"Pastikan Anda Telah "Install" Monzilla Fire Fox dan Flash Player Sebelum Melayari Portal ini"
SELAMAT BERJUANG

Selamat berjuang sahabatku...

semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu...

berjuanglah
hingga ke akhirnya

dan ingatlah semua ikrar kita...

Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya :

"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."


Showing posts with label Sekapur Sirih... Show all posts
Showing posts with label Sekapur Sirih... Show all posts

Thursday, September 09, 2010

Persaudaraan



بسم الله الرحمن الرحيم


DOA QUNUT NAZILAH

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.

اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك

Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين

Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!!

اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم

Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.

اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك

Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu.

اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار

Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

Don't forget our brothers and sisters and for those muslimin.Lets Pray together, Insya ALLAH



(Hulurkan bantuan ringankan beban)

Wednesday, June 10, 2009

HIDUP Sihat~

Amalkan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat

Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat:

Makan secara sihat
Tidak merokok
Lakukan aktiviti fizikal
Belajar menangani stres

Faedah cara hidup sihat:
Meningkatkan status kesihatan anda
Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar) dan tekanan darah tinggi.
Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
Makan Secara Sihat
Nikmati pelbagai jenis makanan
Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.

Contoh 1 sajian::
Bijirin, produk bijirin dan ubi
½ cawan nasi (putih atau perang)
½ cawan mihun/mi/pasta/ lain-lain jenis mi (direndam)
1½ keping capati
½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran
Buah-buahan
½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)
½ biji jambu berukuran sederhana
1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan keju
Ikan, ayam dan daging
1 gelas susu
1 cawan dadih
1 keping keju
1 ketul paha ayam saiz sederhana
1 ketul paha ayam saiz sederhana
2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
5 sudu besar ikan bilis

Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik) .

Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
Yakinkan diri
Buat nota peringatan
Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
Tumpukan pada hari ini
Sentiasa berfikiran positif
Dapatkan sokongan
Lawan keinginan untuk merokok
Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
Melengahkan-lengah
Minum banyak air
Menarik nafas panjang
Membuat sesuatu
Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
Mengunyah sesuatu
Membasuh tangan
Mandi dengan kerap
Melakukan senaman regangan
Memohon doa


Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.

Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.

Lakukan aktiviti fizikal
Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda

Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
AKTIVITI RINGAN60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA30 minit setiap hari
Berjalan kaki
Aktiviti regangan
Aktiviti berkebun yang ringan
Berjalan laju
Berbasikal
Berenang
Menari
Lompat tali
Aerobik
Berlari-lari anak
Turun naik tangga
Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
F
Frequency : (Kekerapan)
3 – 5 kali seminggu
I
Intensity (Effort) : (Kehebatan)
Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
T
Time : (Masa)
Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
T
Type : (Jenis)
Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal.


Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
Bertenang... kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap

Kenal pasti kenapa anda marah

Cuba dengar penjelasan orang lain

Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan

Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan

Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
Berfikir secara positif

Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan

Belajar menyukai diri sendiri

Belajar bertenang

Adakan hobi

Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah

Dapatkan tidur yang cukup

Dapatkan teman untuk meluahkan masalah

Bersifat tegas/asertif

Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda


P/S: selamat mencuba ^-^

Tuesday, May 12, 2009

Happy Mother's Day..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Selamat Hari Ibu, Selamat Hari Ummi, Selamat Hari Mama dan selamat segalanya..

Kami krew HAWA ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kewpada seluruh IBU-IBU di dunia..

Setiap hari adalah Hari Ibu sebenarnya..

Moga kehidupan Ibu sentiasa dipermudahkan Allah..

Terima Kasih Ibu..

Kami sayangkan Ibu..

Ya Allah, Kau berkatilah Ibu kami Ya Allah..
Masukkan Ibu kami ke dalam syurgamu Ya Allah..
KepadaMu lah kami memohon Ya Allah..

Amiin..

WelcomE B@cK~


Salam semanis madu..

Salam Jihad kepada semua pengunjung setia blog HAWA~

Selamat datang kami ucapkan kepada pelajar Baru yang mendaftar semalam di BUMI KUIS..

