"Pastikan Anda Telah "Install" Monzilla Fire Fox dan Flash Player Sebelum Melayari Portal ini"
SELAMAT BERJUANG

Selamat berjuang sahabatku...

semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu...

berjuanglah
hingga ke akhirnya

dan ingatlah semua ikrar kita...

Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya :

"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."


Saturday, December 13, 2008

Doa Hindar Fitnah DAJJAL..

Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal

1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.


‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)


“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan, “Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)


2 - Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,


اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال


‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”


Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam :)

Memo 36

Memo Ukhuwah 36

Muhammad 'Abduh rahimahullah.."aku pergi ke Barat lalu ku dapati ISLAM tanpa umat Islam,sekembalinya aku ke negeriku aku mndapati umat Islam tanpa Islam"
Renungkan sahabat2..

Memo 35

Memo Ukhuwah 35

5 Cara Mengubati Hati :

1) Membaca Al-Quran & maknanya
2) Solat Malam
3) Berkumpul dengan Orang2 Soleh
4) Banyakkan Puasa
5) Banyakkan Zikrullah (Mengingati ALLAH)

Memo 34

Memo Ukhuwah 34

Selalu benar kau manjakan matamu melihat keindahan, kelak kau mudah menjadi pelupa.. Selalukanlah pujuk matamu memandang kedhaifan kelak kau akan menjadi pengingat..

Memo 33

Memo Ukhuwah 33

"Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman. Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat. Jadikan ia pendorong dan motivasi..."
(Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman)

Memo 32

Memo Ukhuwah 32

"Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu." (Imam Nawawi)

Memo 31

Memo Ukhuwah 31

Muliakanlah rakanmu dengan kemulian yang mampu engkau lakukannya secara berterusan. Jika tidak maka kemuliaanmu itu akan membawa kepada perkara yang memutuskan persahabatan
(Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al Husaini)

Memo 30

Memo Ukhuwah 30

Shaikh Abu al-Hasan al-Shadhaii (w. 656H)- "Di antara tanda munafik ialah lidah berasa berat untuk berzikir. Bertaubatlah kepada ALLAH, ALLAH akan meringankan zikir di lidah anda."

Memo 29

Memo Ukhuwah 29

Diantara tanda-tanda benar dalam Ukhwah ialah menerima kritikan teman, menutupi aib teman, dan mengampuni kesalahannya."
Imam Syafi'i Rahimahullah

Memo 28

Memo Ukhuwah 28

Bosan???
"Sengaja ALLAH menjengkelkan (menjemukan) kamu dari segala sesuatu supaya tidak ada sesuatu yang dapat melupakan kamu dari mengingati Allah..."
Ibnu Ato'ilah, Al-Hikam.

Memo 27

Memo Ukhuwah 27

”Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu.
Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia ialah kamu....”
(Abu al-A’la al-Maududi)

Memo 26

Memo Ukhuwah 26

Sesungguhnya dunia itu lautan yang dalam,telah karam didalamnya baynak manusia. Maka hendaklah perahumu di dunia ini;taqwa kepada Allah, isinya iman dan layarnya tawakkal. Mudah-mudahan engkau lepas.....(Lukmanul Hakim)

Memo 25

Memo Ukhuwah 25

Seorang bijak pandai islam berkata “Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah..maka engkau mesti garang terhadap dirimu sendiri..tidak mengikut segala nafsumu.Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah..tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah denganNYA…

Memo 24

Memo Ukhuwah 24

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata : Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah: • Hatinya selalu berniat suci • Lidahnya selalu basah dengan zikrullah • Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa) • Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah • Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Friday, December 12, 2008

MAWAR..

AURAT BAGI WANITA..

Menutup Aurat


MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.


JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.


Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.


Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.


Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.


Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.


Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.


Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?


Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.


Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.


Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.


Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.


Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu - Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)


Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: “Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya.” (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).


Manakala Abu Ubaidah berpendapat: “Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah.”(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)


Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.


Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.


Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.


Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.


Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.


Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.


Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.


Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.


Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.


Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?


Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.


Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.


Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.


Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah.

Thursday, December 11, 2008

Selamat Pagi..Sobahul Khair..Good Morning..





Salam mujahadah sahabat2..

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran pada Illahi, kerana kita masih bernyawa hari ini..Nikmat tidur yang diberikan, moga kita gunakan sebaiknya untuk merehatkan diri kita setelah seharian bekerja/belajar untk agama Allah..

Nikmatilah hari2 dalam hidup kita dengan sepuasnya..betulkan nawaitu kita setiap kali kita bangkit dari pembaringan..

"Hargailah setiap apa yang ada di hadapan kita sebaiknya, kelak bila ia tiada janganlah kita menyesal akan kehilangannya"..

Salam perjuangan, salam penuh kasih sayang..ukhuwah fillah abadan abada..

(",)

Wednesday, December 10, 2008

AL LUGHAH MENURUT KALAM ALLAH..

BAHASA DARI PERSPEKTIF AL-QURAN


PENDAHULUAN


BAHASA adalah wahana tamadun. Dalam konteks tamadun Islam, wahana terawal yang mengungkapkan segala aspek ketamadunannya ialah bahasa Arab atas sifatnya sebagai bahasa al-Quran. Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa kitab suci yang terakhir memperlihatkan kekuatan dan keupayaannya sebagai bahasa agama yang saintifik, rasional, dan bersifat ilmu pengetahuan (Syed Naquib 1972: 37). Pemilihan bahasa Arab perlu juga dianggap sebagai simbol kelahiran serta kemantapan bahasa-bahasa lain yang turut menyumbangkan peranan yang besar dan penting ke arah pembinaan dan perkembangan tamadun Islam di seluruh pelosok dunia termasuklah bahasa Melayu di Nusantara.

Ibnu Khaldun (1331-1406M) menerusi karya agungnya Muqaddimah Ibni Khaldun meletakkan syarat bahawa kekuatan tamadun Islam hanya akan dapat disaksikan apabila penggunaan bahasa dijadikan sebagai "syiar agama" (t.t.: 420) dan dalam konteks ini, bahasa yang dimaksudkan beliau ialah bahasa Arab. Kekuatan bahasa itu sekali gus menjadi kekuatan kepada aspek-aspek lain yang akhirnya menghasilkan pula kekuatan kepada tamadun tersebut itu sendiri. Itulah yang berlaku kepada tamadun Islam.

Makalah ini mengandungi lima bahagian. Bahagian pertama membincangkan definisi bahasa yang diperjuangkan oleh al-Quran. Bahagian kedua membicarakan unsur-unsur bahasa yang diketengahkan oleh al-Quran. Bahagian ketiga memaparkan metodologi al-Quran dalam meletakkan konsep asas bahasa dan linguistik seperti retorik, sosiolinguistik, psikolinguistik, komunikasi, dan sebagainya. Bahagian keempat mengupas gagasan nilai dalam bahasa yang diterapkan oleh al-Quran. Manakala bahagian terakhir pula merumuskan sumbangan al-Quran terhadap bahasa-bahasa yang menerima pengaruh Islam.

DEFINISI BAHASA

MENURUT Imil Badi (1986:13), tidak ada definisi mutlak bagi bahasa.
Ahli-ahli bahasa sendiri tidak dapat menentukan definisi tunggal bagi bahasa kerana luasnya perkaitan antara disiplin bahasa dengan disiplin lain seperti psikologi, sosiologi, mantik, falsafah, biologi, dan berbagai-bagai disiplin lagi. Kesemua disiplin tersebut melihat bahasa dari perspektif yang berbeza mengikut metodologi masing-masing.

