"Pastikan Anda Telah "Install" Monzilla Fire Fox dan Flash Player Sebelum Melayari Portal ini"
SELAMAT BERJUANG

Selamat berjuang sahabatku...

semoga Allah berkatimu
kenangan indah bersamamu
takkan ku biar ia berlalu...

berjuanglah
hingga ke akhirnya

dan ingatlah semua ikrar kita...

Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya :

"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."


Wednesday, May 06, 2009

Teater ^

Teater Dinsman iringi persoalan kejujuran dan sabar menerima hukuman


TAK tahu di mana salahnya, di mana silapnya. Dan entah kenapa tiba-tiba hatinya menjadi begitu dingin untuk bergerak ke medan jihad.


Pada awalnya memang ada sikap berlengah pada hati pemuda itu kerana melihat baginda Rasulullah s.a.w. dan para sahabat yang masih belum lagi berangkat ke medan perang.

Ka'ab bin Malik, begitu nama sahabat itu. Sebenarnya ... hati pemuda itu sudah pun penuh tepu dengan kerinduan ke atas jihad. Ka'ab sudah pun membeli dua ekor unta sebagai alat tunggangan di padang pasir nanti!

Tapi, lantaran sikap sambil lewa itu, akhirnya beliau dan beberapa para sahabat yang lain telah ketinggalan di medan jihad. Dan, ketika seorang demi seorang sahabat memberikan seberkas alasan kepada Rasulullah s.a.w berhubung ketidakhadiran mereka itu, Kaab pun tampil, hadir mengungkap sebuah jawapan dengan penuh kejujuran.

"Entah kenapa ... hamba mengambil sikap berlengah-lengah. Dan hamba sebenarnya tiada lagi apa-apa alasan yang kukuh untuk tidak pergi berperang," kata Kaab kepada baginda Rasulullah s.a.w.

Ekoran itu, turunlah wahyu satu persatu yang menghukum Ka'ab dan dua orang sahabat-sahabat yang lain lantaran keengganan mereka turun berperang ke medan jihad.

Bermula dengan pemulauan terhadap mereka, kemudian ada perintah baru supaya mereka diasingkan daripada isteri dan pengalaman paling getir bagi manusia bernama Ka'ab ialah tatkala beliau menerima sepucuk surat daripada Raja Ghassan.

Isi kandungan surat itu menyeru Ka'ab untuk berpaling tadah dan mengkhinati Rasulullah dan Muslimin lainnya. Hati Ka'ab benar-benar terpukul dengan ujian tersebut. Batin telah didera dengan sejuta penyesalan.

Gara-gara tidak hadir, turun memancung kepala musuh di medan jihad, akhirnya manusia Ka'ab dihimpit derita lantaran godaan musuh Islam pula. Tetapi, Ka'ab tetap bertahan dan bersabar di atas nama kebenaran dan kejujurannya mengamalkan Islam.

Teater biografi dari hadis panjang

Setelah menjalani tempoh hukuman; pemulauan daripada masyarakat Islam dalam jangka masa yang terlalu lama, akhirnya taubat Ka'ab serta para sahabat yang lain diterima.

Teater biografi (jika boleh digunakan ungkapan sedemikian) Menunggu Kata Dari Tuhan (MKDT) ini membawakan tema kejujuran dan bercakap benar walaupun pahit.

Kepahitan ini tidak akan dirasai jika beliau memilih untuk menipu baginda Rasulullah s.a.w. Inilah antara tema persoalan nilai yang diangkat melalui teater tersebut.

Bertempat di Auditorium Muzium Negeri Selangor, Shah Alam, pementasan mono teater selama sekitar sejam itu dilakonkan oleh Sabri Yunus (Ka'ab) diiringi gesekan biola oleh Sani Sudin (Kopratasa).

Perihal taubat Ka'ab dan dua orang sahabatnya diterima Tuhan diperihalkan melalui surah at-Taubah.