Moga tautan hati kita kembali menyirami Taman Ilmu ini..

Saturday, December 27, 2008

MAAL HIJRAH..

MENGHAYATI HIJRAH NABI SAW..


Seperti biasa kita umat Islam akan melalui beberapa tahun yang baru, sama ada mengikut kalendar Islam iaitu Hijrah ataupun bukan Islam iaitu Masihi. Pada tahun ini kita berkesempatan melalui dua tahun baru yang berbeza ini kebetulan dalam bulan yang sama iaitu Januari. Ini memberi signifikan bahawa kedua- duanya seolah- oleh hampir dekat dan sememangnya kita umat Islam perlu mengambil iktibar dengan setiap tahun baru terutamanya yang melibatkan sejarah dan peristiwa yang berlaku kalendar Islam.

Awal muharam adalah perayaan bagi umat Islam apabila masuknya tahun baru kalendar Hijrah. Di sebalik sambutan tersebut, ianya mengandungi satu peristiwa yang besar dalam sejarah Islam dan seterusnya merubah seluruh sistem peradaban dunia sehingga hari ini. Hijrah bermula ketika zaman Nabi Muhammad saw, apabila beliau diancam bunuh oleh kafir Quraish. Apabila mendapat arahan daripada Allah supaya beliau berhijrah ke Madinah bersama Abu Bakar,beliau menggantikan pemuda berani, Ali untuk menggantikan tempat tidur beliau. Pembunuh kafir Quraish telah terpedaya dengan taktik Nabi.

Dalam perjalanan, baginda ditemani oleh sahabat karib baginda, Abu Bakar. Sepanjang perjalanan, Abu Bakar yang menjadi pendengar setia, perawat duka nestapa, pembela dan pelindung Nabi.Sehinggalah ketika orang kafir berjaya menjejaki baginda dan Ab Bakar dalam satu gua, akhirnya mereka berjaya dilindungi Allah dengan mengaburi mata kafir Quraish. Akhirnya setelah menemui pelbagai ranau berduri sepanjang perjalanan hijrah ke Madinah, akhirnya baginda dan Abu Bakar disambut dengan suasana meriah dan syukur,kerana Nabi yang mulia ini selamat sampai ke tanah Yathrib yang akhirnya ditukar ke Madinah.

Ketibaan Nabi disambut dengan linangan air mata kesyukuran dan ketakjuban oleh penduduk Madinah, sehingga ramai orang berebut- rebut untuk menjadikan baginda tetamu kehormat bagi rumah mereka. Akhirnya, sahabat Ayub Al- Ansari berjaya mencuri perhatian dengan menjadi tuan rumah kepada Nabi yang mulia ini. Ayub merupakan sahabat yang berusaha menakluk Istanbul, akan tetapi tidak berjaya dan makamnya berada di Kota Istanbul hari ini.

Episod perjalanan Nabi dari Mekah ke Madinah ini merupakan catatan bersejarah peradaban dunia hari ini. Perjalanan beliau bukanlah perjalanan biasa, malah bukan juga perjalanan yang melarikan diri dari ancaman kafir di Mekah semata. Akan tetapi misi hijrah beliau ialah misi Ilahi yang membawa risalah kebenaran yang akhirnya menjadikan agama Islam terus berkembang,dan Islam menjadi peradaban manusia yang berjaya.

Dalam konteks kehidupan kita, hijrah bukan semata hijrah tempat atau lokasi, akan tetapi juga membawa maksud hijrah sikap. Hijrah sikap merupakan keutamaan kita hari ini yang perlu difahami dengan mendalam. Ini kerana, pelbagai masalah, isu, ancaman, ujian melibatkan sikap kita. Mengapa ramai manusia hari ini cenderung untuk melakukan kejahatan? Mengapa juga semakin banyak manusia yang dilahirkan bijak pandai tetapi menipu? Mengapa peperangan sering berlaku?
Kefasadan sering berlaku? Ini semua kerana sikap manusia yang rakus dan jahil itu.