Namun begitu, secara amnya, bahasa dapatlah diertikan sebagai satu sistem komunikasi manusia yang terdiri daripada bunyi-bunyi berstruktur (atau yang bertulis) kepada unit yang lebih besar seperti morfem, perkataan, ayat (Richards, Platt & Platt 1992:196) yang dihasilkan oleh organ pertuturan untuk membolehkan manusia berinteraksi antara satu sama lain (Anis:1973:14). Inilah juga definisi yang dikemukakan oleh al-Quran menerusi ayat yang bermaksud:

"Tidakkah engkau lihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu kalimah yang baik adalah sebagai batang pokok yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah membuat perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat dan mendapat pelajaran".

(Surah Ibrahim: 24-25)

Hamka dalam tafsiran ayat ini berpendapat bahawa al-Quran menganjurkan supaya manusia menggunakan keupayaan berbahasa yang dianugerahi Allah berdasarkan ketentuan aqidah, syarak, dan akhlak yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Bahasa seharusnya digunakan untuk meningkatkan keimanan, ketaqwaan, dan amal saleh. Bahasa yang dapat mencapai matlamat tadi diibaratkan sebagai tanah yang subur dan benih yang baik, apabila ditanam menumbuhkan pohon yang rendang dan buah yang ranum, memberi manfaat dan kebaikan kepada manusia dan haiwan. Sebagai tempat berteduh dan berlindung ketika panas dan menghilangkan lapar dan dahaga dengan buah yang ranum dan manis (Hamka 1983: 138-42).

Dalam erti kata lain, bahasa yang baik lagi bernilai terhasil daripada budi dan sopan santun serta bertitik tolak daripada keimanan, ketaqwaan, dan amal saleh yang akhirnya membawa keamanan dan menghasilkan kesejahteraan kepada kehidupan manusia di dunia dan di akhirat. Inilah konsep bahasa yang diperjuangkan oleh Islam.

Dari perspektif falsafah bahasa, definisi, dan konsep ini menyingkap hubungan antara bahasa dengan ilmu pengetahuan manusia, proses berfikir, pandangan semesta, dan realiti kewujudan serta kehidupan manusia. Pada peringkat ini, bahasa dapat disifatkan sebagai wahana utama bagi menjana segala kegiatan manusia baik perhubungan, pengucapan, perakaman mahupun perwarisan dalam tamadun manusia (Hashim:1994: xi).

Untuk meninjau kedudukan dan keupayaan al-Quran sebagai sumber bahasa, definisi al-Quran akan diteliti terlebih dahulu. Menurut definisi yang disepakati oleh jumhur ulamak dan ahli usul (Muhammad Ali al-Sabuni 1988: 12) al-Quran ialah:

"Kalam Allah yang penuh mukjizat diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril a.s., ditulis dalam mashaf, diturunkan secara beransur-ansur, pembacaannya adalah ibarat, bermula dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas".

Al-Quran dapat digambarkan sebagai sebuah bahasa yang bersifat rabbani. Banyak sekali perkataan yang digunakan oleh Allah s.w.t. bagi menjelaskan bahawa al-Quran adalah sebuah bahasa. Malahan perkataan "al-Quran" itu sendiri yang bermakna "bacaan" disifatkan sebagai bahasa kerana sesuatu yang menjadi bahan bacaan pasti mempunyai sistem-sistem bahasa agar dapat difahami oleh pembacanya (lihat surah al-Qiyamah:17-18). Begitu juga halnya dengan perkataan lain seperti al-Kitab, al-Furqan, dan al-Zikr. Al-Kitab bererti buku, al-Furqan bermakna pembeza antara hak dengan yang batil sementara al-Zikr bermaksud peringatan. Daripada ketiga-tiga sinonim tersebut, nyata sekali bahawa keupayaan dan kekuatan al-Quran direalisasikan oleh satu sistem bahasa yang mantap, saintifik lagi rasional.

UNSUR BAHASA MENURUT AL-QURAN

AL-QURAN mengemukakan berbagai-bagai unsur bahasa. Kepelbagaian ini membawa kepada lahirnya berbagai-bagai tasawwur tentang bahasa seperti yang dibincangkan dalam bahagian definisi. Antara unsur bahasa yang diketengahkan oleh al-Quran termasuklah:

Bahasa adalah alat mengenal Tuhan berdasarkan ayat pertama yang bermaksud:
"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan Yang menciptakan". (Surah al-'Alaq: 1)

Bahasa adalah ilmu yang diajarkan oleh Allah s.w.t. berdasarkan ayat yang bermaksud:
"Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (perkataan-perkataan) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama-nama itu jika kamu memang orang-orang yang benar". (Surah al-Baqarah: 31)

Bahasa adalah lambang kesempurnaan kejadian manusia berdasarkan ayat yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya". (Surah al-Tin: 4)

Bahasa adalah alat untuk menusia beribadat kepada Allah berdasarkan ayat yang bermaksud:
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu". (Surah al-Zariyat: 56)

Bahasa adalah alat interaksi manusia berdasarkan ayat yang bermaksud:
"Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal". (Surah al-Hujurat: 13)

Bahasa adalah alat manusia berfikir berdasarkan ayat yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab agar kamu berfikir".
(Surah Yusuf: 2)

Bahasa bukti kekuasaan Tuhan dalam mencipta organ pertuturan manusia berdasarkan ayat yang bermaksud:
"... dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur". (Surah al-Sajadah: 9)

Bahasa adalah media kehidupan bersosial berdasarkan ayat yang bermaksud:
"(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) yang menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun".
(Surat al-Baqarah: 263)

Bahasa adalah media dakwah berdasarkan ayat yang bermaksud:
"Serulah ke jalan Tuhanmu dengan penuh hikmah (perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil) dan peringatan (dengan cara) yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang terbaik". (Surah al-Nahl: 125)


METODOLOGI BAHASA DAN LINGUISTIK


DARIPADA kaca mata Islam, manusia dicipta oleh Allah s.w.t. (lihat surah al-Mukminun: 12 & 13). Tujuan penciptaan manusia ialah supaya manusia mengenali Allah s.w.t. sebagai Tuhan dan mengabdikan diri kepada-Nya (lihat surah al-Zariyat: 56). Untuk menyempurnakan pengabdian atau peribadatan ini, Allah s.w.t. tidak menjadikan manusia secara sia-sia (lihat surah al-Mukminun: 115) bahkan membekalkan manusia organ-organ bahasa agar manusia berinteraksi dengan-Nya dan juga agar manusia berinteraksi dengan manusia serta alam (lihat surah al-Sajadah: 9).

Matlamat "ibadat" kepada Allah s.w.t. inilah yang menjadi dasar kepada metodologi bahasa dan linguistik yang akan dibincangkan dalam bahagian ini. Allah s.w.t. telah membayangkan satu gagasan metodologi yang menjadi tunjang kekuatan al-Quran menerusi firman-Nya:

"Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman". (Surah al-Isra': 82)

Metodologi bermakna kaedah saintifik yang digunakan dalam mengendalikan sesuatu perkara, termasuk juga dalam pengumpulan dan penganalisisan data. Dalam hal ini, prinsip metodologi yang dikemukakan oleh al-Quran ialah prinsip yang menjadi penawar dan pembawa rahmat kepada segala isi alam. Oleh itu, metodologi yang digunakan dalam al-Quran ialah metodologi yang dapat memenuhi keperluan asas komunikasi manusia-Allah s.w.t. dan manusia-alam dalam ruang lingkup makrolinguistik yang serba luas skopnya seperti psikolinguistik, sosiolinguistik, komunikasi, retorik, dan kognisi melalui satu sistem dalam konteks bahasa dan linguistik khasnya. Akhirnya metodologi ini menuju matlamat menjadikan manusia mengenali dan mengabdikan dirinya kepada Allah s.w.t.

