"Pastikan Anda Telah "Install" Monzilla Fire Fox dan Flash Player Sebelum Melayari Portal ini"
SELAMAT BERJUANG

Selamat berjuang sahabatku...

semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu...

berjuanglah
hingga ke akhirnya

dan ingatlah semua ikrar kita...

Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya :

"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."


Sunday, November 14, 2010

we were all the same


Menjelang musim haji yang bakal tiba,saya membaca kembali buku, ''Malcolm X: As They Knew Him" (editor David Gallen,1992) dan kali ini tumpuan lebih diberikan kepada cerita perjalanan haji Malcolm X . Lebih dikenali sebagai Malcolm X, Malik ElShabazz (1925 –1965), pemimpin pejuang hak asasi kulit hitam di Amerika yang aktif dengan Nation of Islam di bawah pimpinan Elijah Muhammad telah mengalami perubahan yang ketara terhadap pemikirannya sebaik sahaja menunaikan ibadah haji di Makkah.


Sebelum menunaikan ibadah haji, beliau agak lantang memperjuangkan hak-hak bangsa kulit hitam dan dilihat mempunyai sikap anti bangsa kulit putih. Pada bulan April 20 1964, Malcolm X telah mula menulis pengalaman beliau sewaktu menunaikan haji di Makkah, dan menceritakan bagaimana beliau berjumpa dengan ramai orang berkulit putih yang turut menunaikan haji bersama beliau, semangat kesatuan persaudaraan Islam, dan hal ini membuatkan beliau mulai sedar tentang peranan Islam dalam mengatasi masalah perkauman dan mengatur hubungan antara kaum yang berbeza. Malcom X telah menghantar poskad kepada sahabatnya, Dick Schaap yang tertulis "Greetings from Mecca" dan menggambarkan kota Makkah sebagai "the fountain of truth, love, peace and brotherhood". Malcom juga menulis dalam poskad tersebut pengalamannya sewaktu menunaikan haji di Makkah antaranya :-

Eaten from the same plate with fellow Muslims whose eyes were bluer than blue,whose hair was blond,blonder than blond,whose skin was whiter than white..and we were all the same.''

Dalam poskad pertamanya kepada James Farmer pula, Malcolm X menulis:-

"Dear brother James, I am now in Mecca, the most beautiful and sacred city in the world, where I have witnessed pilgrims of all colors...worshipping Allah in perfect peace and harmony and brotherhood such as I have never seen in the States
.''

Malcom X menggunakan nama barunya Malik El Shabazz, menghantar poskad keduanya kepad James Farmer dan beliau mencatatkan coretan berikut:-

"Here I am,back in Mecca. I am still travelling,trying to broaden my mind, for I've seen too much of the damage narrow-mindedness can make of things and when I return home to America, I will devote what energies I have to repairing the damage.''

Dan bila ditanya adakah catatan beliau tersebut menunjukkan berlaku perubahan pada corak pemikirannya, beliau berkata ya dan mengatakan:-

"I have some explaining to do...I was not so lucky as you were. I had very little formal education, eight grades. I am self-educated. I read for myself: mostly in prison I read the dictionary backwards... Consequently I believed everything the Honourable Elijah Muhammad told us and the Honourable Elijah Muhammad told us that Islam was a black man's religion-exclusively-and that the blue-eyed devils could not get close to Mecca, that they would be killed if they tried to enter that sacred city. In Mecca I saw blue-eyed blonds worshipping Allah just as I was, kneeling right beside me, so obviously the Honourable Elijah Muhammad had lied."

Ketika berjumpa dengan sahabatnya Maya Angelou, Malcolm X turut membicarakan pengalaman barunya di Makkah dan mengungkapkan:-

"I have always said whites were blue-eyed devils but I have been to Mecca and I have seen whites with blue eyes with whom I felt a brotherhood,and so I can no longer say this-that all whites are evil.

'' Perjalanan kembaranya menunaikan ibadah haji di Makkah ini mencetuskan perubahan kepada pemikiran Malcolm X dari seorang yang memiliki sifat perkauman sempit kepada seorang yang menghargai perbezaan warna kulit, bangsa dan agama seseorang, memperjuangkan persaudaraan sesama umat Islam dan persaudaraan sesama manusia lainnya. Perjuangan cinta persaudaraan dan kemanusian inilah yang membuatkan beliau berbeza pandangan dengan Elijah Muhammad dan Nation of Islam ketika itu dan akhirnya membawa kepada pembunuhan beliau. Pada 1 Februari 1965 tatkala baru mulai menyampaikan pidato di program anjuran Organization of Afro-American Unity (OAAU), Malcom X telah ditembak beberapa kali dan disahkan meninggal dunia selepas itu. Malcolm X meninggal dunia sewaktu masih muda tatkala aktif dengan jelajah pidatonya di serata dunia memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia, keamanan dan persaudaraan sejagat.