Perubahan sikap merupakan satu keperluan mendesak bagi kita hari ini. Dalam satu hadis Nabi pun diungkapkan bahawa beliau diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Tuntutan ini menjadi syarat utama jika mahu menjadikan kejayaan sesebuah peradaban dan kaum, dan paling kurang pun menjadikan kita seorang individu yang berjaya, iaitu terkandung dalam surah Ar’- Ra’d: 11 yang berbunyi,” Allah tidak akan mengubah setiap kaum itu jika mereka berubah diri mereka sendiri”.

Sebagai bangsa yang mula mencari arah, bangsa yang sering dicemuh kerana pelupa, lesu, malas, tidak pandai berbisnes, lembap dan sebagainya, seharusnya awal Muharam ini menjadi titik tolak untuk merubah sikap. Kejayaan sesebuah bangsa mahupun tamadun itu bukanlah berpunca daripada kepandaian mereka, akan tetapi sikap mereka yang sentiasa ingin berusaha dan mengejar kejayaan.

Maka hari ini, kita perlu mengorak menghayati semangat hijrah Nabi, memulakan sikap yang baru dan seterusnya berazam untuk menjadi manusia terpilih dan berjaya.

Salam Awal Muharam.

Saturday, December 20, 2008

BERSYUKUR..

Nikmat Bertambah Balasan Bersyukur


Anugerah rezeki berlipat ganda jika manusia ikhlas dan sentiasa mengingati Allah SWT.


MENGAPA seorang hamba Allah SWT sanggup bersusah payah mengerjakan sembahyang lima waktu dan sembahyang sunat yang lain dengan khusyuk, bersedekah dan berpuasa, membazar zakat, melaksanakan haji dan menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh?


Mengapa pula dia sanggup melipat gandakan kesabarannya ketika dihadapkan dengan pujukan syaitan dan rayuan syahwatnya? Untuk apa ketaatan dan kesabaran itu semua?


Jawabnya hanya untuk Allah SWT segala ibadatku, hidup dan matiku. Begitu indahnya hubungan percintaan ini. Bila hamba memuji Allah SWT, Dia membalasnya dengan pujian yang lebih baik.


Pada suatu hari, Ibnu Umar mendengar seseorang memuji Allah SWT dengan pujian yang paling indah. Rasulullah SAW bertanya: “Siapakah gerangan yang memuji Allah dengan lafaz itu? Seseorang menjawab: Saya, wahai Rasulullah. Baginda bersabda lagi: “Aku amat kagum dengan ucapan itu, kerana ucapan itu telah dibukakan pintu-pintu langit.” Ibnu Umar berkata, setelah saat itu aku tidak pernah meninggalkan bacaan itu. (Hadis riwayat Imam Muslim)


Tiada yang layak menerima pujian terbaik melainkan Allah SWT. Seseorang yang beradab kepada Allah SWT akan berasa di dalam dirinya banyak kelemahan walaupun manusia memuji atas kemuliaan dan kebijaksanaannya.


Sedangkan Rasulullah SAW, makhluk paling mulia di atas muka bumi ini tidak selesa dengan puji-pujian yang melampau ke atas diri Baginda. Hal ini pernah dinyatakan di dalam hadis Rasulullah SAW.


Daripada Anas bin Malik beliau berkata: Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Muhammad, engkau adalah pemimpin kami dan juga putera pemimpin kami. Wahai Muhammad engkau adalah lelaki yang terbaik di antara kami dan juga putera terbaik kami.” Kemudian Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia, katakanlah dengan sederhana dan janganlah kamu semua terpengaruh oleh pujukan syaitan. Aku adalah Muhammad bin Abdullah, aku hanyalah hamba Allah, aku tidak menyukai kedudukan yang lebih tinggi daripada apa yang telah ditetapkan Allah untukku.” (Hadis riwayat Al-Nasa’i)


Ada beberapa sebab mengapa kita suka memuji Allah SWT dan yang pertama, kerana mengharapkan Allah SWT membalas pujian itu dengan pujian yang lebih baik. Bukankah Allah SWT suka membanggakan hamba-Nya di sisi malaikat.


Bagaimanakah perasaan kita apabila mendengar Allah SWT memuji diri kita dengan sebutan: “Wahai hamba-Ku, wahai hamba yang soleh, wahai hamba yang taat, yang meninggalkan syahwatnya kerana-Ku, yang membeli syurga-Ku dengan hartanya, yang menjual dirinya di jalan-Ku. Wahai hamba tempat limpahan rahmat-Ku, tempat turunnya penjagaan dan perlindungan-Ku, tempat berkumpulnya segenap keredaan-Ku. Wahai hamba yang banyak memuji dan bersungguh-sungguh mencintai. Bagimu rahmat dan ampunan-Ku.”


Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT apabila mencintai hamba-Nya, Dia memanggil Jibril dan berfirman, Sesungguhnya Allah mencintai dia, oleh itu, cintailah dia, kemudian Jibril mencintainya. Jibril pun menyeru malaikat di langit seraya berkata: Sesungguhnya Allah mencintai hamba ini, maka cintailah olehmu sekalian, lalu seluruh penghuni langit mencintainya. Akhirnya kecintaan itu disampaikan kepada seluruh makhluk di bumi.” (Muttafaqun Alaih)


Kedua, Al-Quran menyatakan balasan kepada orang yang memuji Allah SWT akan ditambah ke atasnya nikmat yang banyak. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya jika kalian bersyukur pasti Kami akan menambah nikmat kepada kalian.” (Surah Ibrahim, ayat 7)


Pujian untuk Allah SWT dilafazkan kerana kita malu menerima berjuta nikmat dari-Nya tanpa membalas apa-apa. Malu kerana mengakui Allah SWT menyayangi kita tetapi hanya sedikit amal yang dipersembahkan untuk-Nya.


Siapakah yang mampu membeli nikmat sihat, iman dan Islam? Dengan nikmat itu manusia hidup bahagia, aman dan sejahtera. Harga ibadat yang kita lakukan tidak akan cukup untuk membeli nikmat Allah SWT itu.


Tetapi, Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pemurah menunjukkan satu ibadat yang mahal harganya, iaitu memuji Allah. Bukan hanya boleh membeli nikmat Allah SWT sedia ada, bahkan Allah SWT berjanji melipat gandakan nikmat lainnya.


Syaitan mengetahui rahsia ibadat yang sungguh bernilai ini sehingga dia berkata dengan kesombongan yang melampau yang bermaksud: “Dan Engkau (Allah) tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (memuji-Mu).” (Surah Al-A’raf, ayat 17)


Begitulah hakikatnya, satu pujian boleh mendatangkan kebaikan kepada yang memuji. Jika sesama insan kita kadang-kadang terpaksa memuji untuk mengharapkan balasan, mengapa kepada Allah SWT, seorang hamba amat terbatas melafazkan pujian demi nikmat kehidupan yang amat bernilai.


Begitulah manusia yang mengaku bijak pandai tetapi kurang logik berfikir mengenai Tuhannya. Sesungguhnya Allah SWT sukakan pujian dan hakikatnya pujian itu bukan untuk-Nya bahkan untuk diri orang yang memuji-Nya.


INTI PATI


* Seseorang yang beradab kepada Allah SWT akan berasa di dalam dirinya banyak kelemahan walaupun manusia memuji atas kemuliaan dan kebijaksanaannya.

* Al-Quran menyatakan balasan kepada orang yang memuji Allah SWT akan ditambah ke atasnya nikmat yang banyak.

* Pujian kepada Allah adalah satu ibadat yang mahal harganya. Bukan hanya boleh membeli nikmat Allah SWT sedia ada, bahkan Allah SWT berjanji melipat gandakan nikmat.

* Rasulullah SAW, makhluk paling mulia di atas muka bumi ini tidak selesa dengan puji-pujian yang melampau ke atas diri Baginda. Oleh itu, pujian selayaknya hanya kepad Allah SWT.

* Ijmak ulama sepakat mengatakan pakaian orang Islam tidak semestinya kopiah, serban dan jubah. Kita bebas memilih fesyen asalkan menutup aurat.

* Wajar kita memakai jubah, serban dan berkopiah dengan niat mengikut sunnah Rasulullah. Perbuatan itu sebahagian tanda kasih kepada Rasulullah.

* Sesiapa memakai jubah, serban dan kopiah dengan niat bermegah dan menunjukkan diri lebih alim, perbuatan itu ditegah dalam Islam yang termasuk dosa (riak).

Friday, December 12, 2008

MAWAR..

Thursday, December 11, 2008

Selamat Pagi..Sobahul Khair..Good Morning..





Salam mujahadah sahabat2..

Alhamdulillah kita panjatkan kesyukuran pada Illahi, kerana kita masih bernyawa hari ini..Nikmat tidur yang diberikan, moga kita gunakan sebaiknya untuk merehatkan diri kita setelah seharian bekerja/belajar untk agama Allah..

Nikmatilah hari2 dalam hidup kita dengan sepuasnya..betulkan nawaitu kita setiap kali kita bangkit dari pembaringan..

"Hargailah setiap apa yang ada di hadapan kita sebaiknya, kelak bila ia tiada janganlah kita menyesal akan kehilangannya"..

Salam perjuangan, salam penuh kasih sayang..ukhuwah fillah abadan abada..

(",)

Monday, December 01, 2008

WANITA DAN POHON SEMALU..

POHON SEMALU VS WANITA MUSLIMAH..

Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu dari 4 aspek:

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh dibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang amat kuat dan mencengkam bum. Ini bermakna wanita solehah hedaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul 'Alamin.

Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

PANDUAN PILIH SAHABAT..

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,dia suka membantu dan meringan kanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agarsegala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzatyang Memiliki mu."

Sunday, November 23, 2008

Bangkit-Bangkit Mahasiswa/I Islam

Salam
Tanpa passport
Tanpa visa
Kalimah syahadah
Satu ummah Islam…


Dengan wujudnya kepimpinan Islam itu,

Hukum-hukum Allah akan dapat ditegakkan, jalan-jalan akan tetap terjaga keamanannya, musuh-musuh akan tetap dapat diperangi dan juga harta faei tetap akan dapat dibahagikan (artikel Taimiyah, as-Siyasah as-Syar’iyah, Dar al-Fikir al-Lubnani, Beirut, 1992, hlm 55).

Ketegasan perlu, dalam berhujah agar khayalan kita kembali kepada realiti dan hakikat sebenar kehidupan ini, Said Nursi pernah berkata, “kelemahan kita dewasa ini ialah kerana kita tidak mahu kebenaran Islam memimpin kita.”

“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan suatu kaum, kecuali mereka sendiri yang berupaya merubahnya.”

Timur telah dipesongkan daripada kebenaran dan jati dirinya, menerusi kerja-kerja jahat orentalis.Bagaimana sikap kita? Kita mesti pertamanya, mengakui kelemahan kita sekarang ini.Kita mesti berusaha untuk bangkit daripada ketidakupayaan dan kelayuan dan keduanya, segera berubah.Seperti mana maksud ayat di atas, ayat 11 dari surah ar-Raad.

Sebagai mahasiswa yang berusia mentah ini agak perlahan dalam menyusuri selok-belok dan pemerhatian di era kampus khususnya, apatah lagi kehidupan yang hanya sementara ini.Pandangan dalam pemerhatian saya melalui proses kehidupan sebagai insan ini, mengharapkan mata-mata yang boleh disimpulkan di dalam menyusuri fikrah islamiyyah yakni, boleh dijadikan kekuatan sesebuah bangunan yang mana ianya disusun dengan batu-batu bata untuk memperkukuhkan lagi satu sama lain, yakni penguat keutuhan sesebuah bangunan secara literalnya menjadi sebuah bangunan yang kuat secara konkritnya.
Pimpinan itu bagaikan roh bagi tubuh kita.Bila roh sudah rosak dan tidak berfungsi lagi, maka binasalah tubuh dan mati .Bila roh itu baik , baik pulalah tubuhnya, kerana pemimpin itu berfungsi sebagai penolong bangsa yang tergelincir, berperanan sebagai pelurus di kala bengkok, penrangkis di waktu jatuh terjerembab ke dalam jurang dan pembimbing di waktu tersesat.


Siap belayar ke Negeri Sailan,
Merantau jauh mencari harta;
Sejarah bangsa dilupa jangan,
Jadi pedoman di hari muka.