Dari satu sudut yang lain, metodologi bahasa yang diketengahkan oleh al-Quran turut menggunakan pendekatan berasaskan empirisme dan rasionalisme menampilkan prinsip kehalusan dan ketepatan sebutan yang digabungkan dengan keindahan kata-kata serta jangkauan semantik yang cukup mendalam dan menarik. Oleh sebab itulah antara kriteria yang mesti dipenuhi bagi menjadi seorang mujtahid, mufassir, atau faqih termasuklah menguasai bahasa Arab. Penguasaan di sini bukan sekadar dapat bertutur, menulis, dan membaca, memahami makna-makna semantik, kehalusan retorik, struktur sintaksis dan struktur morfologinya, tetapi lebih jauh dari itu, dapat menerapkan prinsip-prinsip dan ciri-ciri bahasa dan linguistik sebagai wahana dalam mengemukakan dan mengupas pandangan, dalam mentafsir ayat atau hadis dan dalam menentukan hukum. Kegagalan memenuhi kriteria ini akan menjejaskan maksud sebenar yang terkandung dalam al-Quran dan hadis, dua sumber utama agama Islam.

Dengan ini, metodologi bahasa yang terkandung dalam al-Quran berfungsi mencorakkan pola kemahiran, pandangan semesta, komunikasi serta tingkah laku manusia. Al-Quran memaparkan sistem bahasa yang indah kerana naluri manusia suka akan keindahan. Al-Quran mengetengahkan sistem bahasa yang tinggi tipologinya untuk merangsang manusia berfikir dan bertindak sesuai dengan tahap ketinggian ilmunya. Al-Quran turut menggunakan sistem bahasa yang tepat supaya manusia sentiasa meletakkan kebenaran sebagai asas dalam menghisab tanggungjawabnya sebagai hamba kepada Allah s.w.t. dan tanggungjawabnya sebagai khalifah kepada diri sendiri, keluarga, dan orang lain. Dan yang paling penting al-Quran mengungkapkan sistem bahasa yang berupaya menyatukan aqidah, syariat, dan akhlak semua manusia meskipun berlainan bangsa, ras, budaya, dan jantina.


GAGASAN NILAI BAHASA


BAHAGIAN ini membincangkan kedudukan dan keupayaan bahasa yang berorientasikan al-Quran, iaitu bahasa Arab. Namun begitu, bukanlah menjadi matlamat makalah ini untuk menafikan keupayaan bahasa-bahasa lain terutamanya yang banyak memainkan peranan dalam perkembangan Islam seperti bahasa Inggeris atau bahasa Melayu di Nusantara. Subhi Salleh (1986: 362) linguis Arab sendiri pernah menegaskan bahawa sekalipun bahasa Arab banyak memiliki keistimewaan dari segi derivasi, paradigma, dan pengungkapan, tetapi tidak ada sebab untuk membezakannya daripada bahasa-bahasa lain di sebalik sentimen agama atau nasionalisme. Menurut beliau lagi, yang perlu dibezakan ialah metodologi yang digunakan oleh bahasa-bahasa dalam perkembangan dan pengukuhannya (Subhi: ibid.: 362).
Al-Quran telah menerapkan satu sistem nilai atau aksiologi bahasa yang tidak terdapat dalam bahasa-bahasa lain. Sebelum al-Quran diturunkan, bahasa Arab Jahiliah adalah bahasa yang lebih suci dan bebas daripada pengaruh estetik dan istilah metos, metafizik, dan falsafah agama yang tentu mengelirukan berbanding dengan bahasa Yunani-Romawi Kuno, bahasa Iran-Farsi Kuno, dan bahasa-bahasa yang digunakan orang di Timur Tengah zaman itu (Syed Naquib ;op.cit.: 37) dalam rumpun Semitiknya. Inilah salah satu sebab mengapa bahasa Arab dipilih sebagai bahasa al-Quran. Pemilihan ini dijelaskan juga oleh Allah s.w.t. dalam ayat yang bermaksud:

"Dan jika Kami jadikan al-Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: 'Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?' Apakah (patut al-Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: 'Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman'". (Surah Fussilat: 44)

Selain itu, Allah s.w.t. turut menyebutkan perkataan "'Arab" sebagai kata keterangan sifat bagi al-Quran dalam sepuluh ayat yang lain melalui dua paradigme yang berbeza (Jabatan Leksikografi: 1990: 775).

Antara nilai bahasa yang dapat digarap menerusi al-Quran termasuklah:

1. Penggunaan bahasa dalam pengkajian ilmu-ilmu Allah s.w.t. (lihat surah al'Alaq: 3-5) sebenarnya tidak terbatas keluasannya (lihat surah al-Kahfi: 109) termasuklah dalam aspek kebahasaan dan linguistik itu sendiri sama ada makrolinguistik, mikrolinguistik, terapan, ataupun bukan terapan.

2. Kekuatan bahasa bergantung pada kemampuan perbendaharaan kosa kata dalam memperkatakan konsep ketuhanan, keduniaan, dan keakhiratan serta perkara-perkara yang menyentuh persoalan metafizika.

3. Etika sosial perlu wujud bersama-sama bahasa sama ada yang melibatkan gender usia, atau latar belakang yang berbeza. Dalam isu gender, al-Quran telah mengangkat martabat wanita dengan mengisyaratkan bahawa kehidupan manusia memerlukan interaksi antara lelaki dengan wanita di dunia dan di akhirat (Ibrahim Ibrahim:1988: 17).

4. Perkembangan dan pemantapan bahasa menuntut kadar penggunaan bahasa yang tinggi di kalangan pengguna bahasa (penutur, penulis, pembaca, dan pengkaji bahasa). Nilai ini bermula dengan budaya celik bahasa (lihat surah al-'Alaq:1).

5. Ketepatan bahasa dan struktur yang tidak berbelit-belit (ghair zu 'iwajin) adalah faktor ketahanan dan keluasan penggunaannya sama ada dalam bentuk ayat yang pendek, sederhana, atau panjang (lihat surah Al-Zumar: 28).

6. Kejelasan perkataan dan ayat dari segi ketepatan sebutan dalam pemindahan maksud dari seorang pengguna bahasa kepada seorang pengguna bahasa yang lain hasil penyatuan makna (fussilat ayatuhu) (lihat surah Fussilat: 3) sehingga mencapai tahap stonda.

7. Keluasan sasaran (rahmatan lil 'alamin) (lihat surah al-Anbiya': 107). Nilai ini adalah nilai sepanjang zaman kerana al-Quran diturunkan bukan sekadar memenuhi keperluan masyarakat Arab Jahiliyyah di Semenanjung Arab pada era pra-Islam semata-mata, tetapi menjangkaui batasan masa dan geografi dari satu generasi ke generasi yang lain.

8. Bahasa Arab akan menjadi bahasa yang kekal terpelihara, sama ada terpelihara dengan maksud tidak akan lenyap sehinggalah Hari Kiamat ataupun terpelihara dalam erti kata tidak kehilangan identitinya (lihat surah al-Hijr: 9). Namun hal ini tidak bermakna bahawa al-Quran menolak pragmatisme bahasa.

9. Ketinggian tahap infleksinya. Hakikat ini diakui oleh ahli bahasa bukan Arab seperti Asmah Haji Omar (1991:56). Menurut beliau, bahasa Arab adalah bahasa yang memiliki tahap infleksi yang tinggi kerana perubahan-perubahan dalaman yang dialaminya berbanding dengan bahasa Melayu yang lebih mengutamakan unsur pelekatan dan penambahan di awal dan di akhir perkataan.

10. Uslub, gaya bahasa, dan makna ayat (sintaksis dan semantik). Menurut Ibrahim al-Samirra'iy (1983:173), al-Quran mencetuskan budaya keindahan uslub, susunan, dan makna dalam bahasa kepada masyarakat Islam. Budaya ini telah meniup semangat tokoh-tokoh seperti Abu 'Amru bin al-'Ala', Abu 'Ubaidah, Ibnu Qutaibah, al-Tabariy dan lain-lain untuk menghasilkan tulisan mereka.

SUMBANGAN AL-QURAN TERHADAP BAHASA DUNIA

AL-QURAN mempunyai pengaruh dan kesan yang amat mendalam serta meluas dalam semua bahasa tempatan yang menerima Islam. Kuatnya pengaruh tersebut dapat dilihat dari segi jumlah perkataan pinjaman bahasa Arab yang terdapat dalam sesuatu bahasa tempatan (Mustafa 1996: 60).

M.A.J. Beg (1979: xiv) membahagikan sumbangan al-Quran kepada dua kategori, iaitu sumbangan umum dan sumbangan khusus. Sumbangan umum bermaksud sumbangan perbendaharaan kata yang berasaskan al-Quran yang dipinjam dan diterima pakai sebagai sebahagian daripada bahasa semua bangsa yang memeluk Islam dari Indonesia sehinggalah Sahara Barat.

Terdapat sekian banyak kelompok bahasa dalam Asia, Afrika, dan Eropah yang meminjam perkataan Arab dan kelompok ini diringkaskan seperti yang berikut:


Bahasa Asia ialah Parsi, Turki, Kurdis, Urdu, Hindi, Origa, Melayu, Tamil, Tibet, dan lain-lain.
Bahasa Afrika ialah Swahili, Somali, Amhara, Berber, Hausa dan lain-lain.
Bahasa Eropah ialah Sepanyol, Portugis, Latin, Inggeris, Perancis, Itali dan lain-lain.

Dari segi sumbangan khusus, al-Quran atau bahasa Arab telah mempengaruhi sekurang-kurangnya empat bahasa lingua franca dunia, iaitu bahasa Melayu, Urdu, Swahili, dan Hausa. Bahasa Melayu dituturkan di seluruh Alam Melayu khususnya di Malaysia dan di Indonesia, bahasa Urdu di Pakistan, di India dan di Bangladesh, bahasa Swahili dituturkan di Nigeria, di Kenya, di Uganda, di Tanzania sementara bahasa Hausa pula dituturkan di Niger, di Cameroon dan sebagainya.

Terdapat dua cara bagaimana pengaruh ini boleh berlaku, iaitu melalui proses islamisasi dan perhubungan secara langsung dengan bangsa Arab (M.A.J. Beg:ibid.: 1). Yang lebih menarik ialah semua bahasa tersebut menggunakan abjad Arab dalam tulisan. Ada juga bahasa yang menerapkan sistem nahu dan struktur sintaksis yang sama dengan bahasa Arab.

RUMUSAN

TAMADUN yang dibangunkan oleh manusia memerlukan satu sistem bahasa yang baik bukan hanya untuk berkomunikasi tetapi juga untuk mengungkapkan konsep dan nilai keintelektualan, merancang kegiatan ekonomi mereka dan berbagai-bagai lagi kegiatan dalam kehidupan. Keperluan bahasa semakin lama semakin meningkat dan bertambah lebih-lebih lagi setelah berbagai-bagai kemajuan dan pencapaian dihasilkan. Sebagai contoh, dalam beberapa tahun belakangan ini sahaja beberapa cabang baru linguistik telah dikembangkan hasil daripada kombinasi dengan beberapa disiplin seperti antropologikal linguistik, psikologuistik serta sosiolinguistik (Richard, Platt dan Platt : op.cit.: 215).

Sejarah tamadun Islam membuktikan betapa penting dan besarnya fungsi bahasa. Oleh hal yang demikian, bersesuaian dengan fungsinya yang penting dan besar ini, konsep bahasa sebagai media dalam tamadun Islam sebenarnya dibentuk oleh suatu sumber yang penuh kemukjizatan, iaitu al-Quran serta dipandu pula oleh nilai aqidah dan akhlak.

Al-Quran sebagai sumber utama tamadun Islam telah menyediakan kerangka induk sebuah sistem bahasa rabbani. Matlamat al-Quran ialah menjadikan bahasa sebagai cara dan alat untuk manusia mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. dalam konteks hubungan hablum minallah dan hablum minannas. Pemilihan bahasa Arab jelas mencerminkan kekuatan yang dimilikinya dan sumbangan yang diberikan oleh al-Quran melalui gagasan nilai mengangkat lagi martabat bahasa ini sebagai bahasa yang memberi sumbangan paling besar terhadap perkembangan tamadun Islam.
,
Sumber: http://www.bicaramuslim.com

AL LUGHAH AL ARABIYYA..


Bahasa Arab banyak keistimewaan


BAHASA Arab! Mengapa bahasa Arab? Apa perlunya bahasa Arab? Siapa, bila, kenapa, di mana dan bagaimana?

Bagi seorang muslim di Malaysia, bahasa Arab bukanlah sesuatu yang asing. Sejak lahir mereka telah mendengar lafaz azan yang sememangnya bahasa Arab. Dalam kehidupan seharian mereka menggunakan bahasa Arab iaitu ketika berwuduk, azan, iqamat, solat dan berdoa.

Malah tiga perlima daripada rukun Islam adalah dalam bahasa Arab. Umat Islam mengucap dua kalimah syahadah, bersolat dan menunaikan haji menggunakan bahasa Arab sepenuhnya. Umpamanya dalam solat lima waktu mereka bertutur dalam bahasa Arab. Tanpa bacaan al-Fatihah, solat tidak sah.

Begitu juga al-Quran yang menjadi pedoman hidup orang Islam juga dalam bahasa Arab. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. lebih 1,400 tahun lalu dan sehingga kini ia tidak pernah berubah walau satu huruf pun, apatah lagi perkataan atau ayat. Walaupun begitu, ia masih boleh difahami berbanding teks dalam bahasa lain yang sudah ditelan zaman.

Walaupun al-Quran diterjemahkan dalam berbagai-bagai bahasa di dunia ini, namun ia tidak akan dapat menyaingi teks yang asal. Malah ada ketikanya terjemahan yang digunakan bukan sahaja tidak tepat, malah berbeza dengan kehendak yang asal.

Umpamanya dalam surah al-Insyirah yang rata-rata dihafal oleh kebanyakan orang Melayu. Ayat kelima dan keenam diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu seperti berikut: Maka sesungguhnya di samping kesukaran terdapat kesenangan. Dan sesungguhnya di samping kesukaran terdapat kesenangan.

Persoalan sekarang, yang mana lebih banyak sukar atau senang? Di sini terdapat tiga jawapan. Pertama, sukar lebih banyak daripada senang. Kedua, senang lebih banyak daripada sukar. Ketiga, sukar dan senang sama banyak. Jadi yang mana satu jawapannya?

Seandainya kita hanya merujuk kepada teks terjemahan kita akan memberikan jawapan yang ketiga. Ini kerana di samping sukar ada senang. Dan di samping sukar ada senang. Maknanya ada sukar ada senang, ada sukar ada senang. Jadi sama banyaklah.

