"Pastikan Anda Telah "Install" Monzilla Fire Fox dan Flash Player Sebelum Melayari Portal ini"
SELAMAT BERJUANG

Selamat berjuang sahabatku...

semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu...

berjuanglah
hingga ke akhirnya

dan ingatlah semua ikrar kita...

Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya :

"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."


Monday, October 06, 2008

Di Atas Kaca-Kaca Perjuangan

Adikku…
Di saat hanya berfikir untuk hidup bagi diri sendiri, terasalah oleh kita bahawa kehidupan begitu sempit dan pendek..dimulai dari kelahiran kita dan berakhir semasa kematian, berangkat dari pertama kali kita digelarkan di atas bumi dan kembali ke bumi lagi.

Tetapi adikku..Jika hidup untuk akidah dan untuk orang lain, maka terasalah hidup ini cukup luas dan panjang.Ia lahir bersama dengan kemanusiaan dan hanya akan mati setelah roh terlepas dari jasad kasar ini, berpisah dengan bumi.Kita akan merasa sangat berbahagia dan puas.Umur kita berlipat ganda melebihi jumlah angkanya, walaupun ia lebih kecil dari hitungan tahunnya.Itulah kebahagiaan yang hakiki, bukan kebahagiaan fantasi.Dalam kehidupan yang seperti itu, tergambarlah keuntungan yang kita peroleh dari sejak awal kelahiran kita, dari hari ke hari, dari masa ke masa, dan seluruh umur kita, dalam perasaan kita, pada setiap langkah kita.Terasa betul bahawa hidup ini bukan hanya sekadar berapa nafas ini keluar masuk dari tubuh kita, dan bukan pula berapa banyak jumlah angka umur kita, tetapi hidup ini diukur dan dinilai dari “kepuasan rohani” yang dapat kita rasakan!

Kenyataan seperti inilah yang disebut “realiti” dan “hakikat”, bukan imaginasinya kaum realistik materialistik itu.Dan inilah hakikat hidup di atas segala hakikat yang mereka pergunakan.

Kita akan merasakan bahagia yang berlimpah-limpah, bila kita hidup untuk manusia lain.Seberapa kadar perasaan untuk hidup bersama orang lain dengan sendirinya akan berlipat dan melimpah-limpah, akhirnya kita merasa bahagia hidup di dalamnya!

Petikan dari surat As-Syaheed Sayyid Qutb kepada adiknya Hamidah Qutb di luar penjara.

Ulasan daripada petikan ini bolehlah kita simpulkan bahawasanya kita hidup berjemaah iaitu secara kolektif dengan ikatan hati-hati yang mempunyai keinginan serta kesedaran untuk merancang kearah daulah Islamiyyah, seperti mana magnet yang mempunyai daya penarik manakala bila mana berlawanan cas jadilah sebaliknya.Jadi, sahabat-sahabat selaku khalifatullah di muka bumi ini, sama-sama kita perbetulkan niat untuk menjadi insan yang dikatakan “berjiwa besar” walaupun acapkali diuji dengan pelbagai cabaran yang dikatakan kemanisan perjuangan, jangan kita cepat dan mudah berputus asa, walaupun hanya menegur sahabat karib kita, yang tidak menutup aurat mahupun tidak menghormati guru.Sahabat yang saya sayangi, andai kata kita diuji dengan cabaran dunia, tidak pedulikah kita bahawasanya ianya datang daripada yang Esa, cuma kita sendiri yang cepat melenting, takut kawan lari, tidak dapat fokus belajar dan sebagainya jadi ubahlah sikap ini dengan usaha dan keyakinan pada-Nya.Semoga kita sama-sama perbaiki diri ke arah kualiti kehidupan sebagai insan terutama selepas kita melepasi madrasah Ramadhan bak kata Rektor bawa-bawalah sikap (baik) kita di bulan Ramadhan ke bulan-bulan selepasnya dan hayatilah petikan di atas dengan kalimah yang satu iaitu "Tiada Tuhan Melainkan Allah SWT" dan menangislah kalian kerana takut akan Allah yang satu , bahawasanya selama ini kita telah banyak melakukan dosa tidak kiralah zahir mahupun batin dan ingat bukan menangis kerana takut teman yang kita cintai lari daripada kita kerana jalan yang kita pilih ini, iaitu dakwah Islamiyyah iaitu proses penyampaian kearah nilai Islamiyyah.Pengorbanan itu penting di jalan ini dan setiap bidang yang kita ceburi adalah nikmat dari-Nya untuk kita aplikasikan nilai Islam ke dalamnya untuk dipraktikkan dan disampaikan.

BAITUL MUSLIM..





Pembinaan Baitul Muslim sangat penting dan dituntut di dalam Islam.. Pilihlah pasanganmu berdasarkan 4 ciri(harta, kecantikan, keturunan dan agama) dan yang paling baik maka pilihlah yang beragama.. InsyaAllah ada barakahnya..
SALAM INTIFADA..

 
~HAWA~ © 2007 Template feito por Templates para Você