"Pastikan Anda Telah "Install" Monzilla Fire Fox dan Flash Player Sebelum Melayari Portal ini"
SELAMAT BERJUANG

Selamat berjuang sahabatku...

semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu...

berjuanglah
hingga ke akhirnya

dan ingatlah semua ikrar kita...

Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya :

"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."


Sunday, November 14, 2010

BERPUASA SUNAT HARI 'ARAFAH DAN KELEBIHANNYA


Pasa ketika ini, semua jemaah haji dari seluruh pelusuk dunia sedang bersiap sedia untuk melaksanakan ibadah haji di tanah suci Makkah al-Mukarramah. Marilah kita mendoakan kesejahteraan kepada mereka semoga mereka semua dapat menyempurnakan ibadah tersebut dan pulang dengan selamat dengan beroleh haji yang mabrur. Amin!

Pada hari kelapan (8) Zulhijjah ini, para jemaah haji dikehendaki berihram bermula dari Makkah atau di sekitarnya. Mereka seterusnya akan

berangkat dan bermalam di Mina. Ketika matahari terbit pada hari ke 9 Zulhijjah, mereka dikehendaki berangkat ke ‘Arafah. Di sini, mereka disunatkan memperbanyakkan doa, zikir dan istighfar sehingga terbenam matahari. Para jemaah seterusnya akan melaksanakan kewajipan-kewajipan lain sehinggalah hari-hari Tasyrik berakhir.

Bagi yang tidak menunaikan haji, kita juga boleh meningkat amal ibadah dalam bulan Zulhijjah yang mulia ini dengan melakukan ibadah sunah seperti berpuasa sunah pada awal bulan ini dan berpuasa pada hari ‘Arafah.

Terdapat beberapa hadis mengenai kelebihan sepuluh hari pertama Zulhijjah. Oleh itu, sesiapa yang berpuasa dalam sembilan hari pada awal bulan ini (hari ke-10 adalah hari Raya) hukumnya adalah sunah. Sabda Rasulullah (saw) yang maksudnya;

يصوم تسع ذي الحخّه ويوم عا شوراء وثلاثه ايّام من كل شهر اوّل اثنين من الشّهروخميسين

“Rasulullah (saw) berpuasa sembilan hari dalam bulan Zulhijjah dan pada hari Asyura dan tiga hari bagi setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan dua hari Khamis.” (Status hadis ini ada sedikit pertikaian dan ada yang mengatakan sahih – HR Ahmad dan Abu Daud)

PENENTUAN HARI ARAFAH

Timbul persoalan dalam menentukan bilakah hari ‘Arafah bagi negara-negara selain Makkah/Madinah. Penentuan bilakah hari ke-9 Zulhijjah adalah penting bagi membolehkan kita berpuasa sunah ‘Arafah dan bagi menentukan jatuhnya Hari Raya ‘Adha/Haji.

Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama sama ada ianya berdasarkan timbulnya anak bulan di sesuatu negara itu atau berdasarkan timbulnya anak bulan di Makkah. Pandangan yang lebih kukuh adalah mengikut masa timbulnya anak bulan bagi negara yang didiaminya. Misalnya, jika negara Malaysia melihat anak bulan sehari selepas hari ‘Arafah di Makkah iaitu 9 haribulan di Makkah ialah 8 haribulan di Malaysia, maka, maka penduduk Malaysia akan berpuasa pada hari ke 9 (iaitu hari ke 10 bagi Makkah).

Pandangan ini sejajar dengan ayat al-Quran surah al-Baqarah ayat 185 bermaksud sesiapa yang tidak mengesan anak bulan, tidak dikehendaki memulakan puasa. Dalil al-Quran ini juga disokong oleh hadis Rasulullah (saw). Perlu disedari, ibadah puasa adalah di antara ibadah yang ditentukan mengikut peredaran bulan bukannya peredaran matahari. Bagi penduduk di negara sebelah Barat atau Timur Tengah mereka akan menerima kemunculan anak bulan lebih awal dari negara sebelah Timur sebab itulah dalam hal ini mereka lebih awal dari Malaysia.

Bagi mereka yang masih mempunyai kemusykilan dalam hal ini, sebahagian ulama menyarankan kita berpuasa pada dua hari iaitu pada 8 haribulan (9 haribulan di Makkah) dan pada 9 haribulan mengikut masa Malaysia.

KELEBIHAN PUASA SUNAH ARAFAH

Berdasarkan beberapa hadis yang sahih, berpuasa pada hari ‘Arafah mempunyai kelebihan yang besar seperti di bawah: -

صيام يوم عرفه احتسب على الله ان يكفّر السّنة التي قبله والسّنة التي بعده

وصيام يوم عا شوراء احتسب على الله ان يكفّرالتي قبله

Rasulullah (saw) bersabda yang maksudnya;

“Berpuasa pada hari ‘Arafah, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa bagi tahun sebelumnya dan tahun selepasnya dan berpuasa pada hari Asyura, aku berdoa agar ALLAH menghapuskan dosa tahun sebelumnya ” (HR Muslim)

Dari Qatadah bin An-Nu’man, beliau mendengar Rasulullah (saw) bersabda maksudnya;

من صام يوم عفرالله له سنتين, سنة امامه وسنة خلفه

“Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Arafah, nescaya ALLAH akan mengampuni dosa-dosanya selama dua tahun, setahun sebelumnya dan setahun sesudahnya.” (Dinilai sahih – Ibn Maajah, Shahih Al-Jaami’ Ash-Shagiir”)

Kita wajar merebut peluang ini kerana sebagai insan tentunya kita banyak melakukan dosa sama ada yang kita sedari mahu pun tidak disedari.

LARANGAN BERPUASA BAGI JEMAAH HAJI DI ‘ARAFAH

نهى (رسول الله ص) عن صيام يوم عرفة بعرفة

“Rasulullah (saw) telah melarang berpuasa di hari ‘Arafah (bagi mereka yang berwukuf) di ‘Arafah ” (HR Abu Daud)

Sekian.

Wallahu’alam.


sumber: BERPUASA SUNAT HARI 'ARAFAH DAN KELEBIHANNYA

0 comments:

 
~HAWA~ © 2007 Template feito por Templates para Você