Untuk menjawab persoalan ini kita sewajibnya melihat kepada teks yang asal dalam bahasa Arab. Perkataan sukar disebut sebagai al-usr. Perkataan senang pula disebut sebagai yusran. Apakah perbezaannya? Perkataan sukar mengandungi imbuhan al manakala perkataan senang tidak ada imbuhan al.

Perkataan yang mengandungi imbuhan al adalah makrifah. Maknanya ia tertentu dan khusus. Dalam bahasa Inggeris imbuhan al hampir diterjemahkan sebagai the. Perkataan yang tidak mengandungi imbuhan al dan berbaris dua adalah nakirah. Maknanya ia umum dan tidak khusus. Dalam bahasa Inggeris imbuhan tanpa al dan berbaris dua hampir diterjemahkan sebagai a.

Jadi, yang mana banyak? A atau the? Sudah tentulah a yang lebih banyak. Sehubungan itu, bolehlah kita faham kenapa satu kesukaran terdapat berbagai-bagai kesenangan.

Sejarah bahasa


Bahasa Arab berasal daripada rumpun bahasa Samiyah yang dinisbahkan kepada keturunan Sam anak Nabi Noh. Mereka terbahagi kepada tiga golongan. Pertama, golongan Bayidah yang terdiri daripada kabilah Cad, Thamad, Tasm, Jadas, Umaym dan Jurhum.

Golongan kedua pula ialah Caribah yang dinisbahkan kepada Yacrab bin Qahtan. Seterusnya pula ialah golongan Mustacribah yang berketurunan Nabi Ismail dan mereka menetap di Hijaz pada abad ke-19 sebelum Masihi.

Bahasa Arab merupakan salah satu daripada tiga bahasa utama yang memainkan peranan penting dalam sejarah peradaban manusia. Pengkaji sejarah telah menambah dua lagi bahasa menjadikan kesemuanya lima bahasa utama yang telah memberi sumbangan besar dalam sejarah perkembangan tamadun manusia. Bahasa-bahasa tersebut ialah bahasa Cina Kuno, bahasa Sanskrit, bahasa Latin, bahasa Greek dan bahasa Arab.

Walau bagaimanapun, hanya bahasa Arab yang masih digunakan dan terus berkembang sehingga kini. Berdasarkan kenyataan ini bolehlah dikatakan bahawa bahasa Arab mempunyai ciri-ciri istimewa yang membolehkan ia bertahan. Pengkaji-pengkaji bahasa masih terus berusaha menyelidik potensi bahasa tersebut.

Antara ciri-ciri istimewa bahasa Arab ialah ia telah dipilih Allah sebagai bahasa rasmi al-Quran yang merupakan pedoman asas untuk kehidupan di dunia dan di akhirat. Ini dijelaskan dalam surah Yusuf ayat kedua bermaksud: Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa al-Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu menggunakan akal (untuk memahaminya).

Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran telah memberikan jaminan terhadap keunggulan bahasa itu. Maksudnya, selagi agama Islam atau al-Quran masih wujud di muka bumi, selagi itulah bahasa Arab akan tetap berkembang. Ini dijelaskan dalam surah aI-Hijr ayat sembilan yang bermaksud: Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Zikr (al-Quran), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.

Pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran merupakan satu keistimewaan bagi bahasa tersebut kerana ia dapat mengangkat martabat bahasa Arab. Seandainya al-Quran dan hadis bukan dalam bahasa Arab, maka bahasa Arab tidak mempunyai keistimewaan dan kemungkinan besar sudah hilang ditelan zaman seperti bahasa-bahasa kuno yang lain.

Oleh kerana pemilihan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran dilakukan oleh Yang Maha Mengetahui, maka sudah tentu bahasa itu ada kriteria istimewa yang tidak terdapat dalam bahasa lain. Sehubungan itu satu kajian mendalam tentang ciri-ciri keistimewaan bahasa Arab yang membolehkannya menjadi bahasa pilihan al-Quran dan hadis perlu dilakukan.

Antara peranan bahasa Arab yang penting ialah membantu perkembangan tamadun peradaban kuno yang lain seperti Yunani, Greek, Parsi dan Hindu. Kemudian bahasa Arab tersebar ke Barat pada Zaman Pencerahan (Renaissance) melalui pusat kebudayaan Islam seperti di Baghdad (Iraq), Kaherah (Mesir), Fes (Maghribi) dan Granada (Sepanyol).

Zaman keemasan bahasa Arab bermula pada abad ke-4 hingga abad ke-17 . Ketika itu ia digunakan sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan teknologi antarabangsa. Pada abad tersebut, ekonomi, politik dan ilmu pengetahuan bangsa Arab yang beragama Islam paling unggul sehingga disebut sebagai pembuka aspirasi kepada semangat zaman moden.

Pengaruh ke atas bahasa lain

PENGARUH dan sumbangan bahasa Arab terhadap bahasa asing menakjubkan pengkaji sejarah. Ia bukan hanya memperkayakan perbendaharaan kata, struktur atau aliran pemikiran bahkan kadang-kadang dapat menggantikan kedudukan bahasa tempatan.

Semenjak abad ke-4, bahasa Arab telah menjadi bahasa ilmu pengetahuan dan bahasa kebudayaan. Pada abad ke-13 hingga abad ke-14, bermula penterjemahan karya-karya bahasa Arab ke dalam bahasa Latin.

Sebenarnya, perkembangan bahasa Arab juga berlaku melalui proses pertembungan (akulturasi) budaya Islam dengan budaya Eropah seperti ketika berlakunya Perang Salib. Kesannya, bahasa Arab telah dapat memperkayakan perbendaharaan kata pelbagai bahasa utama di dunia sekarang ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Sepanyol.

Menurut pengkaji bahasa, terdapat kira-kira 2,000 perkataan dalam bahasa-bahasa di negara Eropah berasal daripada bahasa Arab. Daripada jumlah tersebut terdapat antara 400 hingga 500 perkataan tersebut masih digunakan dalam komunikasi harian pada hari ini.

Satu kajian lain pula berjaya mengumpulkan 400 kata pinjaman Arab yang biasa digunakan dalam bahasa Inggeris berdasarkan Random House Dictionary of the English Language, Webster’s Third New International Dictionary dan Shorter Oxford English Dictionary.

Antara bahasa di benua Eropah yang paling banyak menerima pengaruh perbendaharaan kata bahasa Arab ialah bahasa Sepanyol. Ini mungkin disebabkan Islam pernah menguasai negara itu selama kira-kira 800 tahun.

Selain Eropah, perkembangan perbendaharaan kata bahasa Arab terus meluas sehingga ke Asia Timur dan kebanyakan negara Afrika.

Kedatangannya ke kawasan-kawasan tersebut telah mempengaruhi perbendaharaan kata bahasa tempatan sehingga ia dapat mengambil alih kedudukan bahasa tempatan seperti bahasa Aramit, bahasa Kaldanit, bahasa Himyar, bahasa Qibti dan bahasa Suryani di kawasan Asia Barat.

Berdasarkan perbincangan di atas, secara umumnya bahasa Arab adalah satu-satunya bahasa terawal manusia yang masih digunakan sehingga sekarang. Pengaruhnya terhadap bahasa-bahasa lain adalah besar dan dapat dilihat pada perbendaharaan kata yang digunakan dalam bahasa-bahasa lain di seluruh dunia.

Sehubungan itu kita berasa yakin bahawa pengaruh bahasa Arab yang mudah meresap dalam pertuturan dan penulisan di kalangan sesebuah masyarakat sebagai asas kukuh untuk memudahkan seseorang menggunakan perbendaharaan kata bahasa Arab sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan.



