WANITA DI TIGA ZAMAN
Zaman Jahiliah
Ah! Anak perempuan,pembawa celaka
Bunuh dia kebumikan saja
Wanita sebagai hamba
Sebagai barang yang dipusakai
Wanita zaman jahiliah
Punya telinga tapi tak diberi mendengar
Punya mata tapi tak diberi melihat
Punya akal tapi tak diberi berfikir
Kedatangan Islam
Wanita diangkat martabatnya
Jadi permaisuri di rumahtangga
Jadi tiket untuk bapa ke syurga
Intan permata tak berharga
Wanita solehah perhiasan dunia
Wanita Akhir Zaman
Martabat yang tinggi dirobohi
Memijak-mijak maruah sendiri
Jadi tontonan, bak barang lelongan
Boleh diperlaku apa sahaja
Nafsu diangkat menjadi raja
Wanita Islam dan bukan Islam sukar dibeza
Terkinja-kinja dipesta-pesta
Oh...malangnya nasibmu wanita
Benar kata Rasulullah,
Wanita banyak ahli neraka
Bukan salah siapa
Sendiri cari bencana
Wanita akhir zaman
Punya telinga tak mahu mendengar
Punya mata tak mahu melihat
Punya akal tak mahu berfikir
Fi amanillah..
Dalam perjalanan mereka pulang ke rumah,
Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap
manusia dan telatah mereka, katanya :
"Sesungguhnya seseorang itu tidak terlepas dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tidak mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barangsiapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap sesuatu."

Thursday, January 22, 2009
WANITA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment