita~


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tempatkan Bilikku di Neraka



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



"Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: "Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki.... " nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?" Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. "Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na'uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati. Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek. Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu? Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul 'alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undangi tersebut . Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.




Sumber: Dipetik dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

 
~HAWA~ © 2007 Template feito por Templates para Você