- DR. ABD. RAZAK ABU CHIK ialah guru bahasa Arab di SMK St. Paul, Seremban, Negeri Sembilan.

Sumber: Utusan

Tuesday, December 09, 2008

SIFAT DENGKI..

8 AKIBAT BURUK TERHADAP PENDENGKI

1). Terjerumus kepada melakukan kemaksiatan. Ini disebabkan pendengki biasanya tidak sepi dari mengumpat, mencela dan bergembira melihat kesusahan orang lain.

2). Rosak ketaatannya kepada Allah sebagaimana hadis Rasulullah SAW bermaksud:”Hindarilah olehmu sekelian dari rasa dengki, kerana dengki itu memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.”

3). Tidak mendapat syafaat. Rasulullah bersabda bermaksud: Tidak tergolong sebagai
umatku, pendengki, pengadu-domba danpenenun nasib.”

4). Masuk neraka.

Dalam hadis Rasulullah ada menyatakan :
”Ada enam orang yang akan masuk ke neraka sebelum dihisab iaitu:
1, Pemimpin kerana kezaliman,
2.Orang arab kerana fanatik kesukuan,
3. Orang yang sombong.
4. Peniaga yang menipu.
5. orang-orng dusun keran kebodohannya.
6. Orang Alim kerana dengki.

5). Mereka sanggup melakukan sesuatu yng merbahayakan orang lain.
6). Mereka akan keletihan dan sering dalam kesusahan.
7). Mereka akan but hati sehingga tidak dapat memahami hukum-hukum Allah.
8). Mereka tidak akan menang, malah mereka akan kalah di sisi Allah.

“Jauhi perasaan hasad dengki”

Monday, December 08, 2008

Memo 23

Memo Ukhuwah 23

Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah tuhan akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.

( Al-Mu’min : 60 )

Memo 22

Memo Ukhuwah 22

Rasulullah bersabda yang bermaksud;
“Barang siapa melakukan solat berjemaah dan duduk dalam majlis ilmu serta mendengar firman Allah lalu mengamalkannya, maka Allah Taala akan memberinya 6 perkara iaitu:
i. Rezeki dari usaha yang halal
11. Selamat dari azab kubur
iii. Menerima kitab dengan tangan kanan
1v. Melalui sirat bagaikan kilat yang menyambar
v. Dihimpun bersama para nabi.
vi. Allah membangun untuknya sebuah gedung disyurga dari permata merah yang mempunyai empat puluh pintu.

Memo 21

Memo Ukhuwah 21

Jalan ke syurga dihampiri oleh kesusahan manakala jalan ke neraka dihampiri oleh keghairahan syahwat.

Memo 20

Memo Ukhuwah 20

Rasulullah s.a.w bersabda:

Orang mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah:
i. Mukmin yang dengki kepadanya.
ii. Munafiq yang benci kepadanya.
iii. Syaithan yang menyesatkan.
iv. Kafir yang memeranginya.
v. Nafsu yang sering bertarung
untuk mengalahkannya.

Memo 19

Memo Ukhuwah 19

Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : " Orang yang beriman, dengan budi pekerti yang baik akan dapat mencapai martabat setaraf dengan orang yang tekun bersembahyang pada malam hari dan berpuas di siang hari."

( Riwayat Abu Daud )

Memo 18

Memo Ukhuwah 18

Doa yang paling mustajab ialah :

• Doa ibubapa
• Doa orang yang dizalimi.
• Doa orang yang dalam kesusahan.

Memo 17

Memo Ukhuwah 17

Tanda-tanda Cintakan Allah:

-Cinta kepada kematian
-Bermunajat kepada Allah
-Sentiasa berzikir kepad Allah
-Berjuang ke jalan Allah

Memo 16

Memo Ukhuwah 16

3 AMALAN YANG MENGHAPUS DOSA:

1. Menyempurnakan wuduk
2. Memeperbanyakkan langkah ke masjid.
3. Menunggu waktu solat

Sunday, December 07, 2008

Ibadah Korban..

HIKMAH DAN HUKUM IBADAH KORBAN




Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lali baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.

Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.

Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).

Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.

Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.


KEUTAMAAN MENGERJAKAN IBADAH KORBAN

Ibadah korban ini memiliki keutamaan yang begitu besar bagi mereka yang mengerjakannya.

Firman ALLAH S.W.T:

"Dan KAMI jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama ALLAH untuk kamu; pada menyembelih unta itu ada kebaikan bagi kamu. Oleh itu, sebutlah nama ALLAH (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya. Setelah ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah KAMI memudahkannya untuk kamu (menguasai dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.

Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada ALLAH. Tetapi, yang sampai kepada-NYA ialah amal yang ikhlas berdasarkan takwa daripada kamu. Demikianlah DIA memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat nikmat petunjuk-NYA. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya." – Surah al-Haj: 36-37.

Melalui ayat di atas dapat kita senaraikan beberapa keutamaan ibadah korban seperti berikut:

1) Ibadah korban dapat membawa kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat dengan mempereratkan hubungan kasih sayang antara golongan yang kurang bernasib baik seperti golongan fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan seumpamanya dengan golongan yang bernasib baik melalui pengagihan daging-daging korban.

2) Ibadah korban berupaya membentuk insan yang bersyukur melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH.

3) Ibadah korban dapat membentuk jiwa yang ikhlas kerana sejumlah wang ringgit telah dibelanjakan demi mendapat keredhaan ALLAH.

4) Ia juga merupakan bukti ketakwaan kita kepada ALLAH kerana menurut perintahnya.

5) Ibadah korban merupakan amalan mulia dan sesiapa yang menunaikan ibadah tersebut bakal mendapat ganjaran paling baik, iaitu syurga.


HUKUM IBADAH KORBAN

Para ulamak berbeza pendapat mengenai hukum melakukan ibadah korban. Ia terbahagi kepada dua pendapat, iaitu:

1. Wajib bagi yang mampu.

Ini merupakan pendapat Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Rabi’ah al-Ra’yi, al-Auza’i, al-Laits bin Saad, salah satu dari pendapat Imam Ahmad bin Hanbal dan pendapat ini telah dirajihkan (dibenarkan) oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah. Dalil-dalil yang menyokong pendapat ini adalah seperti berikut:

"Oleh itu, kerjakanlah solat kerana TUHANnmu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)." – Surah al-Kautsar: 2.

Ayat ini menggambarkan kewajipan ibadah korban sebagaimana kewajipan mengerjakan solat. Ini kerana, kedua-dua ibadah tersebut dihubungkan dengan kata penghubung wau (و) bermaksud 'dan' yang mana ia menunjukkan ada persamaan hukum.

Jundab bin Abdillah bin Sufyan al-Bajali r.a berkata:

صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ النَّحْرِ ثُمَّ خَطَبَ ثُمَّ ذَبَحَ فَقَالَ: مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَلْيَذْبَحْ أُخْرَى مَكَانَهَا وَمَنْ لَمْ يَذْبَحْ فَلْيَذْبَحْ بِاسْمِ اللَّهِ

Maksudnya:
"Nabi s.a.w solat pada hari al-Nahr (Aidiladha) kemudian berkhutbah lalu menyembelih (bintang) korbannya lantas bersabda: Sesiapa yang menyembelih sebelum solat (hari raya Aidiladha), sembelihlah yang lain sebagai penggantinya dan sesiapa yang belum menyembelih maka sembelihlah dengan nama ALLAH." – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 985.