"Dan tiga orang yang tertinggal di belakang hingga bumi yang luas ini terasa sempit kepada mereka, dan hati mereka juga menjadi sempit, serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari daripada Allah melainkan kembali bertaubat kepadaNya. Kemudian Allah menerima taubat mereka, supaya mereka kekal bertaubat. Sesungguhnya Allah itu Dialah poenerima taubat lagi amat mengasihani." (At-Taubah, ayat 118).

Sementara itu, perincian kisah Ka'ab ini diperihalkan beliau sendiri lewat sepotong hadis yang panjang yang dinukilkan daripada Kitab Sahih Imam Bukhari dan Imam Muslim.

Hadis berjudul Taubah Ka'ab bin Malik Wasohiibihi (Taubat Ka'ab bin Malik dan sahabat-sahabatnya) boleh ditemukan dalam Sahih Muslim, hadis bernombor 2769.

Dialog bersama penonton


Shamsudin Othman atau lebih dikenali sebagai Dinsman telah menggunakan pendekatan untuk berdialog bersama para penonton selepas tamatnya pementasan sekitar 10 malam.

Kaedah ini kelihatan lebih memikat lantaran penonton berpeluang memberikan kritik dan sumbang saran terhadap teater yang dipentaskan.

Selain itu, para penonton berpeluang mengemukakan pertanyaan dan turut serta memberi ulasan dan pandangan peribadi mereka tentang mesej dan teladan dalam teater berkenaan.

Tak kurang hebatnya saat berlaku silang debat antara penonton dan pelakon teater sendiri apabila masing-masing berfikir atas alasan apa Ka'ab dihukum.

"Ka'ab dihukum kerana beliau tidak turun berperang," kata Sabri Yunus.

"Jadi kenapa ada sahabat yang lain tak dihukum walaupun mereka tak turun berperang?" tanya salah seorang daripada penonton tersebut.

Dinsman cuba meleraikan sedikit kekusutan itu dengan berkata: "Hal ini banyak tafsiran dan polemik ini berlangsung dalam tempoh yang cukup lama."

Namun, menurut beliau, kisah Ka'ab yang diangkat sebagai teater ini menyajikan kepada kita sebuah persoalan yang melingkari kehidupan masyarakat hari ini.

Iaitu, persoalan sama ada mahu bercakap benar lalu dihukum atau mahu terus menipu dan terselamat di dunia, tetapi belum tentu terselamat di akhirat.

"Mesej utama yang ingin disampaikan dalam teater ini adalah katakanlah yang benar dan bersabar menerima hukuman itu," jelas Dinsman kepada para penonton.

Menyentuh hal lain pula, terdapat anak muda kampus yang menyatakan kesediaan untuk membawakan teater tersebut ke dalam universiti masing-masing.

Teater MKDT ke universiti?

"Saya sedia menjadi perantara untuk membawa pementasan teater ini ke universiti," kata salah seorang siswa. "Kita tidak mahu orang anggap kesenian dan hiburan Islam itu cuma terhad kepada kegiatan nyanyian nasyid dan mesej dakwah kita ini cuma terhadap kepada aktiviti forum dan ceramah saja."

Pendekatan memmentaskan teater yang kemudiannya diakhiri sidang dialog bersama para penonton ini mungkin sesuai dimajukan dalam ruang universiti yang mana penonton akan kerap berdebat mengenai segala aspek dalam pementasan teater tersebut.

Pementasan teater MDKT pada 2 Mei itu turut dihadiri kalangan ahli-ahli PAS, golongan bukan Melayu dan masyarakat bukan Islam termasuk anak-anak muda dari Jerit (Jaringan Rakyat Tertindas), Suaram (Suara Rakyat Malaysia) bersama sekitar 30 orang pelajar dari Sekolah Menengah Confucian (Persendirian) Kuala Lumpur.

sumber:harakahdaily

0 comments:

 
~HAWA~ © 2007 Template feito por Templates para Você