Sejarah, kenapa persoalan ini timbul seketika.Fikirkan kalian, baru-baru ini saya diberi penerangan daripada pensyarah fiqh yang mengatakan sistem dan perundangan berasaskan syariat Islam tidak berfungsi adalah kerana ketidakyakinan kita dalam mendaulatkan sistem dan perundangan syariat Islam di sesebuah negara, terutamanya di nagara ini yang sudah pun mencecah 51 tahun kemerdekaan, tetapi kenapa kita masih di dalam dan mungkin tersepit di celah tempurung, dek kerana serangan ketidakupayaan kita dalam menjalankannya, salah satu faktor yang menjadi alasan adalah kerana kita berbilang bangsa dan yang paling menjadi tumpuan dunia sekarang adalah faktor “materialistik”.Pensyarah saya mengatakan ciri-ciri perundangan Islam berperanan penting dalam kitaran kehidupan insan di lapangan bumi ini.

Hal ini kerana, ianya bersifat universal dan tidak boleh tidak semestinya, kita sebagai umat Islam mestilah berusaha untuk memperjuangkannya serta mendaulatkan perundangan Islam sekarang.Persoalan yang akan saya tinggalkan di pertengahan penulisan ini, “sudikah kita ternganga kosong, di saat hembusan nafas terakhir kita dengan meninggalkan perundangan ciptaan manusia ini kepada bangsa kita yang akan berkembang biak dengan persediaan mereka untuk tunduk dengan perundangan British yakni penjajah boneka, sekiranya kita melihat dan mengimbau kembali, negara ini dijajah sekian lama dahulu dengan perjanjian dakwat hitam di atas kepingan kertas yang mana termerterailah janji manis mereka (Inggeris) untuk kita semua mencapai apa yang dikatakan kemerdekaan, tanpa usul periksa dan dogma pemikiran sebagai seorang yang beragama Islam yang mana, matlamat serta tujuan manusia di planet bumi ini, dengan meletakkan amar makruf nahi mungkar sebagai pegangan dan imtisalu, awamirihi, wajtinabu nawarih dijadikan pinsip hidup, jika ianya dilihat baik untuk bangsa malah sepatutnya lebih baik untuk nilai-nilai Islam itu sendiri, kenapa perlu di teruskan perlembagaan British jika dan maka ianya perlu dan releven lagi, marilah kita sebagai pimpinan yang terdidik dengan nilai-nilai Islam dan berpelajaran tinggi mahupun rendah, muhasabah semula kematangan kita untuk mendaulahkan negara Islam, melihat kembali sejarah Baginda Nabi Muhammad s.a.w.yang tidak pernah melihat nilai “materialistik” sebagai pegangan hidup lebih-lebih lagi sebagai khalifah atau pemimpin kepada rakyat yang berbilang kaum malah Beliau terus berusaha dan yakin serta berpendirian teguh, mencari altenatif bukan untuk kepentingannya tetapi untuk seluruh ummat manusia umumnya dan khususnya untuk insan beragama Islam dari Mekah ke Madinah, akhirnya terbentuk negara yang berakar umbikan, asas dan perlembagaan yang dinamakan, Pelembagaan Madinah, kenapa negara kita yang majoritinya beragama Islam tetapi takut tercuit sensitivitinya, kita boleh dan Malaysia mampu kearah itu dan saya yakin negara Timur dan Asia mampu dan mesti tidak boleh tidak mendaulatkan semula sistem dan perlembagaan berasaskan Islam. Sebuah stesen media sibuk untuk sentiasa heboh dan saya cuba mengubah slogan itu kepada “jom, jom,jom. Jom aplikasi perlembagaan Islam” .Ciri-ciri kedua sebagai perkongsian ilmu bersama pensyarah saya dengan rakan sekelas ialah berkaitan, perundangan Islam adalah bersifat iklim iaitu hanya mencakupi iklim ke atas kawasan dan wilayah Islam tertentu, bagi pengaplikasian perundangan syariat Islam di sesebuah perundangan di dalam negara atau wilayah yang didiami sahaja.Kalau dilihat semula apakah yang menjadi perubahan di negara kita, persoalannyanya di sini klafikasi iklim dan universal ini menjadi perubahan tidak sehala di sesebuah nagara yang didiami manusia terutama yang dipimpin oleh orang Islam sendiri yang cukup syarat tetapi sayangnya kekufuran kembali tanpa disedari seperti mana perang saraf dihimpit oleh tikar-tikar serta permaidani-permaidani dunia global terkini.Walaupun penulisan saya ini tidak didengari dengan intonasi sebenar tetapi ketegasan dalam diri dengan keyakinan serta keupayaan menggunakan nikmat yang menjadi contengan peringatan saya, diatas kertas perbentangan pertama berkaitan dengan prinsip-prinsip sivil dan prinsip-prinsip asas syariat menjadi ingatan saya ialah seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah amat menyintai dan mengasihani manusia “
(Al-Baqarah: 143)