Perintah Rasulullah s.a.w agar mengulangi ibadah korban jika ia dilakukan sebelum solat hari raya Aidiladha menunjukkan ia termasuk perkara wajib. Jika tidak, sudah pasti baginda tidak akan memerintahkan agar penyembelihan diulangi.

Menurut Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ سَعَةٌ وَلَمْ يُضَحِّ فَلاَ يَقْرَبَنَّ مُصَلاَّنَا
Maksudnya:
"Sesiapa yang memiliki kemampuan (keluasan rezeki) dan tidak menyembelih, maka jangan dekati tempat solat kami." – Hadis riwayat Imam Ibn Majah di dalam Sunan Ibn Majah, hadis no: 3114

Hadis ini berupa ancaman bagi golongan yang memiliki kemampuan untuk menyembelih pada hari raya Aidiladha tetapi tidak mengerjakan ibadah korban. Ancaman berat ini tidak akan dikeluarkan oleh baginda melainkan ia sebagai bukti mengenai kewajipannya.

Mikhnaf bin Sulaim r.a berkata:

كُنَّا وُقُوفًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِعَرَفَاتٍ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: يَا أَيُّهَا النَّاسُ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَّةٌ وَعَتِيرَةٌ. هَلْ تَدْرُونَ مَا الْعَتِيرَةُ؟ هِيَ الَّتِي تُسَمُّونَهَا الرَّجَبِيَّةَ.
Maksudnya:
"Kami bersama Rasulullah dan baginda wukuf di Arafah lalu berkata: Wahai manusia! Sesungguhnya wajib bagi setiap keluarga pada setiap tahun (mengerjakan ibadah) korban dan ‘atirah. Baginda berkata: Tahukah kalian apakah ‘atirah itu?. Iaitu yang dikatakan orang Rajabiyah (kambing yang disembelih pada bulan Rejab)." – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam kitab Sunan Tirmizi, hadis no: 1438.

Hadis ini jelas membuktikan bahawa ibadah korban dan ‘atirah itu diwajibkan kepada semua umat Islam yang berkemampuan. Walau bagaimanapun, hukum bagi ‘atirah telah dimansuhkan. Namun, ia tidak memansuhkan ibadah korban. Bahkan, kewajipannya masih berterusan hingga sekarang.

2. Sunat atau sunat muakkad (sunnah yang amat dituntut) bagi yang mampu.

Inilah pendapat jumhur (majoriti) ulama dan pendapat Imam Syafie r.h. Golongan ini berpegang kepada dalil-dalil seperti berikut:

Menurut Ummu Salamah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

إِذَا دَخَلَتْ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا

Maksudnya:
"Jika masuk sepuluh hari pertama Dzulhijjah dan salah seorang daripada kamu semua ingin menyembelih (haiwan) korban, janganlah memotong sedikitpun dari rambut dan kukunya." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 1977.

Dalil ini menunjukkan bahawa ibadah korban tidak wajib berdasarkan kata-kata baginda 'dan salah seorang antara kamu semua yang ingin'. Ia menggambarkan kepada kita bahawa baginda memberi pilihan kepada sesiapa sahaja sama ada untuk menyembelih atau sebaliknya. Seandainya ibadah korban itu wajib, pasti baginda memberi pilihan kepada seseorang sambil berkata: “Janganlah memotong rambut dan kukunya sehingga selesai menyembelih haiwan korban.”

Jabir r.a berkata:

شَهِدْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الأَضْحَى بِالْمُصَلَّى فَلَمَّا قَضَى خُطْبَتَهُ نَزَلَ مِنْ مِنْبَرِهِ وَأُتِيَ بِكَبْشٍ فَذَبَحَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ وَقَالَ بِسْمِ اللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ هَذَا عَنِّي وَعَمَّنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِي

Maksudnya:
"Aku menyaksikan bersama Nabi s.a.w solat Aidiladha di musolla (tanah lapang). Ketika selesai berkhutbah, baginda turun dari mimbar lalu dibawakan seekor kambing lantas Rasulullah menyembelihnya dengan tangannya sendiri sambil berkata: Bismillah wallahu Akbar (Dengan nama ALLAH dan ALLAH Maha Besar). Ini daripadaku dan daripada umatku yang belum meyembelih." – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunan Abu Daud, hadis no: 2427.

Selain itu, kata-kata baginda 'ini dariku dan dari umatku yang belum menyembelih' diungkapkan secara lafaz mutlak dan umum bukan secara khusus. Bermakna, memadai ibadah ini diwakilkan kepada seseorang sebagaimana baginda mewakili seluruh para sahabat yang masih belum melakukan korban.

Inilah dalil menunjukkan ibadah korban tidak wajib. Sekiranya ia wajib, tentu bagi mereka yang meninggalkan ibadah tersebut berhak dihukum dan tidak memadai baginda mewakilkan korbannya itu kepada seseorang.

Abu Sarihah al-Ghiffari, beliau berkata:

مَا أَدْرَكْتُ أَبَا بَكْرٍ أَوْ رَأَيْتُ أَبَا بَكْرٍ وَ عُمَرَ كَانَا لاَ يُضَحِّيَانِ – فِي بَعْضِ حَدِيْثِهِمْ – كَرَاهِيَّةَ أَنْ يُقْتَدَى بِهِمَا

Maksudnya:
"Aku mendapati Abu Bakar atau melihat Abu Bakar dan Umar tidak menyembelih (haiwan) korban – dalam sebahagian hadis mereka – khuatir dijadikan ikutan orang terkemudian." – Hadis riwayat al-Baihaqi di dalam Sunan al-Kubra, jil. 9, ms. 295. Syeikh al-Albani telah mensahihkan riwayat ini di dalam Irwa’ al-Ghalil, hadis no: 1139.

Seandainya ibadah korban itu wajib, pasti Abu Bakar dan Umar r.a akan mendahului umat Islam dalam melakukan ibadah korban.

Sebelum membuat rumusan tentang hukum ibadah korban, kita hendaklah fahami bahawa hukum sunat atau wajib berkaitan sesuatu ibadah hanyalah berbentuk kajian ilmiah dan bertujuan mengetahui sama ada sesuatu amalan itu dibenarkan untuk ditinggalkan ataupun tidak sahaja. Namun, bagi mereka yang mencintai sunnah Nabi s.a.w sekiranya sesuatu amalan itu tsabit daripada baginda s.a.w mereka akan berusaha bersungguh-sungguh mengerjakannya tanpa memikirkan sama ada ia wajib atau sunat.

Namun, kedua-dua pendapat tersebut memiliki hujah daripada baginda s.a.w dan seharusnya kita berlapang dada dalam permasalahan khilafiyah sebegini.

Syeikh Muhammad al-Amin al-Syingqiti r.h berkata:

"Aku telah meneliti dalil-dalil daripada sunnah mengenai pendapat yang mewajibkan dan yang tidak mewajibkan ibadah korban. Menurut pandangan kami, tidak ada satu dalil dari kedua-dua pendapat tersebut yang kuat, pasti dan selamat dari kritikan sama ada menunjukkan ia wajib atau tidak…
Yang rajih (tepat) menurutku dalam hal yang tidak jelas mengenai nas-nas dalam suatu perkara kepada suatu perkara yang lain bahkan tanpa mempunyai dalil yang kuat dan jelas ialah berusaha sedaya mungkin keluar dari khilaf dengan melakukan korban apabila mampu. Ini kerana, Nabi s.a.w bersabda: “Tinggalkanlah perkara yang ragu kepada yang tidak ragu.”
Sepatutnya, seseorang tidak meninggalkannya apabila mampu kerana menunaikannya sudah pasti menghilangkan tanggung jawabnya." – Rujuk Kitab Adhwaa’ al-Bayaan Fi Idhah al-Quran bil Qur’an karya Syeikh Muhammad al-Amin al-Syanqiti, jil. 5 ms. 618.