Sumber: 1) Malaysiakini
2) Gambar

BERPUASA SUNAT HARI 'ARAFAH DAN KELEBIHANNYA


Pasa ketika ini, semua jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia sedang bersiap sedia untuk melaksanakan ibadah haji di tanah suci Makkah al-Mukarramah. Marilah kita mendoakan kesejahteraan kepada mereka semoga mereka semua dapat menyempurnakan ibadah tersebut dan pulang dengan selamat dengan beroleh haji yang mabrur. Amin!

Pada hari kelapan (8) Zulhijjah ini, para jemaah haji dikehendaki berihram bermula dari Makkah atau di sekitarnya. Mereka seterusnya akan

berangkat dan bermalam di Mina. Ketika matahari terbit pada hari ke 9 Zulhijjah, mereka dikehendaki berangkat ke ‘Arafah. Di sini, mereka disunatkan memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar sehingga terbenam matahari. Para jemaah seterusnya akan melaksanakan kewajipan-kewajipan lain sehinggalah hari-hari Tasyrik berakhir.

Bagi yang tidak menunaikan haji, kita juga boleh meningkat amal ibadah dalam bulan Zulhijjah yang mulia ini dengan melakukan ibadah sunah seperti berpuasa sunah pada awal bulan ini dan berpuasa pada hari ‘Arafah.

Terdapat beberapa hadis mengenai kelebihan sepuluh hari pertama Zulhijjah. Oleh itu, sesiapa yang berpuasa dalam sembilan hari pada awal bulan ini (hari ke-10 adalah hari Raya) hukumnya adalah sunah. Sabda Rasulullah (saw) yang maksudnya;

يصوم تسع ذي الحخّه ويوم عا شوراء وثلاثه ايّام من كل شهر اوّل اثنين من الشّهروخميسين

“Rasulullah (saw) berpuasa sembilan hari dalam bulan Zulhijjah dan pada hari Asyura dan tiga hari bagi setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan dua hari Khamis.” (Status hadis ini ada sedikit pertikaian dan ada yang mengatakan sahih – HR Ahmad dan Abu Daud)

PENENTUAN HARI ARAFAH

Timbul persoalan dalam menentukan bilakah hari ‘Arafah bagi negara-negara selain Makkah/Madinah. Penentuan bilakah hari ke-9 Zulhijjah adalah penting bagi membolehkan kita berpuasa sunah ‘Arafah dan bagi menentukan jatuhnya Hari Raya ‘Adha/Haji.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama sama ada ianya berdasarkan timbulnya anak bulan di sesuatu negara itu atau berdasarkan timbulnya anak bulan di Makkah. Pandangan yang lebih kukuh adalah mengikut masa timbulnya anak bulan bagi negara yang didiaminya. Misalnya, jika negara Malaysia melihat anak bulan sehari selepas hari ‘Arafah di Makkah iaitu 9 haribulan di Makkah ialah 8 haribulan di Malaysia, maka, maka penduduk Malaysia akan berpuasa pada hari ke 9 (iaitu hari ke 10 bagi Makkah).

Pandangan ini sejajar dengan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud sesiapa yang tidak mengesan anak bulan, tidak dikehendaki memulakan puasa. Dalil al-Quran ini juga disokong oleh hadis Rasulullah (saw). Perlu disedari, ibadah puasa adalah di antara ibadah yang ditentukan mengikut peredaran bulan bukannya peredaran matahari. Bagi penduduk di negara sebelah Barat atau Timur Tengah mereka akan menerima kemunculan anak bulan lebih awal dari negara sebelah Timur sebab itulah dalam hal ini mereka lebih awal dari Malaysia.

Bagi mereka yang masih mempunyai kemusykilan dalam hal ini, sebahagian ulama menyarankan kita berpuasa pada dua hari iaitu pada 8 haribulan (9 haribulan di Makkah) dan pada 9 haribulan mengikut masa Malaysia.

KELEBIHAN PUASA SUNAH ARAFAH

Berdasarkan beberapa hadis yang sahih, berpuasa pada hari ‘Arafah mempunyai kelebihan yang besar seperti di bawah: -

صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده

وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله

Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;

“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ” (HR Muslim)

Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;

من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه

“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.” (Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)

Kita wajar merebut peluang ini kerana sebagai insan tentunya kita banyak melakukan dosa sama ada yang kita sedari mahu pun tidak disedari.

LARANGAN BERPUASA BAGI JEMAAH HAJI DI ‘ARAFAH

نهى (رسول الله ص) عن صيام يوم عرفة بعرفة

“Rasulullah (saw) telah melarang berpuasa di hari ‘Arafah (bagi mereka yang berwukuf) di ‘Arafah ” (HR Abu Daud)

Sekian.

Wallahu’alam.


sumber: BERPUASA SUNAT HARI 'ARAFAH DAN KELEBIHANNYA

 
~HAWA~ © 2007 Template feito por Templates para Você