Sebagai penutup dan mungkin sebagai pengakhiran saya dalam memberi pandangan dan perkongsian dalam penulisan di sini, perkasakan bahan bacaan semasa tidak kira pembacaan dari aspek makalah, buku-buku atau pemerhatian serta pembacaan persekitaran semasa atau luar mahupun dalaman.Konklusinya, dari peringkat akar umbi lagi perlu di bajai dengan kesungguhan dan kekelaan untuk mebangkitkan serta memecahkan apa yang dinamakan “ice breaking” dan akhir kata Islam untuk semua, kalau kita kata kita pemimpin, penuhilah syarat-syarat sebagai seorang pemimpin yang mampu mengubah hala tuju kearah memajakkan paksi perundangan Islam yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan dan bukan hanya tertumpu kepada pembukuan yang tidak kekal lama yakni sistem perundangan British dan sama-sama kita lunaskan pemberontakan rancangan-rancangan serta gerakan yang menindas manusia tidak kira ianya pro dan kontra dan akhir kata silap salah datangnya daripada diri saya sendiri dan yang baik datangnya dari Allah SWT.

Sama rata tanpa pemimpin itu cela
Punya pemimpin tapi bodoh akan celaka
Rumah tegak kerana pasak
Jika terhimpun pasak dan tiang
Di sinilah tujuan berdiri tegak.

Daulah Islam pasti akan tertegak dan usaha serta pengorbanan perlu dan ayat-ayat skema yang selalu diperkatakan ditukarkan kepada skim yang menjamin masa depan kita.
Insya’Allah…

++**++*++***bUNGa BANgsa yaNG sEDAng Mekar, EnGKAU ditunTut unTuk DaPAT MENGembalikAN KEmuliaAN yaNG telah Hilang, MEnJAdI pERisai CIta-ciTa YaNG tiNGGi, SEBAgai BINtang PetUNjuk Ke jaLAN YanG Benar, mEnyalaKAN ApI perJUANGan YANG sUcI, KERAna KebaIKAN engkaulaH Mereka akaN BAnguN Kembali sebagaI bANGSA yang MAju**++++++*W’salam.

Tuesday, November 18, 2008

SITI IMPIAN..

9 Siti Pilihan..


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah,
setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan
musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua
Hira’.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd
suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1
bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b’kata aku takkan
maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti A’ishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas
makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau
akan minum menggunakan bekas yg sama.


4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang
mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg
tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya
drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi
insan mulia.


8 ) Siti Muti’ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana
setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul
oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik
utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup
membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai
hanya niat kerana Allah s.w.t.


10) Siti Nurhaliza?
- Anda fikirkan…


* 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahiah Mahmud dlm
rancangan Halaqah TV9 mlm td bertajuk ‘SITI IMPIAN’. Adakah kita tergolong antara Siti2 ini? Tepuk dada tanya iman. Sama2 kita tingkatkan ilmu kita utk menjadi insan yg lebih baik di Bumi Allah ini, insyaAllah.

Monday, September 29, 2008

Dunia ialah perhiasan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yg solehah_Selamat Hari Raya Aidilfitri

 
~HAWA~ © 2007 Template feito por Templates para Você