Oleh itu, penulis lebih cenderung kepada pendapat jumhur (majoriti) ulama kerana mustahil Abu Bakar dan Umar r.a meninggalkan sesuatu amalan yang wajib apatah lagi mereka berdua merupakan imam yang layak manjadi ikutan dan kelayakkan mereka telah dijamin oleh Rasulullah s.a.w

Sabda Rasulullah s.a.w:

فَإِنْ يُطِيعُوا أَبَا بَكْرٍ وَ عُمَرَ يَرْتَشُدُوا
Maksudnya:
"Sekiranya mereka semua mentaati Abu Bakar dan Umar, pasti mereka mendapat petunjuk." – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no: 681

Sumber: http://akob73.blogspot.com

Memo 15

Memo Ukhuwah 15



" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggung jawabnya terhadap engkau. "

-Imam Umar bin Abdul Aziz

Memo 14

Memo Ukhuwah 14

Kekurangan kita ialah banyak membaca al-Quran tanpa mengetahui maknanya. Kelemahan kita ialah mengetahui maknanya tetapi tidak mengetahui tafsirannya. Kelemahan kita yang bertimpa-timpa ialah mengetahui tafsirannya tetapi tidak mengetahui rahsianya. Kelemahan kita yang tertinggi ialah mengetahui rahsianya tetapi tidak mempercayainya. Kelemahan kita yang lebih tinggi ialah tidak mempercayainya lalu meninggalkannya.

Memo 13

Memo Ukhuwah 13

Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya.

Memo 12

Memo Ukhuwah 12

Jadikanlah masa lalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.

Memo 11

Memo Ukhuwah 11

Menurut Imam Asy- Syafie r.a : “Antara perkara yang dapat menguatkan tubuh ialah dengan mencium bauan yang harum”

Memo 10

Memo Ukhuwah 10

sesungguhnya kesempurnaan taubatmu bila kau ingat pada dosamu, kesempurnaan amalanmu apabila kau menghindarkan riak, dan kesempurnaan syukurmu bila kau menyedari kekuranganmu.

Memo 9

Memo Ukhuwah 9

Tips untuk cantik/tampan hakiki tanpa perlu bersolek :
# Jaga solat (awal waktu, hayati bermula dari wudhu)
# Jaga hubungan dengan manusia
# Jaga hati
# Sentiasa senyum
# Berfikiran positif
# Jaga adab sopan
# Istiqamah dalam ibadah

Memo 8

Memo Ukuwwah 8

Sebutir air mata jatuh kerana keinsafan ,seribu kali lebih baik dari sejuta mutiara d lautan... sesaat bersedih kerana redha ALLAH adalah lebih mulia dari seharian brsedih kerana cinta manusia, sejernih wajah kerana wudhuk yg sempurna adalah lebih bercahaya dari segunung kilauan permata... sesuci hati kerana cinta illahi,itulah hakikat cinta abadi... renungkanlah wahai sahabat....

Memo 7

Memo Ukhuwah 7

"Kebekuan air mata datang dari kerasnya hati, kerasnya hati itu datang dari banyaknya dosa, banyaknya dosa itu datangnya dari kerana banyaknya angan2 mencintai dunia dan cinta kepada dunia adalah sumber kepada segala dosa"

Memo 6

Memo Ukhuwah 6

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Memo 5

Memo Ukhuwah 5

Kata Bijaksana...

“Antara kewajiban dakwah ialah mempamerkan imej model Islami kepada orang ramai sebagai neraca dan alat pengukur untuk mereka membezakan antara kita dan orang lain di medan, sehingga mereka boleh membandingkan antara model sempurna yang kita kemukakan dan potongan tidak sempurna yang dipandang mudah oleh orang lain”

[Muhammad Ahmad ar-Rasyid]

Memo 4

Memo Ukhuwah 4

Andai kau memerlukan kekasih, maka pilihlah Allah. Kiranya kau memerlukan teman sejati, maka dampingilah alQuran, andai kau memerlukan kekuatan dalam kehidupan, maka tawakkal kepada Allah dengan penuh kesabaran.
Teguhkanlah keyakinan
kepadaNYA..

Ya Allah,hiburkanlah dan gembirakanlah daku dengan redaMU...

Memo 3

Memo Ukhuwah 3

Feeling alone?
Innallaha ma ana
Saw evil act?
Inni akhafullah
Wishing something?
Fa'iza azamta fatawakkal 'alallah
Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah..

Memo 2

Memo Ukhuwah 2

Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras daripada batu, tetapi kata-kata yang kasar dapat menjadikan hati yang lunak seperti sutera bertukar keras seperti batu.

Memo 1

Memo Ukhuwah 1

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Aurat..

Aurat

Sesuatu yang harus ditutupi oleh seseorang kerana berasa malu atau rendah diri jika dilihat atau diketahui oleh orang lain. Aurat yang terbuka boleh mengundang nafsu berahi orang yang melihatnya sehingga boleh mengundang perbuatan yang tercela. Batas aurat bagi lelaki ialah pusat hingga lutut dan bagi wanita ialah keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Mutiara Kata..

Mutiara Kata

“Belajarlah bersabar dari wanita yang bernama Asiyah (Isteri Firaun), setia dari Khadijah (Isteri Nabi SAW yang pertama), jujur dari Aisyah (Isteri Nabi yang paling muda umurnya) dan teguh hati dari Fatimah (Puteri Nabi SAW)”.

AIDIL ADHA..




Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu”.

1. Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahar atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

2. Antara hikmah korban adalah:

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup
menyahut perintah Allah Ta’ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail
a.s.

b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

3. Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban amat besar. Antaranya ialah:
a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: “Korban
itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan”.(Tirmidzi,
Ibnu Majah dan al-Hakim)

b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: “Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia,
sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas
dosa-dosamu yang telah lalu”.(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: “Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan
pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban
itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di
sisi Allah Azza Wajalla.”

Selamat menyambut Aidil Adha kepada semua Muslimin semua.

WARNAKAN RAMBUT???

Hukum Mewarnakan Rambut dan Uban

SOALAN:

Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?


JAWAPAN:

Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77)

Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.

Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-

1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.

2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.

3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.

4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.

HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM

Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-

1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.

Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.

Dalil mereka :

a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)

b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)

c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)

d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.

2. Haram


Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.

3. Harus tanpa Makruh

Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.

Dalil mereka :

a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)

b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)

Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.

Kesimpulan Hukum


Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :


a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.


b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.


Ust Zaharuddin Abd Rahman
Irbid, Jordan
18 Jun 2003

MELURUSKAN RAMBUT???

Salam,

Firman Allah S.W.T:

“( Kata Iblis l.a ) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya , dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya . Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata “ (Surah An-Nisa’ : Ayat 119)

Berdasarkan ayat ini, para fuqaha beristinbath mengeluarkan bahwa meluruskan rambut dgn tujuan utk kecantikan, orang yang berambut kerinting (curly) tidak boleh meluruskannya kerana ia merubah ciptaan Allah dan litadlis (menipu) mata orang awam. Begitu juga orang yg berambut lurus menukarnya menjadi kerinting. (Fatawa Syeikh Atiyah Saqr, Ahsanul Kalam)

Wallahua'lam.

 
~HAWA~ © 2007 Template feito por Templates para Você